Konvensyen Perdana Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) 2018

Pada pagi tadi telah berlangsung Konvensyen Perdana Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjaya menghimpunkan 83 pemimpin dan 1,200 ahli dari seluruh negara.

Ketua Pengarah Seranta, FELCRA BERHAD, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, berkata konvensyen pertama kali dianjurkan itu, bertujuan memberi kesedaran kepada ahli dalam komuniti FELCRA untuk mendepani perubahan dan pembangunan negara masa kini.

Katanya, konvensyen sehari itu penting memandangkan WADIRA yang ditubuhkan sejak 1979, memerlukan perubahan, sekali gus pendekatan baharu untuk meneruskan legasi dibina bagi pembangunan wanita FELCRA di negara ini.

“Pendekatan konvensyen dijalankan secara interaktif menerusi sesi dialog, di mana ia membantu peserta bertukar pandangan serta memberi input untuk memperkasakan lagi pertubuhan ini,”

Konvensyen itu tadi telah dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sesi dialog pula dikendalikan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Dun dan Usahawan Wanita Berjaya FELCRA, Datuk Seri Siti Zamriyah Samad.

WADIRA adalah badan penghubung dan perantaraan di antara keluarga ahli dengan pengurusan FELCRA Berhad.

Ditubuhkan pada 1979 di FELCRA Berhad Seberang Perak, WADIRA kini mempunyai 83 cawangan di seluruh negara dengan keahlian seramai 17,562 orang.

Antara objektif WADIRA ialah mewujudkan wanita berpengetahuan, maju, progresif dan dinamik serta boleh memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga.

Komen via Facebook

Komen

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

• Pertama kalinya kelab membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia
• Tayangan percuma siaran langsung perlawanan menentang Liverpool
• Duta United Dwight Yorke, Denis Irwin dan lagenda kelab, David May akan turut hadir.

Manchester United buat julung-julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia. Ia merupakan acara khas yang dianjurkan oleh kelab yang berpangkalan di Manchester tersebut dimana penyokong United dapat berkumpul dan menyaksikan siaran langsung beramai-ramai. #ILOVEUNITED akan berlangsung pada Sabtu, 10 Mac bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur di mana Manchester United akan bertemu seteru kelab, Liverpool dalam perlawanan yang dinantikan oleh para peminat.

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

Acara eksklusif ini telah dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh dunia dan United teruja untuk membawakannya buat pertama kali ke Malaysia dan acara ini adalah terbuka dan percuma untuk penyokong.

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

Duta Manchester United, Dwight Yorke dan Dennis Irwin disertai Legenda Kelab, David May, akan hadir untuk bertemu para peminat selain berpeluang untuk mendalami budaya tempatan
di samping memberi pandangan dan analisis perlawanan. Peminat juga akan dihiburkan dengan acara hiburan, dan peraduan dimana peminat berpeluang memenangi trip VIP ke Old Trafford. Acara ini juga peluang dimana peminat seluruh dunia dapat berhubung secara interaktif untuk muat naik gambar dan video mereka bersorak untuk pasukan mereka.

#ILOVEUNITED adalah acara percuma kepada semua dan peminat United yang berminat diminta untuk memohon secara talian tiket masuk dengan melayari www.manutd.com/iloveunited sebelum 12 tengah malam 4 Mac. Setiap permohonan kemudiannya akan diundi dan tiket dikeluarkan secara rawak. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi email tidak lewat dari 6 Mac.

Bagi peminat yang telah pun mendaftar secara rasmi ahli kelab penyokong rasmi Official Manchester United, mereka diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara tersebut dengan memasukkan nombor keahlian semasa proses permohonan.

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold berkata:

Kelab ini mempunyai hubungan dan persefahaman yangbaik dengan Malaysia. Kami gembira dapat kembali ke sana untuk menganjurkan tayangan siaran langsung perlawanan paling ditunggu-tunggu musim ini buat pertama kalinya di negara ini. Manchester United mempunyai 8 juta penyokong setia termasuk di Malaysia dan #ILOVEUNITED pastinya akan menjadi acara yang tidak akan dilupakan penyokong-penyokong yang hadir. Acara #ILOVEUNITED sebelum ini telah dihadiri ribuan penyokong sekaligus mewujudkan suasana yang hebat di kalangan peminat keluarga di seluruh dunia dan elemen interaktif akan membawa mereka lebih rapat bersama. ”

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Akses hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai tiket yang sah. Sila lihat laman web untuk maklumat lanjut.
** Peminat tidak perlu menjadi ahli rasmi untuk memohon tiket.

