Travelog TERKESAN DI HATI Tampilkan Zaidi Omar Sebagai Hos

Travelog terbaharu “Terkesan di Hati” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkonsepkan pengembaraan yang memfokuskan kepada tempat-tempat bersejarah yang menjadi warisan rakyat Malaysia menjadi tarikan penonton saluran TV1.

Travelog “Terkesan Di Hati” Tampilkan Zaidi Omar Sebagai Hos di TV1

Menampilkan gandingan pengacara Zaidi Omar dan Akid Tay, 13 episod travelog ini menemui penonton mulai 2 Februari ini, setiap Jumaat, pukul 4.30 petang di TV1. Menariknya setiap minggu menonjolkan individu yang terlibat iaitu seorang ayah bersama anak lelakinya akan berkunjung ke lokasi yang berbeza dalam setiap episod bagi mengupas lanjut tentang sejarah di situ. Mereka akan bertukar pendapat bagi membincangkan tentang sejarah dan lokasi yang mereka lawati. Selain itu, temu bual dilakukan dengan individu-individu tertentu untuk berkongsi maklumat dengan penonton serta paparan warisan sejarah yang wujud di lokasi tersebut.

Menerusi tajuk “Jerejak”, Haji Salim dan anaknya Husin berhasrat untuk meninjau hasil peninggalan warisan sejarah yang terdapat di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Ianya dikenali sebagai ‘Alcatraz Malaysia’ kerana terkenal dengan penjara yang menempatkan banduan-banduan selepas tragedi 13 Mei 1969 serta tahanan ISA. Sebelum itu, pihak British menggunakan Pulau Jerejak sebagai pusat kuarantin pendatang asing yang mengalami penyakit kusta dan batuk kering.

Haji Salim bertemu dengan Dato’ L Ramlee yang dulunya bekerja sebagai Pembantu Hospital Pulau Jerejak untuk mendapatkan maklumat lanjut. Dato’ L Ramlee membawa mereka menaiki bot ke Pulau Jerejak dan bertemu dengan En. Faizal, Penolong Pengurus Pulau Jerejak Rainforest Resort. Faizal membawa mereka menjelajah beberapa tempat bersejarah termasuklah blok penjara yang menempatkan para banduan serta tugu peringatan yang dibina di situ. Selepas kejadian rusuhan para banduan, Pulau Jerejak telah ditutup secara berperingkat mulai tahun 1990 dan berakhir pada tahun 1993.

Kemudiannya kunjungan ke Kg. Lindungan Raja, Haji Salim dan Husin berkunjung ke Sedim, Kulim, Kedah. Mereka ke sebuah kawasan perkampungan yang dinamakan Kg. Lindungan Raja yang merupakan antara sejarah penting negeri Kedah. Tempat yang mereka lawati merupakan sebuah rumah yang menjadi penempatan sementara dan juga tempat perlindungan oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah bersama Kerabat Diraja selama 8 hari pada tahun 1941 semasa pendudukan pihak Jepun di Tanah Melayu.

Wawancara dijalankan bersama beberapa orang individu antaranya Dato’ Dr Wan Shamsudin yang merupakan Tokoh Sejarah Kedah, En. Hussein Idris iaitu penjaga rumah Kg. Lindungan Raja dan individu lain yang berkaitan. Antara yang dipaparkan ialah keadaan di dalam rumah tersebut dan sungai tempat Tuanku Sultan dan Kerabat Diraja bersiram. Kemudian mereka melawat Tree Top Walk Sedim yang merupakan jambatan titi gantung yang terpanjang di dunia bagi melihat pemandangan hutan bersama air terjun yang terkenal sebagai tempat pelancongan.

Episod Kota Kayang pula membawa Haji Salim membawa Husin ke negeri Perlis Indera Kayangan melawat satu lagi tempat bersejarah iaitu Kota Kayang. Kota Kayang merupakan sebuah kota pada zaman Sultan Kedah ke-15 dari tahun 1661 – 1687. Ia juga dikenali sebagai Istana Merbau sempena pembuatan istana tersebut yang menggunakan kayu merbau. Muzium Kota Kayang mempamerkan pelbagai penemuan peninggalan artifak yang wujud di kawasan tersebut, antaranya pinggan seramik dan tanah liat, 3 buah makam Diraja, tembok Kota Kayang serta sebuah perigi. Haji Salim juga mewawancara seorang Tokoh Budaya & Bahasa Perlis, En. Rejab F.I serta Penolong Muzium Kota Kayang bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci. Rancangan diakhiri dengan penerokaan ke Bukit Kubu oleh Haji Salim dan Husin yang merupakan sebuah bukit pelindung dan tempat persembunyian Kerabat Diraja ketika mereka diserang oleh kerajaan Bugis suatu ketika dahulu.

