Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 Dijual 23 Februari

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini. Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My.

Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 TIKET MULA DIJUAL 23 FEBRUARI 2018

Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Untuk konsert nanti, kumpulan OneRepublic bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.

Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi TicketCharge mulai 23 Februari ini.

Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013.

Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital daripada 13 juta hingga 21 juta.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini.

Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Tiket untuk konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 adalah seperti berikut:

• RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor)
• RM578 (Rock Zone)
• RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
• RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
• RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)
• RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas)

*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), bahaagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ODR LUBRICANTS dan PREMIUMLOGY sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai stesen radio rasmi yang turut disokong oleh ERA, MY dan HITZ, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC sebagai label rekod.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Kuala Lumpur 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

Komen via Facebook

Komen

Cara Untuk Dapatkan Tiket Konsert John Legend di Arena of Stars

John Legend returns to Malaysia for his first ever concert at Resorts World Genting
Get ready for an intimate and outstanding performance by the Grammy Award Singer at his only Malaysia tour themed Darkness and Light

Fans of John Legend will be ecstatic to know that the 10-time Grammy award-winning hit maker will be performing at the Arena of Stars, Resorts World Genting on 17th March 2018, 8.30pm.

Clean Visual John Legend Darkness and Light Tour 2018

This will be the only Malaysian stop on his Darkness and Light tour, which began in May 2017 and has covered North America, Europe and South Africa before arriving in Asia for a 10-date leg. The upcoming concert will be Legend’s third time in Malaysia, rekindling fond memories of food, culture and his rapturous Malaysian fans.

Supporting his fifth album Darkness and Light, Legend will play at Resorts World Genting with a band that includes a second keyboardist, a guitar and bass, three horns, a drummer, a percussionist and three supporting vocalists. The setlist will remain a surprise; Legend changes up the songs for each show, but expect to hear the title track of Darkness and Light, as well as lead single ‘Love Me Now’, along with some surprise covers, his breakout hit ‘Used to Love U’ and enduring hit ‘All of Me’. Deeper cuts from Darkness and Light will also get the spotlight, the first album Legend made after his marriage to Chrissy Teigen and the birth of his daughter Luna, with producer Blake Mills eliciting a different, introspective side of Legend. Wife and daughter will be travelling with him on the tour, providing inspiration at close range as he sings of love, life and universal truths.

All of this will be translated live in Legend’s signature energetic performances, belting out soulful tunes while playing the piano on stage. To see and hear Legend on stage is to see a man inspired by the legends that came before him, including Stevie Wonder, Marvin Gaye, Nina Simone and Nat King Cole. There is also one central figure in his life that is not well known, but may be his most important influence so far – his maternal grandmother Elmira Lloyd, who taught him to play gospel piano when he was a child.

After the tour concludes in March 2018 (in Bangkok), Legend will be looking to stay put for a while, showcasing a different side of himself as he stars in a live production of the musical Jesus Christ Superstar by Andrew Llyod Webber and Tim Rice. This will be his biggest acting role yet, after having made his mark in film and television, with roles in the Oscar-winning musical film, La La Land, as well as a producer role in the American television period drama series Underground.

John Legend’s Darkness and Light album is his fifth album following Get Lifted, One Again, Evolver and Love In The Future. Darkness and Light debuted in the Top 20 of the US Billboard 200 albums chart, and was streamed over 12 million times in its first week. The album has since sold an estimated 100,000 copies in the US alone. Malaysian fans are also no strangers to his hit songs such as ‘Love Me Now’, ‘All of Me’ and ‘Beauty at the Beast’. The Darkness and Light tour is John Legend’s fifth concert tour, and his most extensive yet. Concert ticket prices start from RM366 with special rates for Genting Rewards members. Tickets are subject to a RM4 processing fee.

