RTM Siar Drama Bersiri Dari Turki – Heart Of The City

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal berkongsi dengan penonton setia salurannya sebuah drama bersiri dari Turki bertajuk “Heart of The City” (Bu Sehir Arkandan Gelecek) mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang mengisi slot Lavender di TV2.

siri Heart of The City

RTM Siar Drama Bersiri Dari Turki,“Heart Of The City” di TV2

Siri 60 episod yang membariskan pelakon terkenal Turki termasuklah Leyla Lydia Tugutlu, Kerem Bursin, Osman Alkas, Nilperi Sahinkaya dan Burak Tamdogan ini menariknya memaparkan kisah cinta sepasang kekasih berbeza latar belakang keluarga selain pergolakan antara anak dan ayahnya akibat peristiwa hitam masa silam mereka.

Menerusi siri arahan Cagri Vila Lostuvali, kisahnya berkembang dengan watak utama Ali Smith menjalani kehidupan yang sukar selepas ibunya dibunuh oleh bapanya ketika berusia 4 tahun. Dia mula tinggal di bot kargo bersama seorang lelaki Rauf yang menjaga dia selepas tragedi tersebut. Ali bergerak ke seluruh dunia dan menganggap bot kargo sebagai rumahnya sendiri. Dia menjadi seorang lelaki tanpa negara.

Ali tidak mahu kembali ke Istanbul kerana dia ingin mengelak daripada mengingati tragedi ngeri yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya. Walau bagaimanapun, dia kembali ke Istanbul secara kebetulan apabila umurnya menginjak 20 tahun. Dia perlu menghabiskan masa 24 jam di Istanbul sehingga bot kargonya berlepas ke destinasi seterusnya.

Apabila Ali berjalan kaki di Istanbul, dia mula berdepan dengan masalah. Walaupun dia mahu membantu seorang gadis muda bernama Derin, dia kehilangan pasportnya. Begitu pun hakikatnya dia dipertemukan dengan cinta sejati. Ali dan Derin menghabiskan sepanjang hari tanpa mengetahui apa yang akan berlaku keesokan harinya.

Derin berasal dari keluarga kaya dan akan berkahwin dengan Yigit dalam masa 10 hari. Dia mahu menjadi penari tetapi perlu hidup menurut kehendak ibu bapanya. Dia hanya mahu mempunyai satu hari yang bebas untuk melakukan apa sahaja sebelum perkahwinan itu dan melakukan apa sahaja yang dia mahu selain daripada tunangannya.

Kebetulan pertemuannnya dengan Ali mengubah prinsip hidupnya dan dia mendapat keberanian untuk berterus-terang membatalkan rancangan perkahwinannya. Dia mahu meneruskan cita-cita dan impiannya. Dia masih belum bersedia untuk berkahwin apatahlagi dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Ali, sebaliknya, tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa tinggal di Istanbul lagi kerana masalah kehilangan pasportnya. Dia kehilangan segalanya dan pada masa sama muncul bekas juara tinju bernama Sahin tanpa mengetahui bahawa Sahin adalah bapa kandungnya yang sebenar.

Dalam kisah ini, anda akan meneroka kasih sayang tulen antara lelaki dengan tidak ada negara dan seorang wanita dari keluarga kaya. Adakah Ali dan Derin bertemu kembali? Apa yang akan Ali lakukan apabila dia mengetahui kebenaran tentang masa lalu? Adakah Ali akan memaafkan bapa kandungnya? Mampukah Ali dan Derin menyatukan hubungan cinta mereka walaupun datang dari latar belakang keluarga yang berbeza?

kerem-and-leyla-start-for-a-new-turkish-drama-6

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

kerem-and-leyla-start-for-a-new-turkish-drama-9

Komen via Facebook

Komen

Panas Baran Eman Manan Dalam Telemovie RANTAI

Masalah keganasan dan panas baran seorang lelaki yang didera oleh bapanya semasa beliau kecil realitinya berlaku dalam masyarakat kita. Kisah seorang kanak kanak yang sering dipukul oleh bapanya kerana nakal, menjadi seorang garang dan panas baran apabila dewasa. Disamping menghadapi kesukaran hidup dalam masyarakat kampungnya, beliau juga sering memukul isteri dan anaknya.

