Johor Lokasi Pertama Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini. Pilihan lokasi mewakili Zon Selatan ini membuka penyertaan kepada anda yang bakat dalam bidang nyanyian untuk menyertainya.

Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara, sesi uji bakat ini kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.

Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata.

Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara).

Sesi tersebut berlangsung pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi.

Antara syarat peserta uji bakat menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama pop komersial, balada, rock, r&b, Jazz, dangdut dan pop etnik.

Usah lepaskan peluang bersama-sama menyertai uji bakat ini.

Pencarian Bakat Bintang RTM 2018

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Artis Terkenal Meriahkan Siaran Langsung Konsert Pesona

Sempena Karnival [email protected] #mohlaweh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan konsert khas yang diberi nama “Konsert Pesona” disiarkan secara langsung pada 4 November ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2.

Konsert yang bakal menghimpunkan artis-artis ternama tanah air seperti Dato’ Jamal Abdillah, Saleem, Ezad Lazim dan Mus May akan mengembalikan zaman 80 hingga 90an dimana lagu-lagu seperti Sendiri, Suci Dalam Debu dan Isabela 98 akan dipertaruhkan.

poster Konsert Pesona di TV2

Bukan itu saja, Ratu Dangdut Amelina turut mencuri tumpuan bersama Siti Sarah Raisuddin dengan lagu berbisa mereka. Konsert ini turut diiringi oleh kombo RTM. Generasi Muda yang hadir turut bakal dihiburkan dengan Ernie Zakri, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli, dan Waris.

Konsert yang menampilkan pengacara anak jati kelahiran Pahang iaitu Karl Shafek dan Sharifah Shahirah ini turut menampilkan artis tempatan seperti Zetty dan Anok Semantan.

Konsert terbitan Hiburan TV RTM yang bakal berlangsung bertempat di Dataran Serambi Teruntum, Kuantan Pahang ini juga boleh ditonton secara langsung melalui myklik.rtm.gov.my dan Facebook live TV2.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

RTM Siar Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2018

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 akan menghentikan sementara siaran beberapa programnya pada 27 Oktober ini bagi memberi laluan kepada Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2018. Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, akan disiarkan secara langsung, tepat jam 3.05 petang. Program televisyen yang terbabit termasuk slot Bidadari : Kampung Semarah Padi, Rona Sabah, Xplorasi, N5, Biz Malaysia dan Getaran Rasa.

Pelbagai rancangan televisyen yang diterbitkan khas bersempena acara penting itu. Antaranya Pre Budget 2018 (23 Oktober 2017, pukul 9.30 malam), yang akan akan membicarakan isu semasa dan mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini. Manakala segmen Post Budget 2018 (29 Oktober 2017, pukul 10.00 malam) pula lebih berkonsepkan imbasan terhadap pembentangan belanjawan itu.

Pembentangan Bajet 2018 menampilkan penyampai Zaleha Khairene dan Terrence Dass boleh juga diikuti menerusi myklik.rtm.gov.my/live | http://bajet.rtm.gov.my/ | #RTMMobile.

Komen via Facebook

Komen

‘, enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: ‘@Budiey’}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘twitter’); } }); jQuery(‘#facebook’).sharrre({ share: { facebook: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘facebook’); } }); jQuery(‘#googleplus’).sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: ‘

{total}

‘, enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: ‘http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php’, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup(‘googlePlus’); } }); });

Mohd Rafiq Ismail Pemenang Utama Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

Majlis penyampaian hadiah Kuiz Salam Baitullah ke-8 berlangsung di Lobi Wisma Berita, Angkasapuri, baru-baru ini. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Muis Sheffii, Timb. Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) kepada tiga orang pemenang utama yang berjaya menjawab soalan dengan tepat berserta slogan menarik.

Pemenang utama kuiz terkumpul Salam Baitullah 2017 adalah Mohd Rafiq Bin Ismail dari Bachok, Kelantan menerima pakej umrah untuk seorang dan produk Serai Mas Herbs Trading bernilai RM700.00.

penyampaian hadiah tempat pertama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Siti Nooraini Bt Tuhalus dari Muadzam Shah, Pahang dan tempat ketiga dimenangi oleh Hamizah Nur Baiyinah Hamzah dari Endau, Johor Darul Takzim. Masing-masing tempat kedua dan ketiga menerima pakej cruise penyucian jiwa untuk seorang berserta produk Serai Mas Herbs Trading bernilai RM500.00 dan RM300.00.

“Sepanjang tempoh siaran banyak maklumbalas positif yang diterima daripada penonton program ini. RTM berbangga dengan kerjasama penaja ke arah menyampaikan ilmu yang bermakna kepada seluruh umat Islam. Begitu juga usaha penambahbaikan akan dilakukan untuk program ini pada masa yang akan datang”, menurut Tuan Haji Abdul Muis Sheffii.

Program Salam Baitullah 2017 sebuah dokumentari terbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM bertujuan memaparkan aktiviti jemaah, pengurusan serta operasi sepanjang musim haji. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi maklumat terkini keadaan di Tanah Suci kepada sanak saudara dan umat Islam di tanah air dan sekitar Asia Tenggara.

Program ini telah disiarkan secara langsung bermula 19 Ogos – 3 September 2017, pukul 9.00 malam – 10.00 malam di TV1 iaitu melibatkan 16 episod siaran.

Musim kelapan siarannya menampilkan pengacara Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoffree dan Heliza Helmi di samping jemputan tetamu-tetamu hebat seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Imam Muda Asyraf, Dato’ Ustaz Dr. Izhar Ariff, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustazah Dr. Nik Salida, Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Farid Ravi, Ustazah Isfadiah dan ramai lagi.

Penaja utama Serai Mas Herbs Trading dengan tagline Jus Hidayah Gold, Raja Segala Herba serta penaja bersama Tabung Haji tahun ini telah menaja kru produksi Salam Baitullah ke tanah suci membuat penggambaran dan liputan haji di sana. Kru terlibat adalah Fathil Hidayat Gazali dan Ahmad Muzaffaruddin Iskandar selaku penerbit lokasi tanah suci, Mohd Suhaimi Mahmud (jurukamera), juga dua juruteknik ENG iaitu Muhammad Asyraf Zakaria dan Mohd Jeffri Baharom.

Program yang mendapat rating tertinggi pada musim haji ini sentiasa menjadi pilihan utama bukan sahaja penonton di Malaysia, malah Brunei dan Singapura juga tidak ketinggalan mengambil bahagian menyertai kuiz dan panggilan telefon di studio.

sesi temubual bersama pemenang

Pemenang bergambar bersama Tuan Haji Abdul Muis Sheffii, Timb. Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) dan pihak penaja

artis jemputan ... Dakmie

Komen via Facebook

Komen

Juara Patriotik Serumpun Kasih Radio Klasik 2017 Milik Siti Aishah Ramli

Lagu ‘Wira’ yang dipopularkan oleh Datuk Yusni Hamid nyata membawa tuah kepada Siti Aishah Ramli apabila nama beliau diumumkan sebagai juara Pertandingan Juara Patriotik Serumpun Radio Klasik 2017 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, baru-baru ini.

Kemenangan tersebut melayakkan beliau membawa pulang wang tunai RM3,000.00 beserta trofi, sijil dan hadiah iringan.

pemenang juara patriotik serumpun kasih Radio Klasik 2017

Tempat kedua menjadi milik peserta berasal dari Kuala Lumpur iaitu Nor Azri Zainuddin yang menerima wang tunai RM2,000.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh Siti Nurnadia Mohd Rozi menerima wang tunai RM1,000.00. Masing-masing turut disertai trofi, sijil dan hadiah iringan.

Persembahan Nor Azri Zainuddin menyanyikan lagu ‘Banjaran Titiwangsa’ dan Siti Nurnadia Mohd Rozi dengan lagu ‘Tanah airku’ berjaya memikat hati juri pertandingan terdiri daripada Jimmy Ali, Jari, dan Datin Fatimah Huri.