For more information, call +603 2718 1118 or visit www.rwgenting.com

Komen via Facebook

Komen

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018

Oh My My OneRepublic kembali beraksi di Malaysia

Kumpulan OneRepublic yang berasal dari Amerika Syarikat dan popular dengan lagu Counting Stars bakal kembali beraksi di Malaysia.
OneRepublic yang dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram) akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 April 2018.

OneRepublic Teaser

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment itu merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak OneRepublic di Asia.

Kumpulan ini ditubuhkan cukup popular dengan lagu-lagu hit seperti Counting Stars, If I Lose Myself dan Apologize.

Kehadiran OneRepublic selepas lima tahun mengadakan konsert di sini pasti menghiburkan para peminat yang sudah lama merindui untuk melihat aksi mereka secara langsung.

OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah berprestij dan menerima pencalonan dalam Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards telah menghasilkan empat buat album dan terakhir adalah Oh My My yang diterbitkan pada Oktober 2016.

Maklumat lanjut tentang konsert kumpulan ini boleh diikuti di Facebook @WGW Entertainment.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Konsert DUA LIPA The Self-Titled Tour di KL Live

Dua Lipa fans can rejoice as the singer will be returning to Kuala Lumpur this 3 May 2018 for her very first solo show at KL Live as part of her headlining ‘The Self-Titled Tour’. Doors will open at 7.30pm.

The British songstress will make her KL comeback this May with solo show

Konsert Dua Lipa The Self-Titled Tour di KL Live

Dua Lipa returns to Kuala Lumpur as part of her ‘The Self-Titled Tour’

Since bursting onto the music scene, Dua Lipa has taken it by storm. In 2017, her hit song, “New Rules” became the first song in nearly two years by a female solo artist to reach top of the charts in the UK. Most recently, she has also received five 2018 Brit Award nominations, making her the first female artist to do so. Last month, Dua Lipa dropped her latest single, “IDGAF” and fans can look forward to seeing this and her other hits like “Scared to Be Lonely” and “Blow Your Mind (Mwah)” live.

“Based on her last visit to Malaysia, we knew that Dua Lipa fans would love to see more and we’re so excited to be bringing her back to our shores,” said Brian Chow of iMe Group . “This is one solo show you do not want to miss.”

As part of the Asian leg of her ‘The Self-Titled Tour’, Dua Lipa will also be making stops in Hong Kong, Singapore, Seoul and Tokyo.

Tickets for Dua Lipa Live in KL 2018 will go on sale on Wednesday, 14 February via Ticketcharge. Tickets are priced at RM188 for the Upper Deck zone and RM238 for the New Rules zone (Lower Deck). Price of all tickets are inclusive of 6% GST but excluding RM4 processing fee.

For more information, visit:
FACEBOOK: facebook.com/imemalaysia
INSTAGRAM: instagram.com/ime_asia

Konsert Dua Lipa The Self-Titled Tour di KL Live

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Konsert Panggung Suara Pitahati DAMANSARA PERDANA ART CENTRE (DPAC) 2018

Dalam rangka menjadi sebuah kumpulan yang mampu memahat tempat di industri musik Malaysia, Pitahati bakal mengadakan sebuah konsert mini yang bertempat di Damansara Perdana Art Centre (DPAC) pada 4 Februari 2018 ini.

Persembahan yang dirangka sendiri kali ini bakal memuatkan beberapa perubahan terutamanya dari segi konsep visual, pengcahayaan, idea lakon dan prop yang bakal mengiringi persembahan mereka.

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Sering menghasilkan sesuatu yang baru, bukan sahaja didalam lagu mereka, Pitahati ingin meletakkan satu paras ukur dalam bidang seni persembahan. Dengan menjadikan persembahan mereka di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur dua tahun lalu sebagai titik permulaan, mereka semakin serius dalam menyampaikan konsep keseluruhan album mereka dalam bentuk visual persembahan.