Dalam episod berikutnya mereka berkunjung ke lokasi berkaitan dengan warisan kesultanan iaitu di Jugra. Mereka berkunjung ke Istana Bandar yang dibina oleh Sultan Alaeddin Sulaiman Shah pada tahun 1899. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Alaeddin, Istana Temasya dan Istana 40 Bilik. Ia dibina dengan gabungan seni bina yang mempunyai unsur Melayu, Cina, India dan Eropah. Temu ramah dilakukan bersama Dato’ Ibrahim Ghaffar yang merupakan Tokoh Warisan Sejarah Selangor yang mengupas lanjut tentang isu tersebut. Mereka juga mengunjungi Rumah Api Jugra yang menjadi ikon yang popular di kalangan pelancong. Selain itu, mereka juga melawat Muzium Insitu Jugra yang dikenali sebagai rumah pasung dan melihat barang artifak yang dijumpai semasa proses ekskavasi. Makam Sultan Abdul Samad merupakan lokasi terakhir yang menutup episod rancangan kali ini.

Lokasi yang dipilih dalam episod kali ini ialah di Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak yang dibina pada tahun 1990. Haji Salim teruja untuk berkongsi maklumat tentang maruah dan kehebatan ketuanan Melayu bersama anaknya Husin berkaitan tragedi Pasir Salak. Individu yang terlibat ialah Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Si Puntum dan J.W.W Birch. Wawancara dilakukan bersama Hj. Ramli Bin Ngah Mat Ali, keturunan Dato’ Sagor yang ke-4 dan juga Cikgu Abdul Aziz, keturunan Dato’ Maharaja Lela untuk maklumat lanjut. Mereka berjuang menentang Birch yang mencabar maruah Melayu pada waktu itu dan Si Puntum bertindak membunuh Birch. Pihak British berjaya menangkap mereka dan dijatuhkan hukuman gantung. Antara paparan lain di kompleks tersebut ialah maklumat semasa pendudukan British di Pasir Salak, tragedi Pasir Salak dan tinggalan Meriam Rentaka yang merupakan satu lambang kehebatan meriam buatan orang Melayu ketika itu.

Terkesan Di Hati episod 6 di Bukit Larut pula mereka berkunjung ke Taiping, Perak bagi meninjau bandar yang terkenal dengan nama ‘Bandar Warisan’ yang mempunyai 31 catatan subjek ‘Yang Tertua di Malaysia’. Mereka berkunjung ke Muzium Perak di Taiping bagi mendapatkan maklumat lanjut. Seterusnya, Haji Salim menaiki sebuah jip ke Bukit Larut yang terkenal dengan warisan sejarah semasa pendudukan British. Beliau bertemu dengan En. Roslee Ahmad Rafie, Pengurus Pusat Peranginan Bukit Larut dan En. T Funa, seorang Nature Guide Bukit Larut untuk maklumat lanjut. Mereka melawat beberapa buah banglo, rumah rehat, Pusat Biologi Bukit Larut, Tugu Peringatan T.W.W Birch dan Rumah Mr. Maxwell yang kini dijadikan pejabat Telekom Malaysia. Selepas turun dari Bukit Larut, mereka melawat pekan Port Weld (kini Kuala Sepetang), Taman Tasik Taiping dan Stesen Keretapi Taiping. Husin berpuas hati kerana banyak maklumat tentang warisan sejarah diperolehi beliau di lokasi tersebut.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Alami Luminous Forest di Lost World Of Tambun

EXPERIENCE THE MAGIC OF NATURE ILLUMINATED

~Feel the wonder and excitement at Lost World Of Tambun this festive season~

In conjunction with the Chinese New Year festivities, Lost World Of Tambun (LWOT) has launched its latest attraction, ‘Luminous Forest’ – an enchanting landmark transformed into an extraordinary luminous landscape where trees come to life and creatures of the night come out to play in the soft glow of the night, evoking a childlike sense of joy and wonder in those who explore it.

