AirAsia Lancar Sistem Pengecaman Wajah di Lapangan Terbang

AirAsia hari ini melancarkan Fast Airport Clearance Experience System (FACES), sistem pengecaman wajah dan pintu perlepasan sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, menjadikannya syarikat penerbangan pertama di Asia yang menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar bermula daripada saat mendaftar masuk hingga perlepasan dengan teknologi pengecaman wajah berasaskan biometrik.

Dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh AirAsia, FACES menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti tetamu yang telah berdaftar di pintu perlepasan sendiri, membolehkan mereka menaiki penerbangan mereka tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen perjalanan.

AIRASIA

Sistem tersebut telah dilancarkan oleh YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri I; YB Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor; Aireen Omar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Digital, Transformasi, Perkhidmatan Korporat) AirAsia; dan Md Derick Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X berkata, “Lapangan terbang kadang-kala menyulitkan proses sebelum penerbangan. Jadi FACES menandakan usaha terbaru kami untuk menjadikan pengalaman sebelum penerbangan lebih lancar menggunakan teknologi biometrik yang canggih untuk mengesahkan identiti para tetamu. Dengan FACES, wajah anda adalah pasport anda, jadi menaiki penerbangan lebih mudah dan lancar.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kerana sekali lagi menyokong usaha kami untuk meningkatkan pengalaman perjalanan para tetamu kami melalui inovasi digital. Sebelum ini, ia telah menjadi lapangan terbang pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem daftar masuk bagasi sendiri. Kami berharap kejayaan FACES di sini akan menjadi satu inspirasi dan kami berharap untuk bekerjasama dengan lapangan terbang lain di Malaysia untuk merevolusikan pengalaman perjalanan dengan teknologi ini dan menjadikannya lebih menyeronokkan.”

Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, “Menjadi lapangan terbang pertama di Malaysia yang mempunyai teknologi canggih ini merupakan satu penghormatan bagi Lapangan Terbang Senai. Inisiatif ini dijangka akan meningkatkan pengalaman perjalanan para penumpang dan kecekapan operasi lapangan terbang ini. Terutamanya dalam proses pemeriksaan keselamatan untuk menampung peningkatan jumlah penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang ini. Kami juga meramalkan trafik penumpang akan meningkat sebanyak 16% kepada 3.6 juta pada tahun ini.”

Para tetamu yang ingin merasai pengalaman menggunakan FACES boleh mendaftar di kiosk pendaftaran yang terletak di kawasan kiosk daftar masuk sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Tetamu hanya perlu meletakkan MyKad atau pasport bercip mereka di kiosk tersebut untuk mendaftar dokumen dan memandang kamera untuk mendapatkan token biometrik mereka. Tersedia untuk tetamu berumur 18 tahun ke atas, proses pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja, dan tetamu boleh menggunakan pintu perlepasan sendiri AirAsia untuk semua penerbangan selagi dokumen mereka masih sah. Sekiranya dokumen tersebut telah tamat tempoh, tetamu perlu mengemas kini rekod pendaftaran menggunakan dokumen sah yang baharu. Para tetamu yang telah mendaftar juga akan mendapat manfaat seperti melalui proses pemeriksaan keselamatan dan menaiki penerbangan dengan lebih lancar.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Komen via Facebook

Komen

AirAsia X Kini Terbang ke Jaipur dari Kuala Lumpur

Disambut dengan Promosi tambang termasuk semua serendah RM199*/INR3,555*

JAIPUR, 6 FEBUARI 2018 – AirAsia X mengumumkan laluan terbaru dari Kuala Lumpur ke Jaipur, memudahkan orang ramai dari Kuala Lumpur untuk melancong ke Barat Laut India, dengan tambang promosi termasuk semua dari RM199 sehala.

Promosi termasuk semua dari from RM199* / INR3,555* sehala untuk tempat duduk standard bermula dari 5 Febuari sehingga 11 Febuari 2018 untuk tempoh perjalanan Antara 5 Febuari sehingga 31 Julai 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang telah meraih anugerah juga sedia untuk temahan bagi promosi tambang  termasuk semua dari RM199 sehala.