Pertandingan yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017 ini turut disertai lapan peserta lain Nabilah Mohamad (Bunga Semarak), Siti Noor Ain Mohd Rozi (Keindahan Desa), Mohd Ikhmal Ismail (Untuk Satria), Zarith Syuhada Mohd Yasin (Semarakkan Api Cinta), Eda Fazilah Ismail (Tinggallah), Rosiah Baharuddin (Selamat Pergi Pahlawanku), dan Mohd Shahrom Talhah (Pembimbing Negara).

Pertandingan kerjasama Radio Klasik dengan TZ Emas Ventures Sdn. Bhd. yang dianjurkan buat julung kalinya ini mengetengahkan lagu-lagu rakaman baharu dan lama yang jarang diputarkan dicorong-corong radio bertemakan cinta kepada tanah air serta keindahan Malaysia.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan artis undangan Akma Abdullah yang menyampaikan dua lagu, ‘Si Baju Hijau’ dan ‘Kuala Lumpur’ juga kemunculan Datin Fatimah Huri menghiburkan dengan lagu ‘Perwira’.

Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh Tengku Idris Tengku Din, Timbalan Pengarah Program Radio.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Juara... Siti Aishah Ramli menerima trofi kemenangan

Komen via Facebook

Komen

Telemovie Karya Mior Hashim Manap & Shahrulezad Mohameddin, Khas Maal Hijrah Ini

Dua telemovie arahan pengarah terkenal Mior Hashim Manap dan Shahrulezad Mohameddin bakal menemui penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas sempena sambutan Awal Muharam atau Maal Hijrah yang disambut seluruh umat Islam pada 22 September 2017 – 1439 Hijrah.

Disiarkan pada hari sama 22 September ini, telemovie karya Mior Hashim Manap bertajuk “Janji Allah” disiarkan pukul 3.05 petang menerusi TV1 manakala telemovie “Hijrah Di Ufuk Senja” arahan Shahrululezad Mohameddin menemui penonton saluran TV2, pukul 9.30 malam.

Karya Mior Hashim Manap dan Shahrulezad Mohameddin, Khas Maal Hijrah Ini Di RTM

“Janji Allah” menampilkan lakonan mantap Amerul Affendi, Nadiya Nissa, Suhaimi Zakaria, Wan Maimunah, dan Rahman Bakri bertemakan konflik kekeluargaan yang melibatkan seorang anak dengan ibu tirinya berkaitan amanah harta pusaka.

Kisahnya bermula dengan Mak Munah tinggal bersama anak OKU, Udin merupakan ibu tiri kepada Wawa yang telah kematian ayahnya. Wawa belajar di luar negara dengan wang tanah ayahnya yang dipajak setelah beberapa kali mendesak ibu tirinya memujuk ayahnya untuk berbuat demikian.

Wawa pulang bekerja di Malaysia setelah tamat belajar namun enggan bertemu ibu tirinya dan Udin. Wawa memberi tempoh seminggu kepada ibu tirinya untuk mengosongkan rumah uzur tersebut kerana beliau telah menjual tanah tersebut.

Keadaan menjadi kecoh kerana apabila cukup tempoh, pihak pembeli datang untuk merobohkan rumah yang didiami Mak Munah dan Udin. Wawa bergegas datang dan meminta penjelasan pihak pembeli yang mana Wawa berjanji untuk menebus kembali tanah tersebut.

Mujur majikan Mak Munah dan Udin, iaitu En. Musa masuk campur dan berjanji untuk membayar semula kepada pihak pembeli bagi tujuan penebusan tanah tersebut. Wawa yang insaf segera memohon maaf kepada Mak Munah. Namun adakah dia berjaya menuntut kemaafan daripada ayahnya?