Lokasi DPAC dipilih dari hasil perancangan teliti oleh Pitahati sebagai permulaan 2018 kerana mereka memerlukan tempat yang berlainan; supaya mereka lebih ekspresif dan mempelbagaikan penyampaian mereka untuk memberi impak yang lebih terhadap penonton.

Perbezaan akan persembahan kali ini mungkin terdapat pada skala yang lebih besar dengan adunan dan pemilihan repertoire lagu-lagu dari seluruh album yang ada, disertai projection mapping yang diisi dengan reka cerita yang menarik, selain cuba mengisi dan mencipta konsep-konsep yang baru pada setiap lagu yang disampaikan.

Dan mungkin juga akan diselingi sedikit sentuhan lakon teatrikal (seni lakonan) yang akan dipersembahkan kepada para penonton yang hadir.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, Pitahati kini dibarisi oleh Ilham, Zahar, Masrin, Hidayat dan Yasin. Pitahati menitikberat unsur-unsur bunyian yang keluar dari instrumen masing-masing maka secara tidak langsung berhasil mengeluarkan karakter bunyi yang tersendiri.

Album kedua mereka lebih organik, tradisional dan punya nilai sastera yang tinggi, ringkas dalam penghasilan lagu tetapi padat dengan muzik yang berkualiti tinggi.

Untuk pembelian tiket, boleh terus sahaja menghubungi Rahman Saharddin (+60149470290) atau Syamil (+60104034413) berharga RM80 (Normal ) & RM75 ( Mahasiswa/Pelajar). Tempat adalah terhad kepada 200 tempat duduk sahaja.

Semoga orang ramai dapat hadir memenuhi Panggung Suara ini terus menyokong seni persembahan muzik nusantara Malaysia. “Masuklah ke rumahku..” – Pitahati.

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Konsert Panggung Suara Pitahati 2018 di DPAC

Komen via Facebook

Komen

Konsert Anuar Zain, BCL & Yuka di Planery Hall KLCC

Walaupun kaki masih sakit gara-gara hiking & jalan-jalan di Lombok, tetap gigih ni hadir di Sidang Media Anuar Zain, Bunga Citra Lestari & Yuka – Live in Concert. Konsert bakal berlangsung pada 28 April 2018 di Plenary Hall KL Convention Centre.

Nantikan video temubual di Youtube Budiey.com dan ig story.

Tahun 2018 ni masih tak banyak konsert diadakan. Apatah lagi konsert yang menggabungkan tiga orang penyanyi seperti ini. Lebih dahsyat apabila konsert ini mencantumkan dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Baguslah konsert macam ni diadakan sekurang-kurangnya mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Tentunya, ini adalah kali pertama mereka digabungkan di atas sebuah pentas.

Mungkin ramai yang belum mengenali Yuka yang turut menjadi penganjur di bawah naungan syarikat beliau iaitu Kharisma Entertainment Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Indonesia yang berkahwin dengan orang Malaysia. Yuka yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi LOVE SUPERMOON ini merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.

Penganjur konsert ini menjanjikan kepuasan kepada semua peminat yang membeli tiket ini.

Lokasi dipilih adalah untuk menjadikan konsert ini lebih intimate dan satu lokasi yang berprestij.

Ini dipersetujui oleh Anuar Zain yang mengandaikan konsert ini masa yang sesuai untuk mendekati dan hubungan bersama peminat itu sangat penting.

Kos untuk konsert ini tidak dapat di war-warkan memandangkan sekarang ini promosi sedang giat dijalankan.

Konsert ini berlangsung berdurasi fua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal menerbangkan kumpulanya yang terdiri dari enam pemuzik manakala nyanyian Anuar Zain dan Yuka akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan, tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai pengarah muzik.

Kepada peminat yang tak sabar menantikan konsert ini, bolehlah beli tiket yang mulai dijual pada hari ini (31 Januari) dengan harga RM2199 (intimate), RM1599 (platinum) RM 588 (diamond) Rm488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular).