Marvel at the intricate details of the mythical gardens and spellbinding woodlands at Luminous Forest set amidst nature. Begin the mystifying journey into Luminous Forest by stepping onto the Bridge of Luminosa that floats on the Swan Lake, which transports one from the normal realm into the magical forest.

Guests will discover Mother Sophea, a 400-year old willow-like tree that has a magical connection with all living creatures. The Malayana tribe believes that the tree spreads magical seeds to illuminate the forest and maintain a balance among the living creatures, while the Laka Falls carry a luminous substance that the Makalani uses to produce remarkable healing elixirs.

Be captivated by the phenomenal sight of the many magical live-in creatures with one of them being Shadowfang, a 16-feet long centipede that protects the forest with its vigilant eyes. At the Garden of Light, one will find flowers in peculiar shapes and sizes that glimmer in the dark, pollen drifting in the air like pixie dust, exotic species of insects and animals lurking in the bioluminescent forest. Take a stroll further in this celestial land to see the Malayana Throne, where the Chief Kukuntalu resides and rules the land in a just and fair manner.

The Malayana Throne

At the Wapi Springs, legend says that those who throw a stone in it will have their wishes come true. Not to forget the transcending tranquility of the Toadstool Field where the Malayana tribe believes that the glowing mushrooms has healing abilities to nurse the sick and wounded back to health.

Nurul Nuzairi Mohd Azahari, General Manager of Lost World Of Tambun said, “Luminous Forest was created to spark our guests’ imagination of what lies within this undiscovered otherworldly realm, drifting them into a whimsical excursion through a luminous journey in Lost World Of Tambun’s natural terrains. It will reveal pockets of illuminated magic, unusual species and other incredible sights. Expect an unforgettable and enthralling cruise into Luminous Forest as the night unfolds in astonishing ways. I hope many people would take this opportunity to come to Lost World Of Tambun to celebrate the Chinese New Year festivities and experience our Luminous Forest, truly a world on its own in a beautiful luminous landscape – it is a moment of pause, wonder and play within a mystical environment.”

Other exciting adventures during the Chinese New Year festive season awaits! Anticipate an amazing line-up of shows and activities from the upbeat Luminous Lunar Dance, A Luminous Affair Show, Chief Kukuntalu treasure giveaway, and Fortune Time with God of Prosperity! Guests can put their wishes on the Wishing Wall, test balancing skills at the Grandmaster Chopstick, catch lucky coins at the Go Gold Adventure or Count the Lucky Stars at Luminous Alley for a chance to win a special prize.

Luminous Forest is the newest addition at Lost World Of Tambun’s Ultimate Night Park Experience, adding to the existing the Lost World Hot Springs & Spa By Night and Lost World Petting Zoo By Night attractions.

Malayana Warrior at The Luminous Forest Entarnce

The Malayana Throne with Kukuntalu

Mother Sophea

Lumious Rock

Lights of Aiyana

Toad Stool Field

Garden Of Light

Makalani at The Bridge Of Luminosa

Eshno at Lights Of Aiyana

About Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun is an action packed, wholesome family adventure destination. This self-contained wonderland is cocooned within a lush tropical jungle consisting of natural hot springs, breathtaking limestone features and natural surroundings dating back over 400 million years! Painstakingly etched into this natural heritage are seven amazing attraction parks, coined by locals and foreigners alike to be the ultimate day and night destination for a unique family-friendly eco-adventure excursion.

Just a stone throw away is the Lost World Hotel, a perfect respite and snooze chamber after a long day of adventure. True to its name, Sunway Lost World of Tambun offers not only a “lost paradise” that promises fun and wholesome experience for all ages, but also a conducive learning environment with a range of fun-educational elements around the park.

It is the only theme park in Southeast Asia featuring natural hot springs coupled with an array of contemporary attractions and rides. Business entities and MICE groups will also find this resort a haven for team building activities, given its facilities which include seven specially curated functions rooms which offer a capacity ranging from 10 to 200 people.

A hidden gem within Malaysia, Sunway Lost World Of Tambun successfully converts what was previously a tin-mining wasteland into an iconic landmark, without encroaching into its natural surroundings – a site that’s historic, educational and entertaining at the same time, making it a must-visit site, unlike any other within the Southeast Asian region. This, among many others, truly befits Sunway Lost World of Tambun’s mantra of being “More Than Just A Theme Park!”’

