Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem TOMB RAIDER

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere TOMB RAIDER – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 7 Mac 2018 (Hari Rabu) di GSC Mid Valley.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu yang berjudul TOMB RAIDER. Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak dengan aksi yang mengujakan.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem TOMB RAIDER yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem terbaru TOMB RAIDER diadaptasi berdasarkan sebuah video game popular dengan karakter yang sama seperti filem sebelumnya yang pernah mengegarkan pawagam pada tahun 2013 yang dilakonkan oleh Angelina Jolie. Namun kali ini, filem ini menampilkan pelakon cantik Alicia Vikander yang memegang watak Lara Craft.

Lara Craft ditemani dan dibantu oleh Lu Ren yang dilakonkan oleh Daniel Wu.

Filem ini menceritakan usaha Lara Craft yang mencari ayahnya yang hilang secara misteri. Dengan jiwa yang berani dan semangat juang yang tinggi, Lara Craft menempuh pelbagai cabaran untuk menjayakan misinya kali ini. Jadi, apa kata korang saksikan sendiri kisah selanjutnya ya.

Filem TOMB RAIDER akan ditayangkan di pawagam mulai 8 Mac 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

Filem TOMB RAIDER

Sinopsis Filem TOMB RAIDER :

Lara Croft is the fiercely independent daughter of an eccentric adventurer who vanished when she was scarcely a teen.  Now a young woman of 21 without any real focus or purpose, Lara navigates the chaotic streets of trendy East London as a bike courier, barely making the rent.  Determined to forge her own path, she refuses to take the reins of her father’s global empire just as staunchly as she rejects the idea that he’s truly gone.  Advised to face the facts and move forward after seven years without him, even Lara can’t understand what drives her to finally solve the puzzle of his mysterious death.

Leaving everything she knows behind, Lara goes in search of her dad’s last-known destination: a fabled tomb on a mythical island that might be somewhere off the coast of Japan.  But her mission will not be an easy one; just reaching the island will be extremely treacherous.  Suddenly, the stakes couldn’t be higher for Lara, who—against the odds and armed with only her sharp mind, blind faith and inherently stubborn spirit—must learn to push herself beyond her limits as she journeys into the unknown.  If she survives this perilous adventure, it could be the making of her, earning her the name tomb raider.

From Warner Bros. Pictures and Metro-Goldwyn-Mayer Pictures, “Tomb Raider” is the story that will set a young and resolute Lara Croft on a path toward becoming a global hero.  The film stars Oscar winner Alicia Vikander (“Ex Machina,” “The Danish Girl”) in the lead role, under the direction of Roar Uthaug (“The Wave”), with Oscar-winner Graham King (“The Departed”) producing under his GK Films banner. The executive producers are Patrick McCormick, Denis O’Sullivan and Noah Hughes.

“Tomb Raider” also stars Dominic West (“Money Monster,” “300”), Walton Goggins (“The Hateful Eight,” “Django Unchained”), Daniel Wu (AMC’s “Into the Badlands”) and Oscar nominee Kristin Scott Thomas (“The English Patient”).

Uthaug directed from a script by Geneva Robertson-Dworet and Alastair Siddons, story by Evan Daugherty and Robertson-Dworet. The director’s behind-the-scenes creative team included director of photography George Richmond (“Mission: Impossible – Rogue Nation”); production designer Gary Freeman (“Maleficent”); Oscar-nominated editor Stuart Baird (“Skyfall,” “Gorillas in the Mist”) and editor Michael Tronick (“Suicide Squad”); Oscar-winning costume designer Colleen Atwood (“Fantastic Beasts and Where to Find Them”) and costume designer Timothy A. Wonsik (assistant costume designer, “Free State of Jones,” “Iron Man 3”). The music is by Tom Holkenborg (“Mad Max: Fury Road”).

Warner Bros. Pictures and Metro-Goldwyn-Mayer Pictures present, a Square Enix production, a GK Films production, “Tomb Raider.” Set for release beginnin March 16, 2018, the film will be distributed by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment Company, and in select territories by MGM.