Satu majlis khas diadakan untuk menyambut penerbangan sulung yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur malam tadi (5 Februari). 

airasia jaipur

AirAsia X merupakan satu-satunya syarikat tambang rendah yang menawarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, ibukota Rajasthan. Syarikat penerbangan ini akan menawarkan khidmat operasi empat kali seminggu yang bakal mengembangkan rangkaian di Asia Tenggara dan memperkukuhlan hubungan AirAsia X dan syarikat sekutu penerbangan jarak dekat, AirAsia di India.

Pengerusi Eksekutif AirAsia and Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun berkata, “India adalah salah satu daripada pasaran pertumbuhan utama, dan kami akan membina kedudukan lebih kukuh di sini. Kini kami terbang ke dua destinasi di kawasan Segitiga Emas terkemuka dunia dengan penambahan penerbangan ke Jaipur selain khidmat sedia ada Delhi. Dengan laluan terbaharu ini, jumlah penerbangan mingguan menghubungkan Malaysia ke India di bawah Kumpulan AirAsia meningkat kepada 110 kali dan jumlah kapasiti di bawah Kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X adalah 22,755.”

“Khidmat terbaharu ke Jaipur adalah sebahagian daripdada matlamat kami untuk memenuhi peningkatan permintaan untuk hubungan serantau ke kota tier II di India. Melalui peningkatan operasi penerbangan dari lapangan terbang di kota Tier I dan Tier II, hubungan serantau India akan diperkukuhkan lagi. Kami menjangka laluan baharu ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan penumpang Antara Malaysia, India dan Asia Selatan,” tambah Datuk Kamarudin.

Sejak 2010, Kumpulan AirAsia telah membolehkan lebih daripada 16 juta penumpang (16,701,470) terbang keluar dan masuk India. Sehingga Disember 2017, AirAsia X Malaysia telah menerbangkan lebih daripada 184,482 tetamu sejak pengenalan khidmat terus penerbangan Kuala Lumpur-New Delhi pada Febuari 2016.

Dengan laluan baharu ini, AirAsia X bersama dengan AirAsia kini menawarkan khidmat ke 19 kota India termasuk Bagdogra, Bengaluru, Bhubaneswar, Chandigarh, Chennai, Goa, Guwahati, Hyderabad, Imphal, Kochi, Kolkata, Mumbai, New Delhi, Pune, Ranchi, Srinagar, Tiruchirappalli dan Visakhapatnam.

Sebagai sebuah kota di Segitiga Emas, dan dengan sejarah dan budaya luar biasa Jaipur memegang kedudukan penting  di Rajasthan, menarik lebih daripada satu dalam tiga pelancong antarabangsa yang mengunjungi wilayah tersebut. Dikenali sebagai kota merah jambu kerana lanskap diwarnai dengan cat merah jambu, Jaipur terkenal sebagai destinasi premium yang menarik pelancong bisnes mahupun yang beriadah dari seluruh dunia. Ibukota Rajasthan yang terkemuka dengan lanskap dan warisan, kedudukan Jaipur terletak di tangga kelapan dari segi ekonomi terbesar di wilayah terbabit dirancakkan oleh tekstil, permata dan perhiasan, pemprosesan agro, automotif dan industri berasaskan mineral.

Ikuti maklumat yang dikemaskini berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan Mulai 5 Febuari 2018 sehingga 24 Mac 2018 untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Jaipur, India (JAI)

Penerbangan Dari Ke Pelepasan Ketibaan Jadual Penerbangan
D7 184 KUL JAI 1900hrs 2200hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu
D7 185 JAI KUL 2315hrs 0705hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu

Nota: Masa tersenarai adalah tempatan melainkan dinyatakan sebaliknya

Jadual penerbangan mulai 25 Mac 2018 untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Jaipur, India (JAI)

Penerbangan Dari Ke Pelepasan Ketibaan Jadual Penerbangan
D7 184 KUL JAI 0800hrs 1100hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu
D7 185 JAI KUL 1200hrs 1950hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu

Nota: Masa tersenarai adalah tempatan melainkan dinyatakan sebaliknya.

