Corat Coret & Momen Manis di Showcase Fattah & Friends

Showcase Fattah & Friends telah pun berjaya dilangsungkan pada 17 dan 18 Februari lalu. Selama dua hari berturut-turut, Fattah Amin dengan ditemani oleh sahabat baiknya telah menghiburkan peminat di tingkat 1, Stalkers Cafe yang terletak di Kota Damansara. Showcase ini adalah sebagai simbolik kepada pembukaan event space yang terletak di tingkat 1 Stalkers Cafe dan Fattah mengalu-alukan kepada semua yang nak buat event, bolehlah menghubungi pihak Stalkers Cafe.

Aizat Amdan Dedah Rahsia Sebenar Sebalik SAMPAI KE HARI TUA

Aizat Amdan hadir menjadi artis undangan Fattah Amin di sesi showcase di hari pertama. Ramai yang dah tahu, selain Mel Ramlan, rasanya Aizat adalah antara rakan selebriti Fattah yang menyumbang lagu untuk nyanyian Fattah. Yang menariknya, pada malam itu, Aizat mendedahkan cerita di sebalik penciptaan lagu SAMPAI KE HARI TUA. Korang boleh dengar cerita Aizat di dalam video kat atas ni.

Kejutan Sweet Fazura Untuk Fattah Amin 

Momen manis juga apabila di malam kedua, peminat tak tahu yang Fazura akan datang sebab sampai ke penghujung showcase kelihat Fazura tak nampak. Sampailah di lagu yang terakhir AKU SAYANG KAMU, Fazura tiba-tiba muncul buat kejutan untuk Fattah. Haha, Fattah pun terkejut sebab katanya, dia pun tak tahu Fazura akan datang. Memang punyalah baik hati betul Fazura berlaku adil sebab datang semata-mata nak bertemu dengan peminat di hari kedua.

Sebenarnya, banyak lagi momen sweet-sweet dan madu tumpah di Stalkers Cafe masa Showcase Fattah & Friends. Korang layan je la, video yang akan Budiey upload di Youtube Budiey.com dari masa ke semasa ya.

Terima kasih kepada Fattah Amin yang sudi menjemput Budiey buat liputan di showcase ini.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Fazura Bergandingan Dengan Pelakon Timur Tengah Amir Rezazadeh dalam JANJI ZEHAN

“Janji Zehan”, Keunikan Cinta Dua Benua
Di Kala Menuju Destinasi Cinta Yang Hakiki

Pelakon wanita popular, Nur Fazura, buat julung kalinya bergandingan dengan pelakon berbakat besar dari negara Timur Tengah, Amir Rezazadeh.

‘Janji Zehan’ merupakan naskhah terbaharu arahan sutradara hebat, Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez, yang bakal bersiaran di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai 15 Februari ini.

Mengisahkan tentang kisah percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya, ‘Janji Zehan’ turut mengangkat keindahan panaroma negara Timur Tengah; Iran, dan keunikan budaya masyarakatnya yang masih mengekalkan tradisi lama dalam kehidupan moden hari ini.

Keseluruhan sesi penggambaran filem televisyen (FTV) ini telah dijalankan di negara tersebut dan mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan Negara Iran dan Kedutaan Besar Iran di Malaysia. Dibintangi Nur Fazura dan pelakon kelahiran Iran, Amir Rezazadeh, ‘Janji Zehan’ turut menyaksikan penampilan istimewa pelakon hebat, Bront Palarae.

JANGAN LUPA TONTON YA!

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Ada Sebab Fattah Amin & Fazura Tak Tercalon dalam COUPLE MELETOP di Anugerah MeleTOP 2018

Topik hangat dibicarakan skrg ini apabila nama Fattah Amin & Fazura tiada dalam senarai pencalonan awal kategori COUPLE MELETOP di Anugerah MeleTop 2018. Pastinya penganjur ada sebab nama #fattzura tak tercalon.

Difahamkan pencalonan awal ini dibuat untuk mana-mana couple yang berkahwin sebelum 15 November 2017.

Peminat Fattah dan Fazura sekarang ini diminta untuk bertenang dan tidak melatah kerana ada beberapa kategori yang menyenaraikan nama Fattah dan Fazura seperti Fesyen Meletop dan Pelakon Meletop.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Macamana Nak Berpisah Kalau Pergi Bilik Air Pun Dah Rindu – Fazura

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, menyifatkan alam perkahwinan yang kini ditempuhi memberi kebahagiaan sebenar buat dirinya. Fazura Akui Tak Boleh Berenggang Dengan Fattah

Fazura, 34, berkata walaupun agak kekok kerana masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan situasi itu, beliau seronok kerana ia menghadiahkan pengalaman baharu.

“Saya wanita paling bahagia ketika ini kerana mengahwini lelaki seperti Fattah Amin. Memang dialah lelaki saya nantikan selama ini. Saya tahu, dia lelaki yang baik, rapat dengan keluarga dan menyayangi kanak-kanak.

‘Memang agak kekok pada mulanya, tetapi selepas mula membuat kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas termasuk memotong kukunya, baru saya dapatkan sesuaikan keadaan itu sepenuhnya,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online, semalam.

Tambah Fazura sejak bernikah, mereka jarang berpisah lama walaupun atas dasar kerja.

“Macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu,” katanya sambil ketawa.

Mengenai perancangan menimang cahaya mata, penyanyi lagu Bisa Apa dan Sayangi Dirimu ini memberitahu, mereka belum bersedia ke arah itu disebabkan komitmen kerja.

“Kalau ditanya mengenai anak, kalau boleh kami nak tangguh dulu kerana masing-masing memang sibuk sehingga tahun depan. Lagipun, biarlah kami habiskan masa bersama dulu.

“Begitupun, kalau ditakdirkan Tuhan nak bagi awal, kami takkan tolak rezeki yang diberikan,” katanya yang memilih United Kingdom dan beberapa negara lain sebagai destinasi bulan madu.

Pasangan sensasi ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 November lalu.

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

Fazura & Fattah Nikah, Aizat Amdan Cipta Lagu Khas SAMPAI KE HARI TUA

Umum sudah pun mengetahui pelakon sensasi Fazura dan Fattah Amin sudah pun diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota semalam. Berita ini mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat dan media.

Budiey ketika kejadian berlaku masih berada di rumah untuk menantikan episod pertama drama MY COFFEE PRINCE yang bersiaran di Astro Ria. Tiada media yang dijemput namun ada media yang berada di luar hotel memerhatikan apa yang berlaku.

Beberapa orang selebriti menyiarkan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru ditujukan buat Fattah dan Fazura. Penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan turut mengucapkan tahniah buat sahabatnya itu. Yang manisnya, Aizat turut mencipta sebuah lagu buat pasangan hot ini dengan tajuknya HINGGA KE HARI TUA.

Fazura & Fattah Nikah 27 November, Aizat Amdan Cipta Lagu Khas Buat FATTZURA berjudul SAMPAI KE HARI TUA

Respon dan komen daripada peminat berpendapat lagu ini sangat sesuai sekali dengan pasangan ini dan cukup sweet. Good job Aizat.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Dengan Sekali Lafaz Nur Fazura Kini Jadi Isteri Kepada Fattah Amin

Kejutan untuk malam ini. Tiada petanda tiada klu, pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam ini. Pandainya mereka jaga rahsia.

Rasanya ada rahsia di sebalik tarikh 27 hb. Mungkin Fazura pilih tarikh ini kerana 27 hb adalah tarikh hari jadi dan 27 tahun juga adalah umur Fattah sekarang.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Nur Fazura Kini Jadi Isteri Kepada Fattah Amin

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Berita itu juga secara tidak langsung mengesahkan laporan yang dibuat BH Online sebelum ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House Of Dolls milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci.

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

Berita Fazura & Fattah Amin Bertunang Tular & Trending di Sosial Media

Ini antara petikan berita yang telah tular dan trending di sosial media. Dikatakan kata kunci untuk carian berita Fattah dan Fazura juga telah trending dan memperolehi banyak carian di Google. Tahniah! Ramai betul orang nak tahu tentang dua figura selebriti popular ni, kan?

Pasangan selebriti, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, mengesahkan mereka selamat mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga selebriti wanita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Fattah berkongsi, rombongan keluarganya berjumpa wakil Fazura pada tarikh berkenaan untuk merisik dan bertunang, sekali gus menepis dakwaan mereka mendirikan rumah tangga sebelum berlepas ke tanah suci.

“Alhamdulillah, proses merisik dan bertunang berjalan dengan lancar apabila pihak keluarga saya ke rumah keluarga Fazura,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Pelakon lelaki itu turut menafikan mereka sudah pun bernikah sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

“Kami juga tidak bernikah di Makkah,” kata bintang yang popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot itu.

Majlis yang diadakan di kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu pula, katanya adalah majlis doa selamat sempena pemergian mereka ke Makkah.

Pasangan selebriti itu muncul pada sidang media terbabit bagi menunaikan janji sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menjelaskan segala desas-desus mengenai pertunangan dan pernikahan mereka.

Fattah turut menjelaskan, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan selain dua acara resepsi, masing-masing untuk keluarga dan media serta peminat.

Pasangan terbabit baru saja kembali dari Makkah, hari ini, selepas lebih seminggu berada di Arab Saudi bersama keluarga masing-masing. – Berita Harian

Fattah, Fazura Rancang Hari Bahagia

PASANGAN sensasi, Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, mengesahkan bertunang pada 13 November lalu serta menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Fattah berkata, mereka sedang menguruskan pelbagai perkara, termasuk dokumen pernikahan serta bakal menghadiri kursus perkahwinan sebagai persediaan bergelar suami isteri pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.

“Kami sudah bertunang dan majlis merisik diadakan pada hari sama pada 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, Selangor.

“Ia majlis tertutup atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

“Memang sejak awal kami sudah merancang untuk menghebahkan berita gembira ini kepada media dan peminat selepas pulang dari Makkah, tetapi ada pihak yang membuat spekulasi lebih awal hingga membuatkan ramai tertanya-tanya.

“Kami ingin mengesahkan tiada majlis pernikahan seperti yang tersebar di media dan laman sosial dalam tempoh dua minggu kami di Makkah,” katanya pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Pasangan yang hadir sedondon dalam persalinan putih itu dikatakan terus bergegas ke hotel selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, kira-kira jam 4 petang tadi.

Ditanya mengenai perancangan majlis pernikahan, kata Fattah, ia belum diputuskan tetapi akan diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat.

Fattah menambah, majlis resepsi dirancang awal tahun depan. – Berita Harian

Pelakon Nur Fazura mengakui dia seorang wanita degil dan tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat memandang hanya memikirkan karier seni sahaja.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata hati dia bagaimanapun terbuka apabila bertemu Fattah, 27, selain mula melihat masa depan mereka bersama.

“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat. Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” kata Fazura kepada mStar Online.

Fattah dan Fazura mengadakan sidang media di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Jumaat bagi merungkai persoalan hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 15 November lalu.

Dalam pada itu, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan dalam masa terdekat sementara dua majlis resepsi untuk keluarga dan media serta peminat akan diadakan pada tahun hadapan.

Menurut Fattah, memandangkan jadual kerja mereka berdua terlalu padat, segala urusan perancangan ke arah mendirikan rumahtangga akan diserahkan kepada pihak pengurusannya.

“Dengan jadual kerja kami yang ketat, saya sendiri menyerahkan perancangan kepada pihak syarikat pengurusan saya. Ada beberapa perkara yang perlu kami buat. Pergi kursus kahwin dan uruskan dokumen. Insya-Allah kami akan bernikah dalam masa terdekat. Dua majlis resepsi untuk keluarga dan media serta peminat akan diadakan pada tahun hadapan.”

Majlis pertunangan dan merisik Fattah dan Fazura telah berlangsung pada 13 November lalu.

Manakala mereka juga menafikan adanya majlis pernikahan sehari selepas itu. – Mstar Online

Komen via Facebook

Komen