Selami erti penghijrahan yang sebenarnya dalam telemovie “Hijrah Di Ufuk Senja” tentang kecelaruan yang dialami oleh seorang suami yang kehilangan isteri dan anak-anaknya akibat kecuaiannya sendiri. Ia menceritakan setelah kejadian yang menimpa keluarganya, Saiful dimasukkan ke hospital kerana tekanan perasaan. Dia merasa bersalah kerana menjadi punca isteri dan anak-anaknya mati dibunuh. Selepas pulang ke rumah dia asyik ternampak isteri dan anak-anaknya muncul dan bercakap-cakap dengannya.

Sementara itu Madiha turut dihantui perasaan bersalah kerana menghantar abangnya, Maman ke rumah Saiful sehingga terjadinya pembunuhan itu. Madiha mencari peluang untuk berterus terang dengan Saiful tetapi setiap kali berdepan Saiful, lidahnya kelu.

Suatu hari kereta Saiful rosak dan dibantu oleh Osman yang kemudiannya mempelawa dia belajar agama. Setelah Saiful bersetuju, Osman mengatur pertemuan Saiful dengan Tok Ayah iaitu guru agamanya. Saiful datang bersama Madiha dan Madiha mendapati ajaran yang disampaikan oleh Tok Ayah agak pelik lalu bertanya. Madiha dihalau oleh Tok Ayah dan pengikut-pengikutnya tetapi Saiful tetap berada di situ hingga tamat.

Esoknya Madiha datang ke pejabat Saiful dan memberitahu Saiful kebimbangannya tentang ajaran Tok Ayah tetapi Saiful seperti tidak mengendahkannya. Husna, kawan serumah Madiha telah menemui bukti bahawa ajaran Tok Ayah adalah ajaran sesat.

Madiha dan Husna menemui Saiful untuk memberitahunya. Rupanya Saiful sudah tahu dan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa sehingga Tok Ayah ditangkap. Madiha tidak dapat lena pada malam itu kerana belum berterus terang lalu ke rumah Saiful.

Ikuti kesudahan jalan cerita lakonan Azhan Rani, Eenaz Mokhtar, Nadia Aqila, Ruzana Ibrahim dan Putri Syahadah Nurqseh ini.

Mior Hashim Manap di lokasi telemovie Janji Allah di TV1

babak dalam Janji Allah

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Pilihan Telemovie Hayati Aidiladha di RTM

Seleksi telemovie pilihan dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Aidiladha 2017 menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi khas buat penonton setia salurannya. Pelbagai tayangan telemovie menarik penuh dengan pengisian dan penghayatan dan akan menemui penonton pada 1 dan 2 September ini.

Menerusi telemovie yang disediakan, hayati maksud pengorbanan dan keinsafan yang tersirat dalam telemovie bertajuk, ‘Ke Pintu Kaabah’ dan ‘Aku Tak Sesat’ (TV1), ‘Lembu Siapa’ (TV2) dan juga ’13 Tiang Cinta’ (TVi).

Telemovie Ke Pintu Kaabah

“Ke Pintu Kaabah” menampilkan lakonan berkesan pelakon Catriona Ross, di samping Tisha Samsir, Izzue Islam, Kuna Muzani, Mustapha Kamal, Z.Zamrie dan Assi Ismail mengisahkan Mek Som seorang ibu tunggal memendam hasrat untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah. Kehilangan suaminya di laut menyebabkan kehidupan beliau bersama anaknya Fadilah semakin sukar.

Fadilah mengambil keputusan untuk bekerja di butik Puan Aisah di bandar bagi menambah duit simpanan ibunya ke Mekah. Farid yang baru pulang belajar dari luar negara tertarik dengan Fadilah dan mula berkawan dengannya. Sebenarnya Farid merupakan anak Puan Aisah dan beliau merahsiakan kepulangan ke Malaysia daripada pengetahuan ibu bapanya. Beliau berhasrat untuk hidup berdikari terlebih dahulu. Fadilah pula sering bercerita dengan Farid tentang hasrat ibunya hendak ke Mekah.