Rantai.Still040

Panas Baran Eman Manan Dalam Telemovie RANTAI Di TV2

Namun anak perempuan remaja itu memberanikan diri untuk menegur perangai bapanya yang tidak dapat diterima. Akhirnya beliau sendiri menjadi mangsa kelakuan panas barannya, apabila terpijak sebuah dulang besar mengandungi minyak panas semasa mahu memukul anaknya.

Menampilkan gandingan mantap pelakon utama berpengalaman iaitu Eman Manan, Eja, Izara Aisyah, Rahim Jailani, Namron dan Izzue Islam, telemovie arahan Bade Haji Azmi bertajuk “Rantai” ini disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 9 Februari ini, pukul 10.00 malam.

Ia menyorot kisah Zaleha yang terpaksa menanggung penderitaan akibat penderaan mental dan fizikal ekoran dari sikap panas baran Hussin yang sentiasa kesempitan duit akibat suka berpoya-poya dan berjudi. Zaleha juga menanggung malu dengan kegiatan Hussin yang menyeludup rokok dari seberang. Bagaimanapun dia tetap bersabar kerana Husin permah mengugut untuk menghalau dia dan anaknya, Ain yang masih menuntut di IPTA apabila Zaleha meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Walaupun Zaleha akur dengan segala tindakan Hussin, berlainan pula dengan Ain. Dia tidak sampai hati melihat Zaleha berterusan menjadi mangsa Hussin dan setiap kali pulang bercuti, Ain cuba menyedarkan Hussin tentang perbuatannya. Justeru, sering berlaku pertengkaran antara keduanya. Ain turut mendesak ibunya meninggalkan rumah dan tinggal bersamanya di bandar. Bagaimanapun Zaleha menolaknya dan mahu Ain menamatkan pengajiannya dahulu.

Ain berkenalan dengan Faizal yang baru ditukarkan mengajar di sekolah di kampungnya. Perkenalan tanpa sengaja mereka bermula bila Faizal membantu membetulkan rantai basikal Ain yang tertanggal. Situasi itu menimbulkan kemarahan Hussin namun tidak bagi Faizal yang mahu mengenali dengan lebih dekat keluarga Ain. Setelah mengetahui apa yang berlaku, Faizal rasa simpati dan mahu membantu Ain.

Satu hati Hussin bertindak di luar kewarasan merampas rantai pusaka milik Zaleha. Zaleha berusaha mempertahankan rantai itu yang mahu digunakan untuk persediaan membiayai kos pengajian Ain. Ain menentang tindakan Hussin yang membuatkan lelaki itu hilang sabar lalu menghalaunya. Ain risau memikirkan nasib ibunya.

Kemuncak kemarahan Hussin apabila mendapati Faizal adalah anak kepada Bakar, lelaki yang pernah menghilangkan diri 25 tahun lalu dan tiba-tiba kembali ke kampung bersama anaknya, Faizal. Apatahlagi Bakar merupakan bekas tunangan Zaleha.

Rantai.Still033

20 tahun dahulu Bakar pernah mencintai Zaleha dan mereka ditunangkan. Bagaimanapun Hussin yang terkenal dengan sikap samseng di kampung mereka mengugut akan mencederakan Bakar jika Zaleha enggan berkahwin dengannya. Zaleha akur demi keselamatan Bakar dan Bakar yang kecewa melarikan diri dari kampung.

Ain yang tidak sanggup berdepan dengan sikap Hussin nekad untuk keluar dari rumah dan meminta bantuan Faizal. Malangnya mereka berjaya dikesan oleh Hussin. Hussin memukul Faizal dan Bakar.