Filem TOMB RAIDER

Peraduan Tayangan Premiere Filem TOMB RAIDER

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

7 Mac 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere TOMB RAIDER – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TombRaiderMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TombRaiderMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan 2 pelakon yang membawa watak utama dalam filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem TOMB RAIDER  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere TOMB RAIDER – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

6 Mac 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 8 Mac 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia  follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem TOMB RAIDER

Filem TOMB RAIDER

Filem TOMB RAIDER

Filem TOMB RAIDER

Filem TOMB RAIDER

Filem TOMB RAIDER

Filem TOMB RAIDER

Komen via Facebook

Komen

Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang Filem SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

– Bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia.
– Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan.
– Ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).
– Dengan aksi-aksi sukan luncur air yang padu dan kemas, ianya akan membuatkan filem ini menjadi lain dari yang lain.
– Filem ini bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang dinamik, malah di sajikan dengan visual yang cantik dan baik.
– Tidak seperti filem Romantik Komedi yang lain, filem ini turut di perkuatkan dengan elemen persabahatan dan keluarga yang menyentuh hati.
– Tioman menjadi lokasi keseluruhan cerita ini, dan telah memberikan impak yang cantik pada visual.
– Di barisi pelakon-pelakon handalan, gabungan pelakon-pelakon berpengalaman dan yang sedang meningkat naik, jalan cerita filem ini menjadi unik dan cukup dengan segala rasa.

Filem SURF THIS LOVE

KATA ALUAN PENERBIT

Berhadapan cabaran untuk menjadi ahli sukan luncur ombak yang Berjaya sebagaimana yang pernah dikecapi arwah abangnya, Bobby, tidak pernah menghalang Billy berusaha untuk menggapai impiannya itu.
Tiada siapa yang mahu membantu Billy namun itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya dan akhirnya atas dorongan diri sendiri dia Berjaya mengejar cita- citanya itu.

Ia adalah antara inti pati dan jalan cerita filem sulung terbitan Global Solution Resources (GSR) Sdn Bhd yang berjudul Surf This Love (STL). Filem arahan Waan Hafiz itu diterajui Shukri Yahaya (sebagai Billy) dan Christina Suzanne (Mia).

STL adalah cerita yang menyuntik elemen movitasi, jati diri, percayakan diri sendiri dan tidak pernah mengalah serta cinta. Menurut Penerbit GSR, Amilaton Jamaluddin, STL adalah filem sukan luncur ombak pertama yang diterbitkan di negara ini.

“Ia mengisahkan kekuatan dan ketabahan yang dimiliki Billy untuk bergelar peluncur ombak berjaya dan terkenal. Meskipun tiada siapa yang menyokong cita-citanya malah dibuli dan dipermainkan oleh juara luncur ombak, Mike Malaya, yang awalnya berjanji mahu membantunya, namun Billy berjaya melakukannya sendirian.

“Lalu saya berharap filem ini akan dapat memberi motivasi kepada penonton terutama kepada generasi muda hari ini.

“Jangan jadikan cabaran sebagai pematah semangat untuk memburu impian, sebaliknya jadikan ia sebagai satu dorongan. Mereka yang berjaya ialah mereka yang tidak pernah takut berhadapan dengan kegagalan,” katanya.

Atas dasar itu juga, usaha GSR itu mendapat sokongan yang baik daripada pelbagai pihak untuk menjalinkan kerjasama bagi membimbing dan membangunkan generasi muda hari ini iaitu, Persatuan Belia Dinamik Barat, Parlimen Belia Malaysia Negeri Sembilan, Skyrunner Malaysia, Majlis Belia Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia, 1Malaysia For Youth, Rakan Kembara dan Pertubuhan Dinamik Negeri Sembilan.

Penggambaran STL selama sebulan dirakamkan di Pulau Tioman dan Bali, Indonesia. STL turut dibintangi Pekin Ibrahim (Jimmy), Josiah Hogan (Mike Malaya), Ardell (Lia), Mustaqim Bahadon (Bobby), Fazreena Faizul (Laila), Syuhaida Abraz (Siti) dan Idan Aedan (Billy Kecil).

STL akan mula menjengah pawagam di seluruh negara pada 22 Februari 2018.

FILEM INI ADALAH USAHASAMA GLOBAL SOLUTION RESOURCES DAN CLOUDNINERS.

Sinopsis Filem SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

Billy (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.

Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.

Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.

Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.

Kini, selain dari menjadi juara luncur ombak, Billy mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu memenangi hati Mia. Namun, hancur luluh hati Billy apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billy lebih kecewa lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. Terpaksalah Billy melupakan Mia dan menumpukan perhatiannya pada cita-cita asalnya. Kehadiran Mike Malaya ke pulau itu memberikan semangat baru kepada Billy. Billy menemui Mike Malaya dan dengan yakin dan bersemangat, meminta Mike Malaya mengajarnya cara-cara surfing yang betul.

Lebih menggembirakan Billy apabila Mike bersetuju untuk mengajarnya. Walaubagaimanapun, Mike Malaya tidak mengotakan janjinya. Mike hanya mahu mempermain-mainkan Billy semata-mata kerana Mike beranggapan bahawa Billy tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang luncur ombak. Billy rasa terhina dengan perbuatan Mike Malaya dan sejak dari peristiwa itu, Billy tidak mengharap pada sesiapa lagi. Dia sudah hilang rasa hormat pada Mike Malaya.

Pada masa yang sama, Mike Malaya mahu melamar Mia di pulau itu. Mia agak terkejut dengan lamaran itu, akhirnya bersetuju dengan permintaan Mike untuk menjemput ahli keluarga kedua pihak bagi meraikan malam pengumuman tentang tarikh pernikahan mereka berdua. Mia merasa sedikit keliru dan walaupun dia bersetuju, dalam hatinya masih ragu-ragu dengan permintaan Mike. Lagi meresahkan keadaan apabila Lia jua turut mempunyai rasa yang sama (ragu-ragu pada mike).

Jimmy tidak gembira dengan kedatangan Mike Malaya ke pulau itu. Billy dan Lia hairan, kenapa dua sahabat itu kini dingin hubungan mereka. Lia dapat rasakan ada sesuatu rahsia besar yang pernah terjadi antara persahabatan ketiga-tiga juara luncur ombak itu. Rahsia hitam Mike akhirnya terbongkar apabila Jimmy merungkai satu sejarah antara Mike dan Bobby. Rupa-rupanya Jimmy tahu bahawa Mike adalah orang yang menyebabkan Bobby mati. Namun Mike tidak berganjak dari keegoannya, dia mempertahankan tindakannya itu sebagai satu perkara yang tidak salah. Ini menyebabkan Jimmy marah dan rasa terhina. Oleh kerana tidak tahan dengan hinaan Mike Malaya, Jimmy yang selama ini enggan mengajar Billy, berubah fikiran. Dia berjanji dan bertekad, akan memastikan Billy terus belajar dan handal meluncur di ombak seperti arwah Bobby dahulu.

Pada malam majlis pengumuman, Mike Malaya telah dimalukan oleh Mia. Hasratnya untuk melamar Mia bertukar menjadi peristiwa yang sangat memalukan. Mia bukan sahaja memutuskan perhubungan mereka berdua, malah memperkenalkan kekasih gelap Mike yang kini sedang hamil anak Mike sendiri. Kali ini Mike tidak dapat lagi lari dari kesilapannya. Mia yang selama ini memerhati segala perkara yang telah Mike lakukan telah menyedarkan Mike.

Pada akhirnya Billy dan Mia bagaikan kembali kepada saat pertama pertama mereka bermula. Billy kini ada segalanya, cinta dan semangat yang kuat. Ini membuatkan Billy lebih bersemangat untuk menjadi juara sukan luncur ombak, dan sekaligus memenangi hati Mia untuk dijadikan permaisuri hidupnya.

Character Description – Surf The Love

Billy – Shukri Yahaya
– Nama sebenar, Muhammad Razali Bin Mohktar
– Seorang yang sangat cintakan sukan luncur air.
– Tinggal dan bekerja di Pulau Tioman, sebagai pemandu pelancong.
– Mempunyai cita-cita untuk menjadi surfer terhebat seperti abangnya Bobby
– Mempunyai sifat tidak cepat mengalah
– Pantang dicabar
– Dalam percintaan, dia seorang yang sangat kekok dan “blur”

Mia – Christina Suzanne
– Nama sebenar, Mia Rosa Binti Azlan
– Merupakan seorang blogger yang menjadi reviewer lokasi pelancongan.
– Seorang yang sangat misteri dan banyak menyimpan rahsia
– Sifatnya yang tenang dan penyabar membuatkan lelaki senang tertarik
– Berpendirian tegas
– Perwatakan yang sukar di ramal

Lia – Ardell Aryana
– Nama sebenar,Nur Dahlia Binti Rosdi
– Salah seorang peluncur wanita di Pulau Tioman
– Mempunyai cita-cita menjadi peluncur yang hebat
– Berkawan baik dengan Billy sejak kecil
– Bersifat “curious cat” yang tinggi
– Seorang yang sangat berani dan lantang bersuara
– Kawan baik kepada Mia ketika kolej
– Seorang yang sangat baik hati
– Very protective

Jimmy John – Pekin Ibrahim
– Nama sebenar, Roznaimi Bin Rosdi
– Merupakan seorang peluncur lagenda di Pulau Tioman
– Salah seorang ahli peluncur Trio Malaya
– Bersifat sedikit tegas
– Mempunyai jiwa humor yang sinikal
– Sangat pandai dalam berkata-kata
– Diberi gelaran “Soul Surfer” kerana dia suka menjadikan Alam sebagai teman

Mike Malaya – Josiah Hogan
– Nama sebenar, Muhaili Bin John
– Merupakan seorang juara sukan luncur
– Bersifat “independent” dan “over the top”
– Salah seorang dari ahli peluncur Trio Malaya
– Pernah berkawan rapat dengan Jimmy dan Bobby
– Menyimpan satu rahsia yang besar tentang Bobby
– Suka mengambil kesempatan dalam percintaan

Bobby – Mustaqim Bahadon
– Nama sebenar, Muhammad Samsuri Bin Mohktar
– Abang kepada Billy
– Seorang surfer lagenda bertaraf dunia
– Salah seorang dari ahli peluncur Trio Malaya
– Seorang yang tenang dan cool
– Sangat suka buat kelakar

Siti – Syuhaida Abraz
– Nama sebenar, Siti Nahila Binti Mohktar
– Kembar dan kakak kepada Billy
– Menguruskan syarikat pelancongan di Pulau Tioman
– Seorang ahli perniagaan wanita yang sangat berkaliber
– Bersifat tegas, kasar dan sangat “protective” kepada keluarga
– Tidak mahu Billy mengikuti jejak langkah abangnya Bobby

Filem SURF THIS LOVE

Official Facebook Page : https://www.facebook.com/surfthislove/
Instagram : https://www.instagram.com/surfthislove/
Trailer on Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=vGdSubHcUZg

Filem SURF THIS LOVE

Filem SURF THIS LOVE

Filem SURF THIS LOVE

Filem SURF THIS LOVE

Komen via Facebook

Komen

Misi Menyelamat Presiden dalam OLYMPUS HAS FALLEN di TV2

Memaparkan kisah seorang bekas agen perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat yang menghadapi pelbagai cabaran dalam misi untuk menyelamatkan Presiden Amerika Syarikat ketika berlaku pencerobohan di White House. Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tayangan filem “Olympus Has Fallen” pada 20 Februari ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Filem arahan Antoine Fuqua ini membariskan pelakon hebat seperti Gerard Butler, Morgan Freeman, Aaron Eckhart, dan Finley Jacobsen. Menjanjikan babak-babak mendebarkan yang pastinya membuat penonton tidak keruan untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

Mike Banning merupakan seorang agen perkhidmatan rahsia untuk Presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher. Selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang mengorbankan isteri Presiden, Mike telah ditukarkan ke jabatan lain. Konflik mula tercetus apabila Presiden Asher menerima kunjungan hormat daripada Presiden Korea Selatan di White House. Mike secara kebetulan berada di situ atas jemputan rakannya.

Ketika itu, berlaku serangan pengganas daripada gerila Korea Utara yang menyamar dalam rombongan presiden Korea Selatan. Serangan bermula di luar kawasan White House di mana dua buah jet Amerika Syarikat ditembak jatuh oleh pengganas. Kemudian pihak musuh mula menembak secara rambang kepada orang awam dan menuju ke arah White House. Presiden Asher dan Presiden Korea Selatan dibawa ke tempat yang lebih selamat.

Mike yang melihat keadaan huru hara itu dari pejabatnya meluru ke arah orang awam untuk menyelamatkan mereka. Sementara Presiden dibawa ke tempat selamat, Mike berlari ke dalam White House. Misi Mike bukan sahaja untuk membebaskan Presiden, dia juga perlu menyelamatkan anak Presiden, Connor, yang juga berada di dalam White House ketika serangan berlaku. Mike menyelinap ke dalam White House tanpa pengetahuan musuh.

Ketika rakan-rakan Mike terkorban dalam serangan tersebut, hanya tinggal Mike seorang sahaja yang berjuang berbekalkan kemahirannya tentang selok-belok White House. Kehadiran Mike dapat dihidu oleh pihak musuh dengan bantuan rakan seperjuangan Mike sendiri, Forbes. Semakin menarik apabila Mike mendapat tahu Forbes merupakan seorang pembelot dan bersekongkol dengan pihak musuh. Mereka bergelut dan Forbes terbunuh. Tanpa bantuan dari luar, Mike menghapuskan seorang demi seorang pengganas tersebut.

Namun adakah misi Mike menyelamatkan Presiden dan anaknya berjaya? Bagaimana dia mahu menewaskan semua pengganas tanpa bantuan? Ikuti pengakhiran kisah ini di TV2.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem DEATH WISH

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem aksi yang cukup dramatik berjudul DEATH WISH.

DEATH WISH

Budiey ada 60 pass untuk korang melihat pelakon ini dan seterusnya menonton filem ini di TGV 1 Utama pada 28 Februari ini.

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Kalau nak tahu, filem arahan Eli Roth ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 1 Mac 2018. Filem ini adalah sebuah filem yang bergenre aksi tahun 2018 ini.
Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak aksi mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 1 Mac 2018, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer DEATH WISH yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre aksi ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Sinopsis Filem DEATH WISH

Filem ini menceritakan tentang kisah seorang juru bedah bernama Dr. Paul Kersey (Bruce Willis) yang ingin balas dendam akibat pembunuhan kepada isterinya (Elisabeth Shuedan serangan ganas kepada anaknya (Camila Morrone) yang masih belajar di rumahnya. Sebagai ketua keluarga, Paul mengambil keputusan untuk memburu penyerang keluarganya untuk mencari keadilan kerana di kawasan tersebut iaitu, Chicago, polis dianggap melindungi kejahatan.

Seiring terbunuhnya para penjahat oleh orang tanpa identiti menarik perhatian media, kota ini bertanya-tanya apakah pembalas kematian ini adalah malaikat penjaga atau Grim Reaper?(Malaikat Pencabut Nyawa)

Peraduan Tayangan Premiere Filem DEATH WISH

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
28 Februari 2018 (Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.15 malam

Tempat:
TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DEATH WISH – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DeathWishMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #DeathWishMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama dalam filem DEATH WISH

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere DEATH WISH – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem DEATH WISH

Tarikh tutup peraduan:

27 Februari 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 1 Mac 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

DEATH WISH

DEATH WISH

DEATH WISH

Komen via Facebook

Komen

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem GAME NIGHT

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere GAME NIGHT – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 21 Februari 2018 (Hari Rabu) di TGV 1 Utama.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu yang berjudul GAME NIGHT. Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak yang cukup mencuit hati.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem GAME NIGHT yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem GAME NIGHT akan ditayangkan di pawagam mulai 1 Mac 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

GAME NIGHT

Sinopsis Filem GAME NIGHT :

Jason Bateman (the “Horrible Bosses” films, “Arrested Development,” “Ozark”) and Oscar nominee Rachel McAdams (“Spotlight,” “Dr. Strange”) team up in New Line Cinema’s action comedy “Game Night.”

Bateman and McAdams star as Max and Annie, whose weekly couples game night gets kicked up a notch when Max’s charismatic brother, Brooks, arranges a murder mystery party, complete with fake thugs and faux federal agents. So, when Brooks gets kidnapped, it’s all part of the game…right? But as the six uber-competitive gamers set out to solve the case and win, they begin to discover that neither this “game”—nor Brooks—are what they seem to be.

Over the course of one chaotic night, the friends find themselves increasingly in over their heads as each twist leads to another unexpected turn. With no rules, no points, and no idea who all the players are, this could turn out to be the most fun they’ve ever had…or, it’s game over.

Also starring are Billy Magnussen (“Bridge of Spies,” “American Crime Story”), Sharon Horgan (“Catastrophe”), Lamorne Morris (“New Girl”), Kylie Bunbury (“Pitch”), Jesse Plemons (“Black Mass,” TV’s “Fargo”), Danny Huston (“Wonder Woman,” “X-Men Origins: Wolverine”), Chelsea Peretti (“Brooklyn Nine-Nine”), with Michael C. Hall (“Dexter,” “Six Feet Under”) and Kyle Chandler (“Manchester by the Sea,” “Bloodline”).
“Game Night” was directed by John Francis Daley & Jonathan Goldstein, marking their second film as co-directors, following the comedy “Vacation.”