Komen via Facebook

Komen

Taman Rimba Tertua di Dunia Antara Lokasi Menarik Perkongsian Travelog EKOLIBUR

Meneroka keindahan alam semulajadi di seluruh negara di mana kebanyakan tempat masih belum tular di kalangan pengunjung, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak orang ramai menonton travelog terbaharu bertajuk “Ekolibur” yang mula bersiaran pada 28 Januari ini, setiap Ahad, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV1.

Dikendalikan oleh Taufiq Hanafi, program setengah jam ini membawa penonton menjelajah dan menikmati keindahan tempat yang mempunyai sejarah tersendiri malah ada juga yang sebelum ini jarang dilawati orang ramai.

antara babak menarik

Taman Rimba Tertua di Dunia Antara Lokasi Menarik Perkongsian Travelog EKOLIBUR di TV1

Antaranya hos yang dibantu oleh Farouq Hj Omar ke Kuala Gandah, Pahang iaitu pusat konservasi gajah dimana gajah gajah dilindungi dan dipelihara, melawat Kenong iaitu sebuah taman rimba yang tertua di dunia, ke pusat peranginan di Bentong Pahang yang bernama Tanah Aina dan melawat pusat peranginan Laketown di Perak.

Ketahui dengan lebih lanjut lagi pengisian kunjungan mereka di Kuala Gandah, Pahang dimana di situ ada 26 ekor gajah yang dipelihara dan dilatih supaya kekal sihat dan terlatih. Ada juga gajah yang diselamatkan kerana telah terkena jerat. Mereka kemudian mandikan gajah di sungai. Setelah petang mereka pun bergerak ke ladang durian untuk menginap. Pada sebelah pagi mereka dibawa oleh pengurus, En Kam melawat ladang durian. Kemudian mereka melawat Deerland dimana rusa dibela di situ oleh En Abdullah.

Perkongsian menarik pastinya kunjungan Taufiq Hanafi bersama pembantunya Farouq Hj Omar membawa penonton melawat Kenong iaitu sebuah taman rimba yang tertua di dunia. Ia diambil sempena nama sungai Kenong yang mengalir sepanjang taman rimba itu. Taman Rimba Kenong diuruskan oleh Jabatan Perhutanan yang membina pusat penginapan dan chalet bagi kemudahan pengunjung pengunjung. Mereka mulakan lawatan ke Gua Lukisan yang baru dikesan oleh pengunjung.

Seterusnya penonton dibawa ke pusat peranginan di Bentong Pahang yang bernama Tanah Aina. Disitu mereka dilayan dengan mesra kerana bagi mempromosikan pusat peranginan ini kepada masyarakat yang masih tidak mengenali tempat ini. Mereka di jamu makanan lazat serta buah durian jenis terbaik. Setelah puas menikmati keseronokan disitu mereka pun pulang.

Episod berikutnya Taufik Hanafi selaku hos program 13 episod ini melawat pusat peranginan Laketown di Perak. Bukit merah Laketown terletak 1.2 kilometer dari Plaza Tol Bukit Merah. Terdapat pelbagai permainan untuk pengunjung di samping bilik-bilik yang cantik. Tarikan utama disitu adalah Wet Bubble dan menempatkan 172 bilik penginapan untuk kemudahan pengunjung.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Hos Taufiq Hanafi di lokasi penggambaran

Hos Taufiq Hanafi bergambar di Tanah Aina, Pahang

Komen via Facebook

Komen

Celebrate Good Times Two-Gether at Sunway Lagoon

Bersedia untuk pengembaraan di Sunway Lagoon ‘Two-gether’? Apa nilai persahabatan tanpa berkongsi kegembiraan dan kesenangan bersama yang dihargai.

Dalam meraikan nilai persahabatan, ayuh ke Sunway Lagoon dan sahut cabaran kami dalam kempen TWO-GETHERNESS bermula dari 2 Januari hingga 31 Januari 2018.

Kongsi dan cabar fobia kepada ketinggian bersama rakan atau kenalan anda dengan menyertai ‘Bungy Jump Duo’ dan ‘G-Force X’ dengan pakej istimewa TWO-GETHERNESS.

Harga pakej TWO-GETHERNESS adalah RM240 untuk 2 orang (Warganegara Malaysia) dan RM360 untuk 2 orang (Bukan Warganegara Malaysia) yang disertakan dengan baucer makanan dan minuman RM40 atau baucer beli belah RM40 secara PERCUMA.