Serentak dengan pengumuman konsert, Yuka turut mengambil peluang untuk melancarkan album terbarunya yang berjudul #1. Album Yuka ada 8 lapan buah lagu ini menyaksikan kerjasama Yuka dan Pay, komposer Indonesia bersatu menjadi produser untuk album ini.

“Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album ini. Album ini mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertama. Lagu ini ditulis dan digubah secara keseluruhannya oleh saya.”

Komen via Facebook

Komen

Metal Legends Live In Concert – XPDC dan Cromok gegar MAEPs

Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal popular XPDC dan Cromok pada 3 Februari ini di MAEPs, Serdang pastinya dinanti-nantikan peminat kedua-dua band ini. Kaki metal mana yang tidak mahu menjadi ‘saksi’ XPDC yang dianggotai Mael (vokalis), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) ‘berentap’ buat pertama kali dengan Cromok yang dibarisi Sam (vokalis, bass), Karl (gitar) dan Miji (dram) nanti?

metal

Pastinya ia menjanjikan sesuatu yang cukup menarik dan MAEPs pastinya bergegar dengan konsert yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu. Zuar dalam satu temubual baru-baru ini berkata, konsert ini adalah satu penghormatan buat mereka dan hadiah untuk peminat. “Kami tidak sabar mahu menghiburkan peminat. Kami juga teruja beraksi dengan Cromok,” katanya.

XPDC juga akan menampilkan kelainan dalam persembahan mereka nanti terutama dari segi pemilihan dan susunan lagu. Antara segmen yang menarik ialah dram solo daripada Amy dan solo gitar menggandingkan Jeff dan Karl. Malah, kedua-dua band ini juga akan bergabung di atas satu pentas di penghujung konsert. Cromok pula mengharapkan konsert ini bakal menggembirakan peminat setia mereka. Kali terakhir Cromok terbabit dalam konsert berskala besar ialah di konsert reunion 25 tahun Cromok Thrashing Kuala Lumpur di KL Live pada 2012 lalu.

Setahun selepas itu mereka diundang sebagai ‘opening act’ bagi Konsert Metallica Live In Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2013. “Sudah lama kami tidak beraksi di pentas konsert. Kami berharap konsert ini bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, tetapi dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama Cromok,” kata Karl.

Apa yang menarik, Cromok juga bakal membawa seorang tetamu khas dari Australia untuk menyaksikan konsert terbabit. Beliau ialah Danny Kaleda yang juga pengurus asal Cromok ketika di awal penubuhan mereka di Australia dahulu. Danny adalah individu penting yang banyak membantu Cromok sehinggalah majalah Hot Metal Megazine Australia menganugerahkan mereka ‘The Best Heavy Metal Band’ di Sydney pada 1990. Danny juga adalah pengasas label Vampire Records di Australia dan memiliki stesen radio sendiri.

Sementara itu, Pengurus Operasi JMP Production Sdn Bhd, Faezatul Asykin Anuar yang juga wakil penganjur berkata, penonton juga berpeluang memenangi hadiah gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah. “Selain itu penonton dan peminat juga berpeluang mendapatkan barangan cenderahati Cromok dan XPDC seperti kemeja-T, CD, VCD, pick gitar dan poster,” katanya.

Menurut Faezatul, persembahan busking juga akan diadakan di tapak konsert bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam. Dalam pada itu, penganjur juga berharap penonton dapat menjaga etika dan disiplin supaya konsert dapat berjalan dengan lancar. “Konsert ini juga akan dirakam sepenuhnya oleh penganjur. Jadi, segala bentuk rakaman ‘live’ daripada penonton menggunakan kamera DSLR, kamera digital dan drone adalah dilarang sama sekali,” katanya.

Peminat yang ingin mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (thrash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone).

Tiket juga boleh didapati di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Sumber Artikel & Gambar: Marcus

Komen via Facebook

Komen