Menerusi “Aku Tak Sesat” pula ikuti kisah kepulangan Adha ke kampung yang telah dipandang serong oleh sebilangan besar orang kampung kerana kerjayanya sebagai composer muzik metal. Adha dianggap sesat kerana berkecimpung dalam dunia muzik metal. Ia dibintangi pelakon Hasnol Rahmat, Balqish Semundur Khan, Redzuan Adha, Syed Ali, Maimunah Ahmad, Fadhil Dani dan Rosnizam Zakaria.

Slot Citra khas Aidiladha di TV2 menyiarkan telemovie lakonan Sharifah Sakinah, Mohd. Amirullah Azmi, Fathil Dani, Delimawati dan Zain Hamid bertajuk “Lembu Siapa” pada 1 September ini, pukul 9.30 malam. Paparan kisah bermula dengan pemuda-pamuda kampung merungut dengan keadaan Halim melepaskan lembu-lembunya yang diwariskan dari arwah bapanya, berkeliaran di sekeliling kampung. Leteran mereka didengari oleh Mak Nor, emak Halim yang juga tidak puas hati dan bimbang dengan sikap anaknya yang sibuk dengan cita-cita menjadi penyanyi. Halim tetap pertahankan pendiriannya dengan cita-citanya.

Pak Tam, pemilik warung kampung, juga menegur sikap Halim. Situasi pendirian Halim mula berubah apabila terdengar Intan, anak Tok Baha kemalangan terlanggar lembunya. Mak Nor mengadu sedih kepada Halim kerana motosikal Intan telah remuk terlanggar lembunya. Lalu Halim beritahu Tok Baha, yang dia minta maaf dengan orang-orang kampung. Malah Tok Baha cadangkan agar Halim minta maaf kepada Intan.

Intan berpura-pura sakit, apabila terdengar terdengar suara Halim dan Mak Nor di luar rumahnya. Ketika Halim membeli makanan untuk Intan, Pak Tam memberitahu ada pelanggan hendak beli lembu untuk korban raya dan dia nasihatkan Halim agar beri makanan yang betul kepada lembu yang hendak dijual untuk korban. Intan yakin Halim boleh berubah dengan bantuannya.

Terus menghayati keberkatan sambutan Hari Raya Korban ini dengan tayangan telemovie “13 Tiang Cinta” lakonan mantap Beto Kusyairy, Siti Rawiyani, Nina Iskandar dan Shah Iskandar pada 1 September ini, pukul 2.00 petang dan ulangannya 9.00 malam di TVi.

Telemovie arahan Mikael Andre mengangkat kisah cinta tiga segi yang disampaikan dalam cara yang berbeza. Ikuti perjalanan watak Naim seorang pemuda yang sesat jalan dalam kehidupan. Pada satu hari Naim merampas beg tangan cikgu cantik bernama Uzma. Orang ramai menangkap Naim dan mahu menyerahkannya kepada polis. Namun Uzma merayu agar Naim dilepaskan memandang beliau telah mendapatkan balik begnya.

Naim tertarik dengan rupa dan baik hati Uzma. Maka Naim cuba mengekori Uzma namun tidak berjaya. Semasa mencari Uzma, Naim bertemu dengan Imran, seorang Ustaz dan pendakwah bebas. Imran cuba menyebarkan agama Islam di sebuah kampung Orang Asli. Oleh kerana Naim tiada tempat tinggal, Imran mengajak Naim duduk dengannya. Naim kemudiannya mula tertarik dengan kerja amal yang dibuat oleh Imran. Maka Naim turut mendalamkan pengetahuan mengenai Islam.

Pada satu hari Naim bertemu dengan Uzma yang mengajar di kampung Orang Asli itu. Mereka berkawan. Hubungan baik Imran dan Uzma membuatkan Naim cemburu. Dia menyebarkan fitnah tentang Ustaz Imran menyatakan dia datang ke kampung itu untuk merampas tanah Orang Asli dan bukan semata mata untuk berdakwah. Apabila Imran bersemuka dengan Naim, Naim mengaku beliau memfitnah Imran kerana cemburu terhadap perhubungan mesra antara mereka berdua.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen