[VIDEO] Ini Permainan Yang Kita Semua Boleh Main Bersama Walaupun Berlainan Generasi

Walaupun berlainan generasi antara kita dan ibubapa, tapi sebabkan nilai yang sama, ada beberapa benda yang membuatkan kita boleh serasi dengan generasi sebelum ni.

Selalunya, perkara yang kita buat bersama ibu atau bapa adalah mengenakan gaya fesyen yang sama, menonton filem dan melakukan akiviti yang sama disebabkan nilai yang sama walaupun berbeza generasi.

Menarik juga bila admin dapat belajar main permainan tradisional zaman ibu admin, macam dalam video ni:-

Haaaa……dalam menyambut hari lahir anak, dapat juga admin berkongsi dan belajar salah satu permainan tradisional yang makin dilupakan. Maklumlah generasi sekarang semua membesar dengan gadget.

Bila tanya apa permainan tradisional, semua buat muka pelik dan tak tau apa pun. Sama juga macam generasi ibubapa kita, dulu mereka pun tak kenal permainan zaman generasi sebelum mereka. Tetapi nilai yang sama mendefinisikan kita.

Sama seperti UOB, mereka memahami setiap generasi mengekspresikan diri dengan cara yang berbeza tetapi nilai yang sama, mendefinisikan kita.

[KUIZ] Jom Check Sama Ada Korang Layak Untuk Jadi Pelatih Dinosaur

Mesti ramai di antara korang pernah berangan-angan nak jadi pelatih dinosaur kan? Nampak macam best je kerja tu… Bagi diorang makan, mandikan dinosaur, siap konon boleh bercakap dengan dinosaur lagi. Tapi terfikir jugak kat mana agaknya nak apply kerja macam tu?

Nampak je kerja macam tu senang tapi sebenarnya bukan mudah tau dan tak semua orang mampu galas tanggungjawab besar menjaga dan memelihara dinosaur. Kalau takde ilmu yang banyak, silap haribulan hari pertama kerja adalah hari terakhir korang bekerja!

Haa, apa kata korang semak dulu kelayakan sama ada korang layak atau tak untuk jadi pelatih dinosaur dengan main kuiz kat bawah ni. Jangan lupa kongsi result dengan kitorang okay!

Sedia untuk jadi pelatih dinosaur? Jom tengok JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM!

Dah ready kan? Kalau dah ready, jom ikuti pengembaraan Chris Pratt dalam JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM! Dalam sequel kali ini, satu letusan gunung berapi berlaku sehingga mengancam kewujudan dinosaur yang bergerak bebas selama 3 tahun selepas kemusnahan taman tema Jurassic World di Isla Nublar…

Selepas kejadian itu, pengurus taman tema, Claire Dearing (lakonan Bryce Dallas Howard) menubuhkan organisasi menyelamat dinosaur bersama Benjamin Lockwood (lakonan James Cromwell) dan bekas pelatih dinosaur, Owen Grady (lakonan Chris Pratt) untuk membawa spesis dinosaur Velociraptors terakhir, Blue ke Amerika…

Sebelum tu, jom kita tengok trailer JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM dulu…

Nak tau apa jadi dengan Blue lepas tu? Jom ke panggung wayang berdekatan untuk menonton pengembaraan mereka dan kesudahan JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM pada 7 Jun ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan semua. Jumpa kat sana!

8 Perkara Yang Akan Terjadi Sekiranya Spiderman Berasal Dari Malaysia. Memang Lucu Habis!

Filem Antarabangsa

Agak-agaknya, apa korang fikir kalau Spiderman berasal dari Malaysia? Bangun tidur terus pakai sut, pergi kawal traffic jammed. Maklum lah, Malaysia memang terkenal dengan traffic jammed tak kira masa. Tapi kita, bangun pagi pergi kerja, ambil anak balik sekolah, beli barang dapur dan macam-macam lagi lah! Memang lain betul rutin harian kita dengan Spiderman kan? Haha!

Biasanya, Spiderman ini aktif bergerak ke sana sini dengan spider web dia dan suka bergayut di dinding bangunan, tiang elektrik atau pun mana-mana tempat yang dia suka. Kalau dia berasal dari Malaysia, mesti terbantut semua aktiviti dia sebab di Malaysia ini macam-macam perkara tak boleh buat! Hahaha!

Nak tau apa agaknya kemungkinan kalau Spiderman berasal dari Malaysia? Ini admin kongsikan 8 perkara antara yang akan terjadi pada Spiderman tu. Memang lucu habis!

First job Spiderman semestinya bukan wartawan macam dalam movie tu. Itu dalam movie, real life biasanya memang lain habis! Hahaha.. Kalau dapat kerja best untunglah, kalau rezeki tak menyebelahi Spiderman, dia buat je apa yang boleh untuk sara diri dia. Zaman sekarang kat Malaysia ni bukan boleh memilih kerja, grab je apa yang boleh.

Pagi jadi despatch boy, malam mungkin jual burger. Weekend pulak jual nasi lemak tepi jalan. Kalau ada masa lebih, ajar kelas mengaji atau buat kelas tuisyen untuk budak-budak sekolah. Eh, senang cerita semua kerja dia nak buat sebab semua orang kena buat #2kerja sekarang ini untuk tambah pendapatan bulanan.

Memang rutin harian si Spiderman tolong orang dalam kesusahan, jadi tak mustahil dia akan tolong orang yang tengah ada masalah kat Malaysia pulak kan? Contohnya, angkat tong gas, tolak kereta keluar dari lumpur, tolong orang angkut barang pindah rumah, cat rumah dan lain-lain lagi.

Pendek kata apa saja pertolongan kat Malaysia ni, Spiderman akan datang. Baik betul Spiderman kan?

Kalau geng Dikir Barat atau silat korang tak cukup orang, Spiderman boleh ganti! Tak percaya? Sedangkan hafal ayat-ayat cinta nak mengorat Mary Jane boleh, lirik Dikir Barat dengan step silat depan orang kahwin tu apa lah sangat! Spiderman yang memang lincah ni memang sesuai dengan bersilat, macam-macam aksi dia boleh buat nanti!

Kalau dalam filem Spiderman: Homecoming, Spiderman akan bermusuh dengan Vulture, tapi kalau kat Malaysia, dia akan bermusuh dengan burung gagak. Sedangkan orang Malaysia pun tak suka dengan burung gagak yang annoying ni sebab suka ‘melepas’ merata-rata.. Kadang-kadang atas kereta, baju kat ampaian, jemuran tilam dan banyak lagi tempat yang buat kita panas hati. Rasa nak tembak je burung gagak ini.

Majlis perbandaran pun banyak buat aktiviti menembak burung gagak, tapi biasa lah mesti datang balik punya! Lepas ini, Spiderman boleh lah tolong majlis perbandaran hapuskan gagak. Tembak je guna spider web dia!

Setanding superhero lain, Spiderman pun kebal, kuat dan ada keistimewaan. Kalau dia berasal dari Malaysia, mesti dia mampu lawan penjahat, perompak, perogol dan macam-macam lagi kes jenayah yang banyak terjadi kat Malaysia ni. Selain bantu polis dan anggota pertahanan yang lain, Spiderman pun mampu berjasa pada negara. Aman Malaysia lepas ini.

Memang menjadi kewajipan rakyat Malaysia yang beragama Islam membayar zakat, Spiderman pun tak boleh lari dari tanggungjawab tu. Kalau tak bayar zakat, seolah-olah macam dia tak menyumbang pada orang miskin. Hasil dia jual nasi lemak, bekerja siang malam patut diberi pada yang memerlukan. Jadi, Spiderman jangan lupa bayar zakat ya?

Dah nama pun Spiderman, mesti la banyak sawang labah-labah atau spider web dia bersepah sana sini kat tepi jalan. Kalau tak, macam mana dia nak bergerak kan? Tapi, kalau dah banyak sangat, orang pun marah sebab halang jalan. Kalau dia tak bersihkan, makcik cleaner pun tak larat nak sapu hari-hari. Banyak kot!

Duduk kat Malaysia kalau tak hadap jalan jammed hari-hari memang tak sah. Kat mana-mana, waktu bila sekali pun mesti akan jammed punya. Itu antara perkara paling stress yang rakyat Malaysia kena hadap. Tapi, tidak bagi Spiderman. Dia boleh bergayut sana sini dan lompat-lompat atas kereta suka hati. Memang cepat la dia bergerak!

Oleh sebab dia bergerak lebih cepat, tak mustahil dia boleh buat servis delivery untuk Lazada, McDonalds atau Uber sekali pun. Baru order 2 minit dah sampai! Haha!

Tak kisah lah dari mana Spiderman berasal, tetapi filem Spiderman yang terbaru iaitu Spiderman: Homecoming akan mula ditayangkan 7 Julai depan! Korang yang follow siri Spiderman mesti tak sabar kan? Berdasarkan trailer, nampaknya Spiderman bakal berdepan dengan musuh terbaru. Siapa pula ya? Ha, nantikan 7 Julai depan, bawa kawan dan adik-adik tengok sekali tau!