Pakej ini meliputi kemasukan ke semua enam taman beserta semua aktiviti, wahana dan tarikan. (Tidak termasuk dengan aktiviti ‘pay-per-ride’ seperti Bungy Jump, G-Force X and Go Kart). Tambahan kepada pakej tersebut, pengunjung boleh menikmati harga istimewa untuk permainan ekstrem seperti berikut (pakej ini tambahan kepada tiket kemasukan ke Sunway Lagoon):

1) Bungy Duo (untuk 2 orang):

RM130 untuk Warganegara Malaysia, RM230 untuk Bukan Warganegara Malaysia (Harga asal: RM160 untuk Warganegara Malaysia, RM276 untuk Bukan Warganegara Malaysia)

2) G-Force X Duo: RM50 untuk Warganegara Malaysia, RM100 untuk Bukan Warganegara Malaysia (Normal price: RM64 untuk Warganegara Malaysia, RM128 untuk Bukan Warganegara Malaysia) 3) Combo Bungy + G-Force X Duo: RM170 untuk Warganegara Malaysia, RM280 untuk Bukan Warganegara Malaysia (Normal price: RM202 untuk Warganegara Malaysia, RM320 untuk Bukan Warganegara Malaysia)

Pakej ini membolehkan para pengunjung menikmati tattoo airbrush bersaiz kecil secara PERCUMA (bernilai RM22) dengan setiap pembelian sepasang ‘Waxhands’ pada harga RM80 dan cetakan gambar digital bersaiz 6×6 (2 keping) pada harga RM60 (Harga asal: RM74).

“Kami tahu permainan ekstrem seperti ini merupakan sesuatu yang diidamkan oleh para pengunjung dan kami pasti ramai ingin mencubanya untuk menguasai perasaan takut tersebut. Oleh itu, sahut cabaran kami ini, dan alami sendiri kepuasan yang kami tawarkan bersama sama sahabat atau kenalan anda, hadapi Bungy Jump dan G-Force X ‘Two-gether – gether’.

Pasti kenangan yang manis bakal terpahat dihati anda selama lamanya.” ujar Sean Choo, Pengurus Besar Sunway Lagoon. Sempena kempen ini, Sunway Lagoon turut ingin memberi peluang kepada anda terbang ke New Zealand.

Ambil bahagian dalam pengalaman epik ini bermain permainan ekstrem yang kami tawarkan dan anda berpeluang untuk menangi sepasang tiket penerbangan ke New Zealand.

Caranya cukup mudah, hanya muat naik video anda dan teman anda semasa merasai Bungy jump ataupun menaiki G-Force X di laman Instagram anda dan sertakan #SLTwoGethernessContest. Muat naik yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang.

Pertandingan ini bermula pada 2 Januari hingga 31 Januari 2018. Dengan 6 taman yang penuh dengan kemeriahan dan keseronokan, ianya pasti sebuah taman tema yang bakal mengukirkan senyuman serta pengalaman yang indah kepada semua lapisan umur dan sesi keluarga.

Kunjungi Sunway Lagoon di bulan Januari ini dan alami #SLTWOGETHERNESS bersama. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami di +603-5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com atau kunjungi www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

The New Year calls for a celebration with friends and families, and Sunway Lagoon is the perfect avenue to kick off the year on a high note with the premier park celebrating “Two-Getherness” all January long!

Celebrate Good Times Two-Gether At Sunway Lagoon

Celebrate Good Times Two-Gether At Sunway Lagoon

Throughout the month, guests can enjoy the RM240 for 2 persons package (MyKad holders) which includes a choice of RM40 F&B or RM40 retail voucher. Guests are entitled to exclusive discounts for the extreme games below (package also entails guests to enjoy the whole park):

1) Bungy Duo (in tandem): RM130 for MyKad holders, RM230 for non-MyKad holders (Normal price: RM160 for MyKad holders, RM276 for non-MyKad holders)

2) G-Force X Duo: RM50 for Malaysians, RM100 for non-MyKad holders (Normal price: RM64 for MyKad holders, RM128 for non-MyKad holders)

3) Combo Bungy + G-Force X Duo: RM170 for Malaysians, RM280 for non-MyKad holders (Normal price: RM202 for MyKad holders, RM320 for non-MyKad holders)

“To usher in the New Year, we want to bring friends and families together to experience the Best Day Ever at Sunway Lagoon! Our campaigns aim to maximise the value our guests get as we believe the fun is doubled at our one-stop fun destination,” commented Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.

Celebrate Good Times Two-Gether At Sunway Lagoon

Additionally, guests will enjoy two (2) 6” x 8” sized printed photos at RM 60 (normal price: RM74) at Digiphoto Booth as well as a free small airbrush tattoo worth RM22 (with every purchase of a full set of couple Waxhand at RM80).

Grab this chance to enhance the spirit of togetherness by joining in the Two-Getherness contest where two lucky winners will win a pair of flight tickets to Auckland, New Zealand! What guests will need to do is take a video of themselves taking on the extreme rides (Bungy Jump and G-Force X) and then upload it on their Instagram profile (profile must be set to public) with the hashtags, #SLTwoGethernessContest and #SunwayLagoonMY to be in the running to win!

Sunway Lagoon offers a myriad of activities across its theme park which is sure to create fond memories for a day out together with loved ones.

For more information, please call Sunway Lagoon at +603-5639 0000, visit www.sunwaylagoon.com or connect to www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Celebrate Good Times Two-Gether At Sunway Lagoon

Celebrate Good Times Two-Gether At Sunway Lagoon

Komen via Facebook

Komen

Travelog HELLO ASEAN, Cari & Lihat Proses Tenunan Kain Seluruh Asean

Ikuti pengembaraan bersama hos Vanessa Mering ke negara-negara Asean dalam rancangan majalah travelog bertajuk “Hello Asean” yang menemui penonton menerusi episod pertamanya mulai 11 Januari, setiap Khamis, pukul 4.05 petang di TV1.

Bertemakan pembelajaran mengenai pakaian tradisional dan kain tenunan yang terdapat di negara-negara Asean, pastinya ia menyuntik kelainan kepada penggemar program travelog yang pernah disiarkan sebelum ini.

poster Hello Asean di TV1

Travelog HELLO ASEAN, Cari dan Lihat Proses Tenunan Kain Seluruh Asean Di TV1

Sepanjang 13 episod siarannya, penonton dapat berkongsi kisah penjelajahan seorang gadis ke tempat-tempat di negara-negara Asean untuk meninjau tentang pakaian dan kain tenunan orang tempatan yang sememangnya unik untuk didedahkan kepada umum.

Menerusi episod pengenalannya, travelog ini menonjolkan kisah tentang penjelajahan hos rancangan, Vanesa Mering ke tempat-tempat yang menarik terletak di Padang, Indonesia. Tempat pertama yang dikunjungi oleh Vanesa ialah Muzium Adiyatwarwan yang terletak 42 km dari bandar Padang. Muzium itu menyimpan dan melestarikan koleksi sejarah masyarakat Minangkabau. Vanesa tertarik dengan Busana Pengantin Minang yang mempunyai corak kain berunsur alam dan dipengaruhi oleh kebudayaan Cina, Arab dan Eropah.

Selepas itu Vanesa menuju ke Pusat Kerajinan Tenunan Songket Bordiran di bandar Pandai Sikek untuk melihat perusahaan pembuatan kain songket. Tempat seterusnya yang dilawati Vanesa ialah Nenni Adli Minangkabau Craft Village untuk melihat pelbagai barang yang dibuat daripada kain songket.

Ia kemudiannya menyorot tumpuan penonton ke tempat-tempat yang menarik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Tempat pertama yang dikunjungi oleh Vanesa ialah Kota Sutera, Sengkang yang terletak 250 km dari bandar Makassar. Terdapat banyak pusat penenunan sutera dan pengusaha ulat sutera di Kota Sutera.

Dalam satu majlis perkahwinan kaum Bugis yang dihadirinya, Vanesa tertarik dengan Busana Pengantin Bugis yang mempunyai corak kain bunga sulaman benang emas. Selepas itu Vanesa menuju ke Pusat Kerajinan Tenunan Bugis Sengkang untuk meninjau perusahaan pembuatan kain sutera.

Selepas belajar dan mencuba menenun kain sutera beliau menyedari betapa rumitnya proses itu dan menghargai nilai kain sutera. Tempat seterusnya yang dilawati Vanesa ialah Butik Losari Silk untuk melihat pelbagai kain sarung dan baju siap jahit yang dibuat daripada kain sutera.

Ikuti kunjungan ke negara-negara Asean yang lain dalam keseluruhan episod siri ini.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

The management and staff of One World Hotel celebrated their annual dinner in style in conjunction with the hotel’s 10th Anniversary which took place at Ruby Ballroom recently. It was a fun-filled night as the employees came decked out in glamourous and finest outfits according to the theme, Grand 10. The event was attended by the directors YBhg Tan Sri Dato’ (Ir.) Teo Chiang Hong, YBhg Tan Sri Teo Chiang Kok and YBhg Tan Sri Dato’ (Dr) Teo Chiang Liang together with the family’s matriarch, YBhg Puan Sri To’ Puan Cheng Gek Hong.

The evening kicked-off with an amazing opening gambit by Xuan Long Dragon and Lion Dance troupe, followed by a speech by hotel director, YBhg Tan Sri Teo Chiang Hong to officiate the night. He expressed his gratitude to all the employees for their hard work and dedication to the organisation since its inception in 2007. “Our employees are our asset. And a decade of success would not have been possible without your tireless efforts and excellent contributions towards One World Hotel. However, there’s still so much more to do and improve especially with the highly competitive hospitality industry. Nevertheless, I definitely look forward to embarking yet another decade of success!”, said Tan Sri Teo Chiang Hong.

Host cum entertainer, MC Cool Charles continued to spiced up the evening with his cheeky phrases and witty commentaries. Later that evening, homegrown boy band, Fourteen wowed the audience with energetic performance as well as engaging hilarious stage activities with associates. The crowd was then surprised with another special appearance from Amylea Azizan, Akademi Fantasia star, who graced the stage with her powerful and flawless voice.

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

Among the highlights of the night were department performances, best dressed contest, announcement of the hotel’s Superstars of the Year as well as presentation of 5-Year and 10-Year Service Awards to 111 associates in total. Mr Genessen a/l Pavada Naickan (Maintenance Department) and Ms Chia Shu Qi (Front Office), were crowned ‘Superstars of the Year 2016’, each received RM1,000 cash prize and a certificate for their outstanding services both internally and externally.

Apart from the exciting performances, lucky winners also walked away with exciting prizes which include Modenas Mr1 motorcycle, several 49’’ LED TV, Huawei Android smartphone, washing machine, refrigerator, air conditioner and Travel Vouchers inclusive of flight ticket and accommodation to name a few. The lucky Grand Prize winner, Muhammad Iman Bin Mohd Tajudin from Kitchen Department brought home RM5,000 in cash.

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

Board of Directors officiating the event. From left, YBhg Tan Sri Teo Chiang Liang, YBhg Tan Sri Teo Chiang Kok and YBhg Tan Sri Teo Chiang Hong

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

YBhg Tan Sri Teo Chiang Hong giving his opening speech

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

Staff from various departments boogying the night away

Akademi Fantasia star, Amylea Azizan entertaining audience with
her version of ‘If I Ain’t Got You’

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

General Manager, Chris Niuh with ‘Superstars of the Year’, Mr Genessen a/l Pavada Naickan and Ms Chia Shu Qi

One World Hotel Staff Toast To Their First Successful Decade

Komen via Facebook

Komen

Makan Angin Ambang 2018: 10 Destinasi Tahun Baharu Paling Popular bagi Rakyat Malaysia

Makan Angin Ambang 2018: 10 Destinasi Tahun Baharu Paling Popular bagi Rakyat Malaysia

  • Riang ria di kota: Rakyat Malaysia lebih gemar mengunjungi bandar raya seperti Bangkok, Hong Kong dan Taipei untuk menyambut ketibaan tahun baharu
  • Pemburu salju: Lebih ramai pelancong Malaysia kunjungi London, Tokyo dan Paris untuk menikmati pengalaman musim salju di kota-kota tersebut

KUALA LUMPUR 15 Disember, 2017 – Hotels.com mengumumkan sepuluh destinasi Tahun Baharu paling popular bagi pengembara Malaysia tahun ini, sambil kita bersiap sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2017.

Destinasi di rantau ini seperti Bangkok, Hong Kong dan Taipei, yang terkenal dengan sambutan Tahun Baharu yang meriah dan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni, ialah tiga destinasi hujung Disember paling popular bagi pengembara Malaysia tahun ini, dengan angka kunjungan yang melonjak tinggi.

“Disember ialah musim percutian rakyat Malaysia, memandangkan sambutan Tahun Baharu adalah serentak dengan musim cuti sekolah. Berasaskan data kami, terdapat peningkatan besar dalam perjalanan luar negara oleh pelancong Malaysia tahun ini, menyebabkan pertambahan ketara dalam jumlah pencarian destinasi serantau seperti Hong Kong dan bandar raya Eropah seperti Paris dan London,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.

Selamat Datang, 2018 – Destinasi hujung tahun paling popular bagi
pelancong Malaysia

Penarafan 2017 Destinasi Penarafan 2016
1 Bangkok 1
2 Hong Kong 4
3 Taipei 3
4 Singapura 2
5 London 6
6 Tokyo 8
7 Paris 18
8 Seoul 7
9 Bali 9
10 Osaka 14

Pertunjukan bunga api dan pengiraan detik tahun baharu

Bangkok mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi Tahun Baharu paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini. Ibu kota Thailand ini masyhur dengan aktiviti hiburan dan kebudayaan ambang tahun baharu yang menarik di Silom dan pertunjukan bunga api yang mengagumkan di tebing Sungai Chao Phraya. Terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari pusat-pusat hiburan dan keriangan yang popular di Bangkok, Novotel Bangkok Platinum Pratunam menarik perhatian pengunjung yang celik teknologi, dengan kelengkapan berteknologi tinggi dan bilik yang canggih lagi selesa.

Hong Kong naik dua anak tangga untuk menjadi destinasi hujung Disember kedua paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini. Pesta pengiraan detik Tahun Baharu penuh glamor diwarnai pertunjukan bunga api berirama yang menerangi Pelabuhan Victoria, yang merupakan mercu tanda terkenal bandar raya. Hotel InterContinental Hong Kong, menjanjikan pemandangan pertunjukan bunga api yang menakjubkan kepada tetamunya dari tingkap dan balkoni hotel. Hotel serba mewah ini terletak di tepian air kawasan Pelabuhan sebelah Kowloon,

Keindahan musim salju

Ringgit Malaysia kini terus kukuh, dengan semakin ramai warga Malaysia melancong ke destinasi di Jepun dan Eropah untuk bersuka-ria bermain salji.

London merupakan destinasi hujung Disember kelima paling popular bagi pelancong Malaysia tahun ini, manakala Paris melonjak 11 anak tangga untuk berada di tempat ke tujuh. Dengan pelbagai pasar percutian hujung tahun yang berwarna-warni, Disneyland Paris yang mempesonakan dan Champs-Élysées yang dihiasi dengan indah, Paris menjadi destinasi paling sesuai untuk menikmati pengalaman musim dingin bersama keluarga di Eropah. Sementara itu Le Meurice, yang dianggap sebagai antara hotel paling anggun di dunia, terletak berhampiran Marché de Noel Paris, karnival perayaan bermusim yang popular di ibu kota Perancis ini.

Pengalam Musim Salju: Destinasi Musim Dingin paling popular bagi pelancong Malaysia

Penarafan 2017 Destinasi
1 London
2 Tokyo
3 Paris
4 Seoul
5 Osaka
6 Sapporo
7 Amsterdam
8 Beijing
9 New York
10 Milan

Rakyat Malaysia juga melancong ke bandar-bandar utama di Jepun untuk menyelami keindahan musim dingin. Tokyo dan Osaka menawarkan pengalaman percutian bandar dan budaya yang hebat, manakala Sapporo pula merupakan titik tumpuan peminat sukan musim sejuk untuk memulakan pengembaraan bermain ski atau papan salji. Terletak hanya 20 km dari kawasan pusat bandar, resort ski Sapporo Teine sudah lama menjadi destinasi percutian musim sejuk terkenal – malah kota ini juga menganjurkan Olimpik Musik Sejuk 1972. Pusat bandar Sapporo dilitupi salji tebal setiap tahun, dengan purata salji tahunan 6.3 meter. Pemenang Anugerah Paling Disukai Tetamu Hotels.com tahun ini, JR Tower Hotel Nikko Sapporo menawarkan penginapan terbaik untuk meneroka daya tarikan pusat bandar, yang digelar Pintu Masuk ke Hokkaido.

“Sambil rakyat Malaysia menuju ke destinasi popular seperti Bangkok, Tokyo dan Paris untuk merayakan Tahun Baharu, Hotels.com teruja untuk terus menyediakan nilai terbaik untuk menambah baik pengalaman kembara. Dengan 25 juta ulasan tetamu yang sahih, Hotels.com juga mempunyai maklumat dan risikan yang diperlukan untuk membantu pelancong Malaysia merancang percutian Disember impian mereka,” tambah Jessica.

Komen via Facebook

Komen