The film was written by Mark Perez (“Accepted”), and produced by John Davis (“Joy”), Jason Bateman, John Fox (“The Blacklist”), and James Garavente (“Bad Words”). Toby Emmerich, Richard Brener, Michael Disco, Dave Neustadter, and Marc S. Fischer served as executive producers.
The behind-the-scenes team included director of photography Barry Peterson (“Central Intelligence,” “We’re the Millers”), Oscar-nominated production designer Michael Corenblith (“How the Grinch Stole Christmas,” “Apollo 13”), editors Jamie Gross (“Vacation”), Gregory Plotkin (“Get Out”) and David Egan (“Mystery Science Theater 3000: The Return”), and costume designer Debra McGuire (“Vacation,” “Ted”). The music was composed by Cliff Martinez (“The Foreigner,” “War Dogs”).

The film will be released worldwide beginning 1 March, 2018.

New Line Cinema presents a Davis Entertainment/Aggregate Films Production, “Game Night,” distributed by Warner Bros. Pictures, a Warner Bros. Entertainment Company.
www.gamenight-movie.net

Peraduan Tayangan Premiere Filem GAME NIGHT

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

21 Februari 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GAME NIGHT – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #GameNightMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #GameNightMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan 2 pelakon yang membawa watak utama dalam filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem GAME NIGHT  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere GAME NIGHT – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

20 Februari 2018 (Hari Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 1 Mac 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem GAME NIGHT

Filem GAME NIGHT

Filem GAME NIGHT

Filem GAME NIGHT

Komen via Facebook

Komen

Nabila Razali Nyanyi Lagu Runut FILEM LEE CHONG WEI

SEBULAN SEBELUM TAYANGAN PERDANA SEDUNIA FILEM LEE CHONG WEI
PENYANYI LAGU FILEM DIUMUM DAN TRAILER KEDUA DILANCAR
TIKET KATEGORI EMAS RM168 HABIS DIJUAL

Orang ramai berpeluang menonton filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit, antara daya tarikan acara tayangan perdana sedunia filem yang memaparkan kisah perjuangan pemain badminton nombor satu negara itu.

Pic of producer with actor and actress

Acara berkenaan akan diadakan pada jam 6:30 petang pada 9 Mac 2018 bertempat di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Penganjur acara, CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES telah mengadakan majlis sidang akhbar bersama-sama para media dan penaja untuk memberi gambaran terperinci mengenai acara tersebut di pusat membeli-belah Quill City Mall Kuala Lumpur baru-baru ini. Para penaja acara turut diperkenalkan kepada pihak media di majlis tersebut.

Antara para jemputan yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut ialah Datuk Rosyam Nor yang melakonkan watak Datuk Misbun Sidek dalam filem, Jake Eng (Chong Wei remaja), Tosh Chan (Chong Wei dewasa), Ashley Hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei Ching).

Datuk Rosyam dan para pelakon filem adalah antara para hadirin pada 9 Mac yang akan mewarnai acara permaidani merah sepanjang 100 meter di dalam Stadium Nasional Penyanyi popular, Nabila Razali dan penyanyi sosial media, Priscilla Abby telah diumumkan sebagai para-penyanyi untuk lagu tema filem. Mereka bakal mendendangkan lagu tema filem dalam Bahasa Melayu dan Inggeris buat kali pertama secara langsung pada acara tayangan perdana dunia nanti.

Lagu yang akan dinyanyikan oleh Nabila Razali bertajuk Cahaya Juara. Treler kedua filem LEE CHONG WEI yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan dan penyokong Chong Wei turut dilancarkan secara rasmi menerusi layar LED kepada hadirin yang hadir pada hari itu.

Tiket berharga RM168 (EMAS) untuk 9 Mac telah habis dijual, sementara tiket-tiket lain yang berharga RM88 (DUNIA), RM108 (GANGSA) dan RM128 (PERAK) masih boleh dibeli. Jualan tiket secara tunai dan kad kredit juga boleh dibeli di Kaunter Tiket di perkaragan AXIATA ARENA, KL Sports City, Bukit Jalil setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Selain itu, tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi laman www.LEECHONGWEImovie.com. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603-5879 9967.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di semua pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani oleh Datuk Wira Lee Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana 9 Mac.

Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

Acara Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangkan menerusi layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter.

Banyak aktiviti akan berlangsung sebelum tayangan seperti acara Permaidani Merah oleh selebriti jemputan, persembahan oleh Nabila Razali dan Priscillia Abby serta carnival penaja dan food truck dari pukul 4 petang. Selain itu, skuad badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh bermakna ini.

Acara Tayangan Perdana Sedunia filem LEE CHONG WEI dipersembahkan oleh 100PLUS dan CNI dan disokong oleh KUMPULAN POWERNET (Penaja Utama), QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR (Penaja Bersama), GDEX (Penaja Besama), GSC MOVIES (Pengedar Filem), KUALA LUMPUR SPORTS CITY (Lokasi Rasmi), KELAB RELA KEHORMAT BERSEKUTU WILAYAH PERSEKUTUAN (Rakan Sokongan), PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA (Rakan Sokongan), DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR & SELANGOR (Rakan Sokongan) dan TEDMI (Rakan Sosial Media).

Maklumat lanjut, sila layari Facebook @leechongweimovie or atau www.leechongweimovie.com. –

Komen via Facebook

Komen

Marvel Studios Kicks Off The Marvel Cinematic Universe 10-Year Anniversary Celebration

ICONIC “CLASS PHOTO” UNVEILED FEATURING TALENT & FILMMAKERS FROM THE LAST DECADE OF MARVEL STUDIOS’ FILMS

BURBANK, Calif. (February 8, 2018)—Today Marvel Studios kicks off the year-long Marvel Cinematic Universe 10-Year anniversary celebration with an iconic class photo featuring talent and filmmakers from over the last ten years.

On October 7th, 2017 a group of more than 80 actors and filmmakers all came together in secret in Atlanta, Georgia, on the set of Marvel Studios’ “Avengers: Infinity War” to memorialize the last ten years with a photo and to celebrate the accomplishments of the Marvel Cinematic Universe.

An impressive group of Super Hero talent assembled, including Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Paul Rudd, Benedict Cumberbatch, Chris Pratt, Chadwick Boseman, Brie Larson, Jeremy Renner, Tom Holland, Sean Gunn, Hannah John-Kamen, Zoe Saldana, Angela Bassett, Jon Favreau, Gwyneth Paltrow, Kurt Russell, Danai Gurira, William Hurt, Karen Gillan, Emily VanCamp, Tessa Thompson, Don Cheadle, Dave Bautista, Michael Peña, Anthony Mackie, Evangeline Lilly, Elizabeth Olsen, Paul Bettany, Frank Grillo, Letitia Wright, Laurence Fishburne, Linda Cardellini, Sebastian Stan, Ty Simpkins, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Hayley Atwell, Pom Klementieff, Benedict Wong, Michael Rooker, Vin Diesel, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson and Jeff Goldblum.

Filmmakers from the past 10 years of MCU film joined the festivities, including Kevin Feige, Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Stan Lee, Scott Derrickson, Trinh Tran, Alan Taylor, Brad Winderbaum, Louis Letterier, Jon Watts, Sarah Finn, James Gunn, Joe Russo, Anthony Russo, Joss Whedon, David Grant, Mitchell Bell, Anna Boden, Ryan Fleck, Jeffrey Ford, Peyton Reed, Jonathan Schwartz, Stephen Broussard, Ryan Coogler, Jeremy Latcham, Nate Moore, Christopher Markus, Stephen McFeely, Taika Waititi, Erik Carroll, Ryan Meinerding and Craig Kyle.

Marvel Studios’ 10th anniversary begins with the release of “Avengers: Infinity War” and covers an impressive decade of Marvel Studios’ blockbusters released from 2008 through the “Avengers” untitled film in 2019. In celebration of the anniversary, fans can expect exclusive consumer products and collectibles, along with in-theater events and much more in the coming months.

Marvel Studios’ unprecedented success over the last ten years is reflected in its cumulative box-office receipts of over $13.5 billion worldwide. Legions of fans—both old and new—have enjoyed the live-action exploits of favorite Marvel Super Heroes in films that express the unique vision and creativity of the filmmakers, and deliver spectacle and thrilling action with relatable characters.

Komen via Facebook

Komen