Komen via Facebook

Komen

Raikan Tahun Baru Cina dengan Tawaran Istimewa AirAsia

Raikan Tahun Baru Cina dengan tawaran istimewa AirAsia untuk percutian yang menakjubkan.

Nikmati tawaran tambang asas sehala dari serendah RM9 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu atau tawaran tambang asas sehala dari RM99 dari Kuala Lumpur ke Lombok, Bali, Davao, Chiang Mai, Bandar Ho Chi Minh dan banyak lagi apabila anda menempah dari sekarang hingga 4 Februari 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos 2018 dan 31 Januari 2019.

Tawaran ini juga boleh didapati untuk penerbangan jarak jauh dengan tambang asas sehala dari serendah RM199* dari Kuala Lumpur ke Macao, Kunming, Shantou, Shanghai, Hangzhou, Sapporo dan Taipei jadi anda boleh terbang lebih jauh dengan tambang yang lebih rendah.

Ketua Komersil AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata, “Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia telah membantu menjadikan penerbangan mampu dinaiki oleh semua sejak tahun 2001. Selain menerbangkan lebih 10 juta tetamu pada tahun lepas, kami juga mempunyai rangkaian terluas yang mengukuhkan hubungan domestik dan meningkatkan hubungan antarabangsa. Oleh itu, kami berharap semua orang akan mengambil peluang keemasan ini untuk menempah percutian akan datang mereka dengan kami.”

Para tetamu juga boleh menikmati penerbangan penuh faedah dengan menempah Pek Nilai yang kini disertakan dengan 20kg bagasi berdaftar, hidangan daripada menu Santan, pilihan tempat duduk biasa*, dan insurans perjalanan daripada Tune Protect yang merangkumi Jaminan 1 Jam Tepat Masa dan Perlindungan Kelewatan Bagasi**.

Bukan itu sahaja, muat turun aplikasi BigPay sekarang untuk menikmati lebih penjimatan semasa percutian anda. Dengan BigPay, anda tidak perlu membayar yuran pemprosesan untuk tempahan penerbangan di airasia.com dan menikmati diskaun RM2 untuk pra-tempahan hidangan dan bagasi. Juga tiada caj tambahan apabila anda berbelanja di luar negara dengan BigPay – jadi anda dapat menikmati kadar yang lebih baik daripada semua bank dan pengurup wang. Untuk maklumat lanjut, layari bigpayme.com.

Lengkapkan pengalaman penerbangan tahun baru anda dengan hidangan perayaan baharu kami, Emperor’s Fried Rice. Nikmati nasi goreng dengan nanas, kismis, lobak merah, kacang hijau, bawang putih, dan telur yang dihidangkan dengan ayam manis bercili – sebuah hidangan yang sesuai untuk seorang maharaja. Hidangan ini hanya boleh didapati untuk pembelian di dalam penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dengan harga MYR15, AirAsia X Malaysia (D7) dengan harga MYR 20 dan AirAsia Indonesia (QZ) dengan harga IDR55,000. Untuk menikmati pelbagai hidangan lain dengan lebih jimat serta memastikan anda diberi keutamaan, para tetamu juga boleh menempah hidangan Santan melalui pautan Urus Tempahan saya di airasia.com.

Selain itu, dapatkan beg cenderamata yang mengandungi pelbagai barangan yang disediakan oleh AirAsia dengan harga RM38, RM68, RM88 dan RM128. Nilai barangan di dalam beg cenderamata itu bernilai sehingga 6 kali harga belian! Pre-tempah sekarang di www.ROKKIshop.com sehingga 48 jam sebelum penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan 72 jam sebelum penerbangan AirAsia X Malaysia (D7).

Sempena musim percutian ini, AirAsia menggalakkan semua tetamu untuk mendaftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang, dan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan untuk perjalanan yang lebih lancar. Bagi tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, sila ambil perhatian bahawa kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan. Bagi bagasi kabin pula, tetamu hanya dibenarkan untuk membawa satu bagasi kabin dan satu beg kecil, yang mana jumlah berat yang dibenarkan untuk kedua-dua (2) buah tidak melebihi 7kg.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Pemilihan tempat duduk biasa adalah termasuk di dalam Pek Nilai. Anda juga boleh menaik taraf ke Hot Seats (caj tambahan dikenakan). Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tempat duduk kami sila layari laman web rasmi di sini.

**Perlindungan Perjalanan Tune – AirAsia boleh didapati dengan rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Insurans perjalanan ini hanya boleh didapati untuk penerbangan terus yang berlepas dari negara terpilih – tidak termasuk Fly-Thru, Pengangkutan ke Pulau dan Bandar. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Komen via Facebook

Komen

AirAsia Rai Pesawat Berwajah ‘Beautiful Terengganu, Malaysia’

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia hari ini meraikan pesawat berwajah ‘Beautiful Terengganu, Malaysia’ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu.

AirAsia

Pesawat ini bakal menjadi platform promosi berimpak besar bagi negeri itu selama dua tahun. Tambahan pula, promosi produk dan destinasi pelancongan negeri tersebut juga akan dibuat melalui pengiklanan pada ruang simpanan bagasi di dalam pesawat, tempat letak makanan pada belakang kerusi di dalam pesawat dan menerusi majalah dalam penerbangan AirAsia, travel 3Sixty°.

AirAsia Rai Pesawat Berwajah ‘Beautiful Terengganu, Malaysia’

Selain itu, kerjasama ini turut membawa impak positif kepada sektor pelancongan negeri itu kerana pesawat yang menonjolkan keindahan negeri Terengganu ini juga bakal terbang ke destinasi antarabangsa AirAsia.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata,

“Kami berbangga kerana dapat meraikan pesawat berwajah ‘Beautiful Terengganu, Malaysia’ bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Rekaan ini adalah sebahagian daripada usaha kerjasama berterusan kami dengan kerajaan negeri untuk mempromosikan keindahan dan keistimewaan negeri Terengganu kepada tetamu kami di seluruh Asia Pasifik. Pada tahun lepas, kami telah menerbangkan lebih daripada 520,000 orang tetamu dari dan ke negeri ini dan kami percaya rekaan pada pesawat ini akan menarik lebih ramai pelawat ke negeri ini selaras dengan misi kerajaan negeri untuk mengetengahkan industri pelancongan pada tahun ini kerana ia memberi faedah kepada semua, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana.”

Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu berkata,

“Kerajaan Negeri Terengganu amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama AirAsia, dengan harapan jalinan sebegini menjadi pencetus kepada jalinan dengan syarikat-syarikat korporat. Negeri Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan sebagai negeri pelancongan yang mampu menggamit kehadiran pengunjung dan kami percaya dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran kepada jenama ‘Beautiful Terengganu, Malaysia’ menerusi penonjolan imej destinasi dan produk pelancongan melalui paparan pada pesawat penerbangan AirAsia.”

AirAsia terbang ke dua destinasi dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan 28 kali penerbangan sehala seminggu dan Johor Bahru dengan3 kali penerbangan sehala seminggu. Sehingga tahun 2017, AirAsia telah menerbangkan lebih 2.5 juta tetamu dari dan ke negeri itu dengan warganegara yang paling ramai adalah dari Malaysia, China dan Indonesia.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Komen via Facebook

Komen

AiraAsia Sambut Dua Penerbangan Sulung Antarabangsa Ke Sarawak

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia hari ini menyambut dua penerbangan sulung antarabangsa ke Sarawak; dari Shenzhen ke Kuching dan Singapura ke Bintulu.

Penerbangan pertama Shenzhen-Kuching yang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 7.50 pagi ini telah disambut dengan pancuran air.

Para tetamu yang tiba telah disambut oleh acara tradisional Sarawak yang diketuai oleh YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Negeri Sarawak; Datuk Abdul Wahab Aziz, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak; Puan Mary Wan Mering, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak; dan Encik Zamani Bin Mohd Rafique, Pengarah Perhubungan Kerajaan, AirAsia Berhad.

