Pertunangan Belum Berakhir Selagi… – Sufian Suhaimi

PENYANYI Sufian Suhaimi tetap berpegang kepada prinsip pertunangannya dengan Elfira Loy masih belum berakhir selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu.

Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan pihak ketiga.

Elfira-Akui-Tempuh-Banyak-Dugaan-Bertunang-3

“Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang.

“Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga,” katanya.

Pada Sabtu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir baru-baru ini.

Pihaknya akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Keluarga Sufian ketika menghantar rombongan merisik pada Julai tahun lalu.

Elfira kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Mahadhir berkata, Sufian akan tampil memberikan kenyataan berhubung isu tersebut menerusi Instagramnya apabila tiba waktunya.

Malah Sufian akan menjawab mengenai dakwaan kononnya ibu Elfira terasa hati dengan Sufian yang didakwa mengeluarkan kenyataan di InstaStory mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka.

“Itu nanti Sufian jawab sendiri di Instagram. Dia akan buat kenyataan bila sampai masanya,” katanya.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Elfira Loy & Sufian Suhaimi Sah Putus Tunang

Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi akhirnya terjawab apabila ibu pelakon wanita itu, Filzah Yusoff, mengesahkan hubungan anaknya dengan penyanyi itu sudah putus.

elfira-putus-tunang

Memaklumkan ikatan pertunangan pasangan itu baru sahaja terlerai, Filzah sebagai ibu percaya, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

‘Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

“Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

“Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” katanya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan mengikut perancangan awal, pasangan itu bakal disatukan awal bulan depan.

Spekulasi status pertunangan pasangan itu mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Elfira bagaimanapun, menepis spekulasi itu, sebaliknya mengakui, hubungan mereka juga menempuh dugaan terutama daripada orang di sekeliling.

Terdahulu, Elfira dalam satu catatan yang dimuat naik menerusi Instagramnya semalam, memohon peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik.

Ig-Sufian-elfira-unfollow-1

“Anda boleh kata dan buat spekulasi, tapi takkan tahu cerita sebenar. Islam mengajar saya untuk sentiasa menjadi baik, positif, memaafkan dan melupakan.

“Anda adalah apa yang anda fikirkan. Setiap kata melambangkan diri. Jika anda bercakap hal yang baik, maka baiklah jadinya. Jika anda bercakap buruk, perbaiki untuk jadi lebih baik,” tulis Elfira dalam catatan itu.

Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan Sufian tidak berhasil. Penyanyi lagu Terasa Ada itu dalam kenyataannya sebelum ini, menegaskan soal perkahwinan bukan perkara main-main kerana ia membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Elfira-Akui-Tempuh-Banyak-Dugaan-Bertunang-3

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

Sufian Suhaimi Luah Perasaan Mahu Move On di IG Story

Tiada yang lebih hangat dibicarakan di media sosial sekarang ini selain dari isu Sufian Suhaimi yang dikatakan telah putus tunang. Terbaru ada berita mengatakan Sufian terpaksa menukar nombor telefon bimbit kerana tidak mahu terpalit dengan isu ini.

Ramai yang tertanya-tanya untuk siapakah Sufian Suhaimi tujukan luahan hatinya yang dimuat naik di insta story. Tak dinafikan pastinya ramai menyangka ia buat Elfira Loy. Sejak hujung tahun lalu pelbagai cerita mengenai status hubungan mereka yang sudah pun bertunang.

Menurut mereka sebelum ini, mereka merancang untuk menamatkan zaman bujang pada Mac 2018. Bagaimanapun, hingga sekarang kedua-duanya seakan senyap.

sufian suhaimi

Harap semuanya baik-baik sahaja buat Sufian Suhaimi

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Farid Kamil Didakwa 4 Tuduhan, Mengaku Tak Bersalah

Datuk Farid Kamil Zahari didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam, Khamis lalu

Farid Kamil yang juga pengarah dan pelakon, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah, Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua menyatakan bahawa Farid Kamil, 37, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Asyraf Ahmad dan Konstabel Mohd Nizam Jamaludin.

farid kamil

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Mohd. Nizam dengan niat menghalang tugas polis. Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Farid Kamil turut didakwa atas pertuduhan keempat iaitu berkelakuan tidak senonoh.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan kurang sopan kepada Mohd. Nizam, yang boleh mendatangkan kemarahan dan penghinaan terhadap mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau maksimum penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Semua kesalahan itu dilakukan di kaunter pertanyaan Balai Polis Kota Damansara, di sini, pada pukul 1.20 pagi, 11 Januari lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faiq menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Athari Bahardin yang bertindak sebagai peguam Farid Kamil memohon supaya anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah atas alasan menanggung seorang isteri, dua anak dan kedua ibu bapanya di kampung.

Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mac depan.

Isteri Farid Kamil, Datin Diana Danielle, dilihat turut hadir ke mahkamah pada pukul 9.20 pagi bersama adik Farid, Fadzil Bahari Zahari, yang juga bertindak sebagai penjamin.

Komen via Facebook

Komen

Identiti Jantina Sajat: JAKIM Temui Jalan Penyelesaian

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Bercakap kepada mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, pihaknya dalam fasa untuk merungkai persoalan yang ditimbulkan masyarakat mengenai Sajat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai bentuk penyelesaian yang akan digunapakai untuk menangani isu ini.

“Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

“Jalan penyelesaian ini bagi mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat,” katanya kepada portal berita ini, petang Selasa.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Sajat di Wisma Nur Sajat di sini.

Difahamkan, kedua ibu bapa Sajat turut serta dalam pertemuan itu.

Ditanya adakah dalam pertemuan itu pihak Jakim telah mendapat pengesahan daripada Sajat, Mohd Izwan berkata: “Belum.”

Mohd Izwan berkata, sebarang urusan dalam mendapatkan pengesahan itu akan dibuat melalui perbincangan secara dalaman.

“Ia adalah perbincangan dalaman, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Sajat sedia berjumpa dengan pihak Jakim berhubung isu berkaitan dirinya hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Ia susulan ‘mesej terbuka’ Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim di laman sosial Facebook pada Isnin berhajat untuk berjumpa dengan Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti usahawan kosmetik berkenaan.

Sementara itu, Sajat pula berkata, pertemuannya bersama Jakim adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu berbangkit.

“Alhamdulillah, hari ini saya terima kedatangan ziarah daripada wakil Jakim.

“Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya, doakan yang terbaik ya,” jawabnya ringkas.

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Ada Sebab Tempoh Reman Farid Kamil Dilanjutkan Sehari Lagi

Reman pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari, yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, dilanjutkan sehari lagi.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

farid

Terdahulu, Farid Kamil yang tampil ceria dengan memakai kemeja warna kelabu tiba di kompleks mahkamah dengan kereta polis pukul 11.30 pagi, diiringi anggota polis ke kamar mahkamah untuk prosiding reman.

Pelakon yang berusia 37 tahun tersebut dan juga merupakan suami kepada Datin Diana Danielle, 27, itu kemudian terus dibawa keluar dari kamar mahkamah berkenaan pada kira-kira pukul 12.32 tengah hari.

Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari pada Khamis minggu lalu, pelakon terbabit dikatakan ke Balai Polis Kota Damansara di sini untuk membuat laporan berkaitan kes kemalangan jalan raya.

Namun ketika sedang berurusan di kaunter balai terbabit, dia didakwa secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota polis lain dan orang awam.

Selain mencederakan seorang anggota polis berusia 24 tahun, dia dipercayai sempat menendang dua orang awam di tempat sama setelah menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp mengenai ‘300 artis hutang ah long’.

Kisah artis ini menjadi bahan jenaka netizen kerana pada bulan lalu beliau bertemu tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memberi amanat khas untuk terus seru makruf dan cegah mungkar.

Pelakon Azad Jazmin dan Azhan Rani dilihat hadir ke mahkamah untuk beri sokongan. Turut kelihatan di kompleks mahkamah, adik Farid Kamil, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah berkenaan, Farid Kamil sempat mengucapkan “thank you (terima kasih) semua” sebelum dibawa pergi oleh pihak polis.

Komen via Facebook

Komen

Datuk Farid Kamil Mungkin Tertekan dan Rindu Anak – Fadzil

KELUARGA Datuk Farid Kamil tidak menolak kemungkinan Pengarah dan Pelakon terkenal terbabit mengambil ganja kerana tekanan perasaan lantaran sudah lama tidak bertemu dua anaknya.

Adiknya, Fadzil Bahari Zahari, 34, berkata, abangnya sebelum ini tidak pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Namun, katanya, dia tidak menolak kemungkinan bahawa abangnya itu mengambil ganja bagi menenangkan fikiran lantaran tekanan perasaan dihadapinya.

Menurutnya, dia ada bertemu dengan abangnya tiga sehari sebelum di tahan dan Farid memberitahu yang dia terlalu merindui dua anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

“Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian.

“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya ketika ditemui hari ini.

Fadzil yang hadir ke Komplek Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, ditemani adiknya, Anis Anwar bagi mengikuti perkembangan penahanan Farid Kamil.

Bagaimanapun, kelibat isteri Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle tidak kelihatan di mahkamah terbabit.

farid-kamil anak diana

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan datang ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka anggota polis yang bertugas dan orang awam di balai polis terbabit.

Susulan kejadian, Farid Kamil ditangkap serta merta di lokasi dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif ganja.

Farid Kamil kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber: Harian Metro

Komen via Facebook

Komen