Manchester United Membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia

About Manchester United

Manchester United is one of the most popular and successful sports teams in the world, playing one of the most popular spectator sports on Earth. Through our 140-year heritage we have won 66 trophies, enabling us to develop the world’s leading sports brand and a global community of 659 million followers. Our large, passionate community provides Manchester United with a worldwide platform to generate significant revenue from multiple sources, including sponsorship, merchandising, product licensing, new media & mobile, broadcasting and match day.

Komen via Facebook

Komen

Francesca Maria, Be Yourself Tour 2018 di Malaysia

FRANCESCA MARIA, BE YOURSELF TOUR 2O18 DI MALAYSIA

Popcorn Studio Sdn Bhd akan menganjurkan program Francesca Maria, Be Yourself Tour 2018 di Malaysia pada 24 dan 25 Mac 2018 bertempat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Bertemakan aktiviti kecergasan sebagai amalan gaya hidup sihat, program ini bakal menampilkan jurulatih terkemuka Zumba, Francesca Maria (Itali) dan John Philip Bughaw ‘Balang’ (Filipina) dan jurulatih Yoga, Master Kamal (India) serta barisan jurulatih Zumba tanah air.

Tiket telah mula dijual pada harga RM110 dan pembeli juga dapat menikmati tawaran di skaun untuk pembelian tiket secara pukal (minima 10 keping). Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.vip.my.

FRANCESCA MARIA, BE YOURSELF TOUR 2O18 DI MALAYSIA

FRANCESCA MARIA, BE YOURSELF TOUR 2O18 DI MALAYSIA

FRANCESCA MARIA, BE YOURSELF TOUR 2O18 DI MALAYSIA

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Kak Ogy Bakal Anjurkan Street Theater SENI… ITU RUPANYA

Baru-baru ini, Budiey sempat meninjau sesi pembelajaran di Kelas Lakonan dan Pengacaraan yang dianjurkan oleh Fauziah Ahmad Daud atau selesa dipanggil Kak Ogy. Siapa yang tak kenal dengan Kak Ogy, seorang pelakon berkaliber dan pengacara yang cukup berpengalaman ini. Dengarnya, Kak Ogy sekarang ini, aktif dan sibuk menjadi mentor dan mengajar di Ogy Centrestage & Academy selain menjadi pengacara program HURU HARA untuk saluran HyppTV.

Terkenal dengan kritikannya yang pedas dan pendirian yang cukup pedas, Oleh kerana pengalaman yang luas dalam dunia seni, Kak Ogy pernah dijemput untuk menjadi juri serta tenaga pengajar di beberapa program realiti TV.

Terbaru, Kak Ogy sekarang ini sibuk untuk mengadakan Street Theater atau Teater Jalanan di Courtyard Concourse, The Curve, Mutiara Damansara. Teater ini berjudul SENI… ITU RUPANYA. Acara ini akan berlangsung selama dua hari berturut-turut dan mengumpulkan pencinta seni teater di satu lokasi.

Budiey difahamkan, Kak Ogy telah pun buat sesi ujibakat mencari pelakon baru-baru ini dan kita tengoklah nanti pelancaran acara ini nanti ya.

Teater ini memerlukan pelakonnya berlakon, menari dan menyanyi dalam masa yang sama. Macam-macam cerita tentang seni dan perkara berbangkit yang menyentuh dunia anak seni akan ditonjolkan oleh teater ini dan akan menyentuh isu semasa.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Kak Ogy pernah terlibat menjadi pelakon Street Theater pada tahun 1990 di bawah arahan pengarah terkenal Allahyarham Datuk Syed Alwi di hadapan Pertama Kompleks. Kak Ogy masih ingat lagi keseronokan terlibat dengan teater ini.

Jadi, Kak Ogy mahu mengangkat semula naskah teater ini dan seterusnya menjadi perintis semula teater sebegini. Ianya satu latihan yang memberikan pengalaman baru kepada pelakon kerana mereka terpaksa menghadapi orang ramai yang lalu lalang di situ.

Bayangkan pelakon terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang macam-macam karakter dengan begitu dekat dan pelakon perlu ‘block’ dan fokus minda berkali ganda berbanding berlakon dalam teater biasa.

Street Theater sangat berbeza dengan teater yang biasa kita layan di Istana Budaya dan mana-mana pentas. Kak Ogy ada bercerita tentang pengalamannya berlakon dalam teater ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena dengan acara ini. Selain Street Theater, acara ini juga dimeriahkan dengan kehadiran selebriti lain di 10 booth yang menjual barangan dan produk dari selebriti terkenal. Ada pertandingan solekan artis, ada Pencarian JEJAKA IDAMAN MALAYSIA, ada juga casting call dan macam-macam lagi.

Budiey rasa sangat teruja untuk menantikan acara ini. Nantikan kemaskini lanjut tentang Street Theater ini. Sama-sama nanti kita meriahkan ya!

Speaker - Fauziah Dato' Ahmad Daud (Lakonan)

Komen via Facebook

Komen

Jom Meriahkan KARNIVAL HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2018

Sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil insiatif menganjurkan program Karnival Hari Wilayah Persekutuan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) bertempat di Dataran Merdeka dan Jalan Raja, Kuala Lumpur bermula dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam.

KARNIVAL HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2018

Karnival Hari Wilayah ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan dengan menerapkan konsep perpaduan, persefahaman serta mengeratkan silaturrahim antara seluruh warga kota Kuala Lumpur tanpa mengira bangsa dan lapisan masyarakat melalui pengisian pelbagai aktiviti seperti acara sukaneka dan rekreasi, pertandingan Xtreme Games, sukan tradisional, pertandingan Muay Thai, pertandingan memasak dan gubahan serta Persembahan Konsert Megastra Hari Wilayah.

Program ini juga adalah ruang kepada pemimpin untuk bersua muka dengan masyarakat bagi menyampaikan aspirasi kerajaan dan beramah mesra bersama mereka.

Pemilihan Dataran Merdeka dan di Jalan Raja juga sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan Kawasan Kolam Biru kepada orang awam dan pelancong asing setelah dirasmikan oleh YB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Ogos 2017 yang lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor akan hadir merasmikan Karnival Hari Wilayah 2018 bersama kehadiran tetamu kenamaan yang lain.

• Karnival Hari Wilayah 2018 adalah terbuka kepada semua wargakota termasuk pelancong dalam dan luar negara untuk menyertai acara dan pertandingan seperti berikut:

i. Zumba/ Senam Robik;
ii. Pertandingan Bola Keranjang/ Basket Ball (3×3);
iii. Pertandingan Tamiya;
iv. Pertandingan/ Persembahan Muay Thai;
v. Pertandingan Tarik Tali;
vi. Pertandingan/ Permainan Tradisional Malaysia;-
a. Dam Aji;
b. Congkak;
c. Batu Seremban;
d. Silambam;
e. Catur Cina;
f. Galah Panjang;
g. Chap Teh.
vii. Pertandingan Bola Jaring;
viii. Pertandingan Tatarias;
ix. Pertandingan Memasak;
x. Pertandingan Gubahan;
xi. Sukan Integrasi OKU;
xii. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak;
xiii. Pertandingan Free Style Dancing/ Break Dance (BBoy); dan
xiv. Pertandingan Xtreme Games (Skateboard/ BMX).

• Kemuncak Program Karnival Hari Wilayah adalah Konsert Hari Wilayah yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam di Pentas Utama Dataran Merdeka. Konsert gemilang ini akan menampilkan 10 artis terkemuka tanahair yang akan membuat persembahan dengan iringan Kumpulan Orkestra Kuala Lumpur.

• 10 orang artis terkemuka tanahair yang akan membuat persembahan adalah seperti Black, Zamani (Slam), Siti Noordiana, Amelina, Liza Hanim, Elda Susanti, Hazami, Lan Solo, Nabila Razali, Maisarah Ukulele, Razak A ‘ Ai, Syazwanie Mentor, Putera Muhammad, Ikhwan Fatarna dan Kumpulan Bunkface. Konsert ini akan disemarakkan dengan dua ikon pengacara komersial Malaysia yang telah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan iaitu Faizal Ismail dan Tasneem.

• Selain dari acara sukan dan konsert, Karnival Hari Wilayah turut menyediakan acara sampingan yang diadakan sepanjang hari seperti berikut:

a. Persembahan KL Street Artiste (Buskers/ Pelukis/ Clown/ Magicians/ Kraftangan);
b. Inflatable Games untuk kanak-kanak.

• Sebagai kemudahan kepada pengunjung, DBKL menempatkan pengusaha Food Truck yang menyediakan jualan pelbagai makanan dan minuman, kadar tetap (flat rate) caj bayaran letak kereta yang memakir kenderaan di Tempat Letak Kereta Dataran Underground pada 10 Februari 2018 bermula dari jam 6:00 pagi hingga 12 malam serta kemudahan ruang surau untuk solat di Bangunan Sultan Abdul Samad

• Program Karnival Hari Wilayah ini dianjurkan dengan kerjasama beberapa pertubuhan NGO dan persatuan seperti berikut :

i. Yayasan Artis 1Malaysia;
ii. Puteri Umno Wilayah Persekutuan;
iii. Wanita Umno Wilayah Persekutuan;
iv. Pemuda Umno Wilayah Persekutuan;
v. Kelab Sukan Tradisional Harmoni;
vi. Kelab Sukan DBKL;
vii. Majlis Paralimpik Malaysia;
viii. Persatuan Belia Progresif;
ix. Barra (Batu Road Retailers Association) – Foodtruck; dan
x. Jabatan Dalaman DBKL.

• Penglibatan dan kerjasama dari agensi/ pihak lain adalah seperti Pengurusan Dataran Underground dan Polis DiRaja Malaysia yang akan membantu dalam penyediaan anggota untuk kawalan keselamatan.

• Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web atau hubungi:-

1. Laman Web rasmi DBKL – www.dbkl.gov.my
Facebook – visitklofficial
Instagram – visitklofficial

2. Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tel: 03-2617 6000

Komen via Facebook

Komen

Yang Menarik di Gegaria Festival Johor Bahru

Lebih 30,000 orang pengunjung telah membanjiri Festival Gegaria yang diadakan di Perkarangan Parkir Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, sabtu lalu. Johor Bahru merupakan lokasi kedua dalam siri penjelajahan Gegaria Festival setelah meriuhkan Setia Alam pada 13 Januari 2018, bulan lepas. Festival yang diadakan oleh Media Prima Berhad ini bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri selama satu hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak “Ekoran daripada kejayaan Gegaria Festival di Selangor bulan Januari yang lalu, festival ini seolah-olah telah mendapat hati dalam kalangan masyarakat kita sehinggakan warga zon selatan secara amnya dan warga Johor secara khususnya sedang menantikan festival ini. Hari ini (Sabtu) Gegaria Festival telah berjaya meraih lebih 30,000 orang pengunjung, berbanding 25,000 orang pengunjung di Setia City. Oleh itu, kami berkobar-kobar untuk meneruskan penjelajahan ini ke Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Februari ini kelak.”

“Sungguhpun kami telah mengumumkan Gegaria Festival ini akan berakhir di Kuantan, namun atas kejayaannya di kedua-dua lokasi Setia City dan Johor Bahru ini, kami mempunyai perancangan untuk menyambung siri jelajah Gegaria Festival ini ke lokasi-lokasi lain di Malaysia. ” ujarnya lagi

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Semangat penggemar muzik tanah air

Zon Makan-Makan #Gegaria menawarkan pelbagai Food Truck, makanan segera, makanan tradisional, serta demo masakan disediakan buat para pengunjung yang menggemari juadah-juadah yang beraneka macam sepanjang hari. Antara makanan dan minuman yang disediakan adalah cendol durian, minuman buah-buahan ice blended, Ayam Goreng Uncle Bob, Nasi Lemak, Burger dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi adalah pembelian makanan dan minuman di festival ini adalah dengan cara tanpa tunai melalui aplikasi mudah alih ‘Boost’. Para pengunjung boleh memuat turun aplikasi mudah alih, ‘Boost’ ini secara percuma di ‘Google Playstore’ atau ‘Apple App Store’ dan berbelanja melalui beberapa langkah-langkah mudah seperti berikut:

o Muat turun aplikasi Boost ke telefon pintar
o Daftar ID pengguna dengan menggunakan kod unik Festival Gegaria yang terdapat di booth Boost
o Mengisi semula wang kedalam aplikasi Boost(menggunakan khidmat perbankan atas talian, m2u, CIMB Clicks dan sebagainya) dan menjadikannya sebagai dompet elektronik pengguna
o Imbas QR Code di gerai/food truck dan sertakan jumlah harga untuk membayar makanan atau minuman.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menimba resipi baharu dan bertemu secara peribadi bersama hos Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Naz Rahman, Faizdickie, Cef Fikree Aznan dan Cef Naem dalam aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Di Zon Throwback Tunnel #Gegaria pula merupakan lokasi yang terbaik untuk para pengunjung menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara. Membentangkan dua buah kontena yang berhias artisitik, zon ini mempamerkan seni-seni yang menceritakan era-era perkembangan Malaysia bermula pada tahun 1950-an hingga kini dan hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) dari Pusat Sumber NSTP. Throwback Tunnel ini telah terus memberikan inspirasi selama 10 pagi hingga 6 petang.

Ramah mesra bersama Cef Fikree Aznan dan Cef Naem

Tarikan lain yang terdapat di Festival Gegaria adalah, Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle) yang beroperasi daripada 10 pagi hingga 6 petang. Para pengunjung telah berpeluang untuk mendengar sesi perkongsian oleh personaliti-personaliti terkenal yang berkisarkan tips-tips menarik media sosial serta fesyen dan stail serta perkembangan artis terkini.

Selain itu, pentas mini Gaya Hidup #Gegaria ini juga akan membuat demonstrasi mekap dan hijab untuk penimbaan ilmu para pengunjung. Antara barisan personaliti terkenal adalah Zumba Instructor (ZIN) Hanif Shawn, Artis Solekan Putreeo, Perunding Imej Noorish Al-Qayyum, Jinnyboy & Reuben, Nabila Razali, Awal Ashaari & Scha Al-yahya, DeFam, dan Noh Salleh.

Selain itu, Festival Gegaria turut mengambil inisiatif untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan Zon Komuniti #Gegaria (#Gegaria Community). Di zon komuniti ini, pelbagai aktiviti disediakan selama lapan jam bermula 10.00 pagi untuk para pengunjung termasuk menderma darah, pemeriksaan kesihatan, dan pendaftaran undi dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tarikan terakhir Festival Gegaria merupakan antara tarikan yang dinantikan oleh orang ramai iaitu Zon Hiburan #Gegaria (#Gegaria Entertainment). Sedikit berbeza dengan zon-zon yang lain kerana zon ini beroperasi sepanjang hari dari 8.00 pagi sehingga 10.00 malam melalui bahagian-bahagiannya yang berbeza. Pentas Utama telah bermula dengan Zumba #Gegaria pada awal pagi bersama Zumba Instructor (ZIN) Hanif Shawn dan berehat sehingga ke petang.

Permainan tali skipping di Gegaria

Namun, zon ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti fizikal, permainan tradisonal, dan permainan elektronik untuk belia yang menggemar menguji fizikal dan mental mereka. Antara permainan fizikal dan tradisional yang disediakan adalah Buih Gergasi, Timbang Takraw, Ting-ting, Congkak Gergasi dan Jengga Gergasi.

Manakala buat penggemar permainan elektronik, bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena, Festival Gegaria ini turut menyediakan pertandingan sukan elektronik untuk permainan FIFA Online 3, Arena of Valor, dan League of Legends dan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai bernilai RM10,000! Para penggemar permainan elektronik boleh mengekori langkah kumpulan M8Hexa.Alpha yang telah menjuarai permainan Arena of Valor di Johor Bahru, Sabtu lalu. Selain itu, terdapat juga Playstation 4, Nintendo dan XBOX untuk hiburan para pengunjung dan yang terkini adalah permaianan Virtual Reality yang pastinya telah memberikan pengalaman bermain di alam maya secara peribadi.

Bagaimanapun, acara permainan fizikal dan elektronik itu akan berhenti pada pukul 5 petang untuk memberi ruang kepada Konsert #Gegaria untuk berlangsung pada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam di Pentas Utama #Gegaria bersama barisan penghibur seperti DeFam, Priscilla Abby, Masdo, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Plague of Happiness, dan Bunkface.

Para penggemar festival tidak harus bersedih sekiranya terlepas dua lokasi Festival Gegaria ini, kerana Festival Gegaria akan meneruskan siri penjelajahannya di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2018. Untuk maklumat lanjut, para penggemar festival dan hiburan tanpa henti boleh layari laman Facebook rasmi Gegaria ‘GoGegaria’ (www.facebook.com/gogegaria) atau laman sosial Instagram @gogegaria (www.instagram.com/gogegaria). Jangan lupa juga untuk menggunakan tandapagar #gogegaria di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda bersama Festival Gegaria.

Peminat konsert Gegaria

Hanif Shawn berkongsi tips kesihatan

Warga Johor Berzumba di Gegaria

Tutorial Hijab bersama Nabila Razali

Tutorial Hijab bersama Nabila Razali

Bunkface di Konsert Gegaria

(dari kiri) Encik Johan Ishak, Tan Sri Abdul Jalil, Datuk Sri Panglima Salleh Keruak, Tan Sri Ismee Ismail

Komen via Facebook

Komen

Sekitar Festival Gegaria di Setia Alam

25,000 orang pengunjung telah membanjiri Festival Gegaria yang telah diadakan di Perkarangan Parkir B, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, sabtu lalu. Festival yang julung kali diadakan oleh Media Prima Berhad itu bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri selama satu hari.

GEGARIA 5

25,000 ORANG PENGUNJUNG MEMBANJIRI FESTIVAL GEGARIA

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Kami berbangga kerana Festival Gegaria ini telah berlangsung dengan jayanya. Kami turut berterima kasih kepada kesemua pengunjung yang telah meluangkan masa pada hari sabtu yang lalu bersama kami. Tidak mengendahkan cuaca yang tidak begitu baik pada awalnya, para pengunjung festival ini tetap memeriahkan aktiviti Zumba di waktu pagi dan kekal bersama kami sehingga malam. Bagaimanapun, ini merupakan lokasi pertama Festival Gegaria dan kami amat mengalu-alukan segala maklum balas untuk menambah baik festival ini. Sesungguhnya, festival ini adalah untuk rakyat Malaysia berkarya, menimba inspirasi, dan berhibur. Oleh itu, warga Johor dan Pahang nantikanlah Festival Gegaria ini di Johor Bahru dan Kuantan pada bulan Februari nanti.”

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.

Zon Makan-Makan #Gegaria menawarkan pelbagai Food Truck, makanan segera, makanan tradisional, serta demo masakan disediakan buat para pengunjung yang menggemari juadah-juadah yang beraneka macam sepanjang hari. Antara makanan dan minuman yang disediakan adalah cendol durian, minuman buah-buahan ice blended, Ayam Goreng Uncle Bob dan banyak lagi. Lebih menarik lagi adalah pembelian makanan dan minuman di festival ini adalah dengan cara tanpa tunai melalui aplikasi mudah alih ‘Boost’. Para pembeli hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut, menambah wang didalam akaun mereka, dan mengimbas kod untuk membayar. Disamping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menimba resipi baharu dan bertemu secara peribadi bersama Cef Fikree Aznan dan Cef Naem dalam aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Di Zon Throwback Tunnel #Gegaria pula merupakan lokasi yang terbaik untuk para pengunjung menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara. Membentangkan dua buah kontena yang berhias artisitik, zon ini mempamerkan seni-seni yang menceritakan era-era perkembangan Malaysia bermula pada tahun 1950-an hingga kini dan hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press dari Pusat Sumber NSTP. Throwback Tunnel ini telah terus memberikan inspirasi selama 10 pagi hingga 6 petang.