AiraAsia Sambut Dua Penerbangan Sulung Antarabangsa Ke Sarawak

Manakala, penerbangan sulung Singapura-Bintulu yang telah tiba pada jam 11 pagi di Lapangan Terbang Bintulu telah disambut oleh YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu dan Encik Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad; bersama-sama YB Datuk Lee Kim Shin, Datuk Abdul Wahab Aziz, Puan Mary Wan Mering, dan Encik Zamani Bin Mohd Rafique, yang terbang dari Kuching ke Bintulu.

Dua penerbangan terus antarabangsa tersebut adalah sebahagian daripada pelan AirAsia untuk meningkatkan hubungan ke Malaysia Timur, selari dengan usaha kerajaan negeri untuk terus membangunkan sektor pelancongan dan rangkaian penerbangan ke negeri itu.

AiraAsia Sambut Dua Penerbangan Sulung Antarabangsa Ke Sarawak

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata,

“Kami amat berbesar hati dan merendah diri untuk menyambut dua penerbangan antarabangsa baharu ke Sarawak pada hari ini. AirAsia sentiasa komited untuk memperluaskan pasaran di Sarawak dan dua penerbangan terus ini menjadi bukti komitmen kami untuk meningkatkan hubungan dari dan ke negeri ini. Sehingga kini, kami telah menerbangkan seramai 4.8 juta tetamu dari dan ke Sarawak, iaitu 12.1 peratus lebih ramai daripada tahun 2016 dengan China dan Singapura berada dalam senarai lima negara teratas.

“Kami berharap pengenalan dua laluan baharu ini akan menambah jumlah pelawat ke Sarawak pada tahun hadapan, dan kami percaya ia akan tercapai dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan pihak berkuasa pelancongan. Kami juga berbangga kerana telah diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terkemuka oleh Kerajaan Negeri Sarawak di Anugerah Sarawak Hornbill Tourism 2015/2016 pada tahun ini. Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak serta Lembaga Pelancongan Sarawak di atas sokongan mereka. Kami juga akan terus menyokong kerajaan negeri untuk meningkatkan hubungan bagi memacu sektor pelancongan negeri ini dan kami berharap untuk menjadi syarikat penerbangan utama yang menghubungkan ‘Bumi Kenyalang’ ke destinasi yang lebih jauh lagi.”

AiraAsia Sambut Dua Penerbangan Sulung Antarabangsa Ke Sarawak

Sementara itu, Datuk Abdul Wahab telah mengucapkan terima kasih kepada AirAsia kerana telah membuka laluan udara dari hab antarabangsa.

“Pengenalan kedua-dua laluan ini amatlah bertepatan untuk meneruskan pembangunan industri pelancongan di Sarawak serta ke persada antarabangsa, dan kami berharap lebih banyak hubungan antarabangsa yang akan diperkenalkan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

AirAsia kini terbang ke 12 destinasi dari Kuching dengan sejumlah 229 penerbangan sehala seminggu. Selain Shenzhen, syarikat penerbangan itu juga terbang dari Kuching ke Singapura, Pontianak, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi.

AirAsia juga terbang ke tiga destinasi dari Bintulu ke Singapura, Kuala Lumpur dan Kuching dengan sejumlah 39 penerbangan sehala seminggu.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

AiraAsia Sambut Dua Penerbangan Sulung Antarabangsa Ke Sarawak

Jadual Penerbangan untuk Kuching, Malaysia (KCH) – Shenzhen, China (SZX): Laluan No Penerbangan Waktu Perlepasan Waktu Ketibaan Kekerapan Kuching – Shenzhen AK 1241 2245hrs 0245hrs Harian Shenzhen – Kuching AK 1242 0350hrs 0750hrs Harian Jadual Penerbangan untuk Bintulu, Malaysia (BTU) – Singapura (SIN): Laluan No Penerbangan Waktu Perlepasan Waktu Ketibaan Kekerapan Singapura – Bintulu AK 1284 0910hrs 1100hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad Bintulu – Singapura AK 1285 1125hrs 1315hrs Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad.

Komen via Facebook

Komen

Yeay! Ini Jemputan Ke Party Sambutan Tahun Baru NEON COUNTDOWN 2017

Aduhhh, cepatnya masa berlalu, uols. Tik tok tik tok… Hari ni dah 30 Disember 2017 dah! Bermakna ada dua hari je la lagi untuk kita memasuki tahun baru 2018. Sebelum ni, Budiey terfikir dan tercari-cari jugak tahun ni nak celebrate kat mana. Paling tidak pun ada kawan-kawan yang ajak pergi ke KLCC atau Dataran Merdeka. Tapi rasa macam dah selalu sangat celebrate kat situ.

Kalau tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, Budiey akan ke Menara Kuala Lumpur untuk sambut tahun baru. Tapi sempena kedatangan 2018 ni, Budiey nak alih tempat pulak. Kali ini, Budiey dapat jemputan istimewa ke Party Sambutan Tahun Baru NEON COUNTDOWN 2017 yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 31 Disember 2017. Party ini bermula jam 5 petang sehinggalah lewat malam.

NEON COUNTDOWN 2017

Hari ini dah pun hari Sabtu. Bermakna, esok party gempak ni akan berlangsung. Ramai yang tak sabar nak tunggu 31 Disember, kan?

Semalam, Budiey dah pun menerima satu kotak berupa pek party yang cukup eksklusif dari AirAsia Red Tix dan AirAsia Bloggers Community. BIG Yeay!

Apa yang bestnya berparty kat sini, pertamanya sudah tentulah ada persembahan lagu-lagu dan muzik elektronik rancak yang gempak dari DJs KSHMR, Dimatik, Chukies & Whackboi, Ramsey Weswood, ANRK, SICX dan ramai lagi. Keduanya, kita dapat menyaksikan persembahan bunga api yang sangat cantik, grand dan meriah dari Sunway Volcano. Selain itu, katanya ada persembahan sarkas… wah, bunyi macam menarik kan?

Dengan tagline Music, Love and Experience, acara ikonik tahunan ini pastinya akan membuatkan tahun bau 2018 lebih ceria dan meriangkan.

Kepada korang yang tak tahu nak habiskan masa menjelang detik 2018 ini, atau tengah tercari-cari lokasi nak celebrate tahun baru, bolehlah pergi beli tiket NEON COUNTDOWN 2017 yang berharga semurah RM138 sekeping sahaja.

Untuk info lanjut, boleh layari: https://airasiaredtix.com/neon_nyc_2017

Komen via Facebook

Komen

AirAsia Rai Penerbangan Sulung dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina

AirAsia hari ini meraikan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina. Laluan baharu ini akan beroperasi dengan penerbangan empat kali seminggu antara Kuala Lumpur ke Bandar Davao yang penuh meriah ini. 

AirAsia

Majlis pelepasan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) untuk meraikan penerbangan AK590 pada pukul 10.25 pagi dengan 100 peratus muatan penumpang. Kesemua tetamu dalam penerbangan itu juga diberikan cenderamata.

Sempena pengumuman laluan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua dari RM159* sehala di airasia.com bermula sekarang hingga 31 Disember 2017 untuk tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 Jun 2018. Promosi tersebut juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.

Laluan baharu ini juga menandakan laluan terus keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo. AirAsia juga menghubungkan para tetamu ke bandar-bandar lain di Filipina termasuklah Clark, Manila, Caticia, Kalibo, Tacloban, Palawan, Cebu dan Tagbilaran.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Davao, Filipina (DVO)

AirAsia

No Penerbangan

Dari

Ke

Waktu Perlepasan

Waktu Ketibaan

Kekerapan

AK590

KUL

DVO

1025

1425

Isnin, Selasa, Khamis, Ahad

AK591

DVO

KUL

1455

1845

Isnin, Selasa, Khamis, Ahad

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });