[KUIZ] Jom Check Sama Ada Korang Layak Untuk Jadi Pelatih Dinosaur

Mesti ramai di antara korang pernah berangan-angan nak jadi pelatih dinosaur kan? Nampak macam best je kerja tu… Bagi diorang makan, mandikan dinosaur, siap konon boleh bercakap dengan dinosaur lagi. Tapi terfikir jugak kat mana agaknya nak apply kerja macam tu?

Nampak je kerja macam tu senang tapi sebenarnya bukan mudah tau dan tak semua orang mampu galas tanggungjawab besar menjaga dan memelihara dinosaur. Kalau takde ilmu yang banyak, silap haribulan hari pertama kerja adalah hari terakhir korang bekerja!

Haa, apa kata korang semak dulu kelayakan sama ada korang layak atau tak untuk jadi pelatih dinosaur dengan main kuiz kat bawah ni. Jangan lupa kongsi result dengan kitorang okay!

Sedia untuk jadi pelatih dinosaur? Jom tengok JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM!

Dah ready kan? Kalau dah ready, jom ikuti pengembaraan Chris Pratt dalam JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM! Dalam sequel kali ini, satu letusan gunung berapi berlaku sehingga mengancam kewujudan dinosaur yang bergerak bebas selama 3 tahun selepas kemusnahan taman tema Jurassic World di Isla Nublar…

Selepas kejadian itu, pengurus taman tema, Claire Dearing (lakonan Bryce Dallas Howard) menubuhkan organisasi menyelamat dinosaur bersama Benjamin Lockwood (lakonan James Cromwell) dan bekas pelatih dinosaur, Owen Grady (lakonan Chris Pratt) untuk membawa spesis dinosaur Velociraptors terakhir, Blue ke Amerika…

Sebelum tu, jom kita tengok trailer JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM dulu…

Nak tau apa jadi dengan Blue lepas tu? Jom ke panggung wayang berdekatan untuk menonton pengembaraan mereka dan kesudahan JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM pada 7 Jun ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan semua. Jumpa kat sana!