GEGARIA 4

Tarikan lain yang terdapat di Festival Gegaria adalah, Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle). Beroperasi daripada 10 pagi hingga 6 petang, Nisa Kay telah menemani para pengunjung di sebuah pentas mini. Para pengunjung telah berpeluang untuk mendengar sesi perkongsian oleh usahawan-usahawan muda, selebriti media sosial dan enam orang finalis Anugerah Juara Lagu 32 yang berkisarkan tips-tips menarik media sosial serta fesyen dan stail serta perkembangan artis terkini. Selain itu, pentas mini Gaya Hidup #Gegaria ini juga akan membuat demonstrasi mekap dan hijab untuk penimbaan ilmu para pengunjung. Antara barisan personaliti terkenal adalah Mafarika, Nabila Razali, De Fam, Elfira Loy, Padin Musa, dan The Ming Thing.

Selain itu, Festival Gegaria turut mengambil inisiatif untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan Zon Komuniti #Gegaria (#Gegaria Community). Di zon komuniti ini, pelbagai aktiviti disediakan selama 8 jam bermula 10 pagi untuk para pengunjung termasuk menderma darah, pemeriksaan kesihatan, dan pendaftaran undi dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tarikan terakhir Festival Gegaria merupakan antara tarikan yang dinantikan oleh orang ramai iaitu Zon Hiburan #Gegaria (#Gegaria Entertainment). Sedikit berbeza dengan zon-zon yang lain kerana zon ini beroperasi sepanjang hari dari 8 pagi sehingga 10 malam melalui bahagian-bahagiannya yang berbeza. Pentas Utamanya telah bermula dengan Zumba #Gegaria pada awal pagi dan berehat sehingga ke petang. Namun, zon ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti fizikal, permainan tradisonal, dan permainan elektronik untuk belia yang menggemar menguji fizikal dan mental mereka. Antara permainan fizikal dan tradisional yang disediakan adalah Buih Gergasi, Timbang Takraw, Ting-ting, Congkak Gergasi.

Manakala buat penggemar permainan elektronik, bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena, Festival Gegaria ini turut menyediakan pertandingan sukan elektronik untuk permainan FIFA Online 3, Arena of Valor, dan League of Legends dan merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000! Selain itu, terdapat juga Playstation 4, Nintendo dan XBOX untuk hiburan para pengunjung dan yang terkini adalah permaianan Virtual Reality yang pastinya telah memberikan pengalaman bermain di alam maya secara peribadi.

Bagaimanapun, acara permainan fizikal dan elektronik itu akan berhenti pada pukul 5 petang untuk memberi ruang kepada Konsert #Gegaria untuk berlangsung pada pukul 4 petang hingga 10 malam di Pentas Utama #Gegaria. Menampilkan enam finalis Anugerah Juara Lagu 32 seperti Salma, Haqiem Rosli, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, dan Hael Husaini serta lima selebriti hebat seperti DeFam, Noh Salleh, Akim & the Majistret, Masdo, dan Bunkface.

GEGARIA 3

Festival Gegaria akan memulakan pendaftaran seawal pada pukul 8 pagi dan diikuti dengan aktiviti pertamanya iaitu Zumba #gegaria di Pentas Utama Gegaria bersama Zumba Instructor (ZIN) ternama, Jessica Ong. Zumba #gegaria ini turut disokong oleh aplikasi mudah alih, ‘Wanita’ sebuah aplikasi yang dicipta oleh Media Prima Digital yang sentiasa memberi inspirasi kepada kaum hawa.

GEGARIA 2

Festival Gegaria 2018 di Shah Alam ini merupakan lokasi pertama dalam siri penjelajahannya dan akan diikuti dengan Johor Bahru, Johor pada 3 Februari 2018 dan Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2018. Untuk maklumat lanjut, para penggemar festival dan hiburan tanpa henti boleh layari laman Facebook rasmi Gegaria ‘GoGegaria’ (www.facebook.com/gogegaria) atau laman sosial Instagram @gogegaria (www.instagram.com/gogegaria). Jangan lupa juga untuk menggunakan tandapagar #gogegaria di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda bersama Festival Gegaria.

GEGARIA 1

Komen via Facebook

Komen