Hussin masih tidak berpuas hati lalu bergegas pulang untuk melepaskan geramnya pada Ain. Ketika itu di rumah, Ain dan Zaleha sedang menggoreng kerepek yang ditempah oleh pengedar. Hussin yang balik dalam keadaan marah cuba memukul Ain dan Zaleha dengan rantai tetapu malangnya dia tergelincir dan tersembam dalam kuali minyak panas.

RANTAI POSTER 2

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Rantai.Still034

Komen via Facebook

Komen

TV2 Siar Filem AFTER THE SUNSET Lakonan Pierce Brosnan

Memaparkan kisah seorang pakar dalam mencuri permata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tayangan filem “After The Sunset” lakonan mantap aktor handalan Pierce Brosnan pada 30 Januari ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Woody-Harrelson-and-Pierce-Brosnan-After-The-Sunset-

Filem “After The Sunset” Lakonan Pierce Brosnan di TV2

Filem arahan Brett Ratner yang turut dibintangi oleh Naomie Harris, Salma Hayek, Don Cheadle dan Woody Harrelson ini mengajak penonton mengikuti babak-babak mendebarkan kejayaan watak utamanya yang berjaya mencuri sebuah permata dari sebuah kapal Cruise walaupun terdapat kawalan ketat dalam kapal tersebut dan juga berjaya dalam memperdayakan pihak berkuasa.

Keseluruhannya kisah ini mengetengahkan watak Max Burdett, seorang pakar dalam mencuri permata dan yang selalu berjaya dalam memperdayakan pihak berkuasa. Suatu hari Max diberitahu oleh Stan Lloyd, seorang ejen FBI, tentang sebuah permata yang bernilai tinggi yang dipamerkan diatas kapal “Diamond Cruise” yang kini berlabuh di kepulauan Caribbean.

Max bersama teman wanitanya, Lola Cirillo membuat rancangan untuk mencuri permata itu. Sementara itu Lloyd pula berkerjasama dengan seorang polis wanita Sophia untuk menangkap Max. Pada masa sama Henri Moore, ketua kumpulan samseng di pulau itu juga cuba mencuri permata itu.

Seterusnya Stan, Max, Lola dan Sophia menjadi kawan rapat dan membuat rancangan untuk bekerjasama dan mencuri permata itu. Max berjaya mencuri permata itu tetapi menafikan memilikinya kepada kawan-kawannya.

Walaupun Max telah menyembunyikan permata tersebut, Lloyd berjaya mengesannya. Akhir cerita, Max sekali lagi memperdayakan Lloyd dan mendapatkan kembali permata itu demi meneruskan hidupnya bersama Lola.

Namun adakah percubaannya berjaya? Bagaimana pula cara Lloyd mengesannya? Ikuti pengakhiran kisah ini di TV2.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

TV2 Siar Siri Penyiasatan Jenayah Dalam LEGENDS

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan kisah penyiasatan dan jenayah dalam siri Inggeris bertajuk “Legends” yang mula menemui penonton pada 21 Januari lalu. Turut dibintangi pelakon Morris Chestnut, Ali Larter, Sean Bean dan Tina Majirino, ia bersiaran setiap Ahad, pukul 10.30 malam di TV2.

20 episod siri Inggeris arahan David Semel mengisahkan seorang agen FBI di Amerika Syarikat yang di tugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes-kes jenayah. Beliau memasuki organisasi jenayah dengan menyamar sebagai orang lain. Beliau menggunakan pelbagai identiti mengikut situasi. Agen ini mempunyai satu kebolehan yang unik iaitu keupayaan untuk bertukar sepenuhnya kepada identiti penyamaran yang digunakan. Pertukaran ini merangkumi semua aspek watak iaitu cara pertuturan, tingkah laku, ciri peribadi, kelemahan dan sebagainya. Sambil menjalankan tugas-tugasnya agen ini juga mencari penyelesaian kepada misteri kebolehannya yang aneh itu.

Episod bermula dengan memperkenalkan watak utama seorang agen FBI, Martin Odum, yang mengambil identiti orang lain untuk menyusup, menyiasat dan merisik aktiviti kumpulan dan organisasi haram. Martin mempunyai kebolehan unik untuk mengambil identiti orang lain termasuk ciri-ciri peribadi dan kelakuan individu itu. Martin sendiri berasa bingung bagaimana beliau boleh bertindak begitu. Beliau sentiasa mencari kunci rahsia ini.

Pada kali ini, Martin membuat transformasi dirinya kepada identiti Lincoln Dittmann, seorang yang mempunyai kelemahan iaitu gagap. Martin ditugaskan untuk menyertai dan mengintip Citizen’s Army of Virginia satu pertubuhan haram yang menentang kerajaan melalui keganasan dan menimbulkan kekacauan. Organisasi ini merancang untuk melakukan letupan bom di beberapa tempat awam. Martin menyusup ke dalam organisasi ini dan membantu FBI mematahkan rancangan mereka serta menangkap ketuanya. Pada masa yang sama Martin ditemui oleh seorang lelaki yang menyerahkan satu buku nota yang mungkin mempunyai jawapan kepada masalah peribadinya.

Dalam episod berikutnya Martin terlibat dalam menyiasat penculikan seorang guru sekolah Richard Hubbard dan keluarganya. Guru ini sebenarnya ialah seorang ahli kimia dari Russia bernama Alexander Levensky. Beliau merupakan ahli kimia yang telah membina senjata kimia iaitu gas urat saraf VX untuk angkatan tentera Rusia. Beliau telah mendedahkan rahsia ini kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan sebagai balasan beliau telah dibenarkan tinggal di negara itu dengan identiti baru. Kini seorang bekas pegawai atasannya dari Russia yang berpangkat Kolonel Yuri Medyev telah datang ke AS dan telah menculik Richard dan keluarganya. Kolonel ini telah menggunakan isteri dan anak perempuan Richard sebagai tebusan dan memaksa beliau supaya membina senjata kimia untuk dijual dalam perdagangan haram.

Seterusnya Martin mengambil identiti Dante Auerbach seorang ahli perniagaan yang terlibat dalam perdagangan senjata haram di peringkat antarabangsa. Beliau mengambil peranan ini untuk mengenalpasti saluran perjualan gas urat saraf VX dan sekaligus menyelamatkan Richard Hubbard. Beliau berjaya menghubungi seorang wanita, Ana Paulanos, iaitu orang kanan seorang yang digelar ‘The Colonel’. Penama ini ialah Yuri Medyev seorang ahli kongsi gelap Chechen. Melalui Ana, Martin berjaya memujuk ‘The Colonel’ supaya percaya pada beliau.

Seterusnya Martin berjaya menangkap ‘The Colonel’ dan Ana Paulanos. ‘The Colonel’ menggugut supaya beliau dan Ana dibayar seperti dijanjikan oleh Martin terdahulu dan dibenarkan keluar dari Amerika Syarikat. Sekiranya FBI tidak mengikut kehendaknya, kuncu-kuncunya akan melepaskan gas urat saraf VS di tempat awam secara berperingkat. Sementara itu, seorang kuncu ‘The Colonel’ melepaskan gas urat saraf VX menyebabkan 16 orang meninggal dunia.

FBI terpaksa berpura-pura bersetuju dengan permintaan ‘The Colonel’ dan memindahkan jumlah wang seperti dijanji kepada satu akaun khas. Seterusnya FBI dan Martin mengiringi ‘The Colonel’ dan Ana ke bank untuk mendapatkan baki simpanan gas VX yang disimpan dalam peti ‘safe deposit’ di bank tersebut.

Apabila sampai di bank, ‘The Colonel’ cuba melarikan diri. Dalam pertempuran dan tembak-menembak yang berikutan, ‘The Colonel’ serta Ana terkorban dan peti yang mengandungi gas VX dapat diselamatkan.

Dalam pada itu Martin diberi cuti rehat bagi menenangkan fikiran selepas penglibatannya dalam beberapa operasi berturut-turut. Beliau menggunakan masa itu untuk menjalankan penyiasatan sendiri secara sulit untuk menyelesaikan misteri mengenai identiti dan latar belakang beliau yang sebenarnya. Untuk tujuan tersebut beliau mula membuat risikan dengan maklumat yang telah ditinggalkan oleh McCombs sebelum beliau mati dibunuh.

Beliau berjumpa dengan seorang bernama Dennis Evans. Mengikut Dennis Evans, Martin dan McCombs bersama-sama Evans sendiri telah bertugas di Iraq pada tahun 2004. Sesuatu peristiwa telah berlaku semasa di Iraq yang menyebabkan mereka kini diburu dan dibunuh satu persatu oleh kumpulan tertentu. Berdasarkan maklumat dari Evans, Martin bertolak ke Houston, Texas untuk bertemu dengan seorang bernama Kyle Dobson. Sementara itu, Agen Kristal dan Agen Rise dari FBI mendapati Dennis Evans juga telah dibunuh secara kejam.

Konflik berlaku bila Martin dapat menangkap Kyle Dobson di Houston, Texas di mana beliau sedang bekerja untuk satu syarikat bernama Verax Corporation. Dari bukti yang terdapat di tempat kerja Kyle, Martin mensyaki bahawa mereka terlibat dengan aktiviti haram berkaitan dengan senjata api. Kyle tidak mahu berbincang atau mendedahkan sebarang maklumat mengenai tindak-tanduk mereka di Iraq. Pekerja-pekerja Verax Corporation juga menyerang Martin dan cuba membebaskan Kyle.

Dalam pertempuran yang berlaku, Martin telah menembak mati beberapa orang. Kemudian beliau melarikan Kyle dari tapak itu bagi meneruskan siasatan beliau. Akhirnya pasukan FBI dari Los Angeles termasuk Gates, Kristal dan Rise telah pergi ke Houston dan membantu Martin membawa Kyle ke Los Angeles.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Anak Angkat Pengikat Jodoh Dalam Filem LIFE AS WE KNOW IT

Mengurus anak itu bukanlah hal yang mudah dan dapat dilakukan secara spontan. Banyak yang harus dipersiapkan dalam hal mengurus anak termasuklah melibatkan mental dan fizikal. Apatahlagi anak tersebut bukan lahir daripada zuriat sendiri sebaliknya diamanahkan orang untuk menjaganya.

Hal ini dikongsikan pasangan kekasih yang terpaksa memikul tanggungjawab terhadap anak yang baru dilahirkan rakan mereka dalam filem bertajuk “Life As We Know It” pada 23 Januari Ini, pukul 9.30 malam di TV2.

filem Life As We Know It

Anak Angkat Pengikat Jodoh Dalam Filem “Life As We Know It” di TV2

Dibintangi pelakon Katherine Heigl, Barry Josey Ason, Josh Lucas, Hayes Mecarther dan Christines Hendricles, filem arahan Greg Berlanti ini bertemakan kisah kekeluargaan dan susah payah untuk memelihara seorang bayi yang baru dilahirkan oleh sebuah keluarga baru yang tidak mempunyai pengalaman.

Filem ini menceritakan tentang seorang Holly dan Messer yang dipertemukan secara blind date oleh teman mereka masing-masing namun akhirnya mereka terpaksa bersama untuk menjaga anak kawan mereka itu yang meninggal dalam kemalangan. Seawal pertemuan lagi mereka tidak saling menyenangi antara satu sama lain dan beranggapan hubungan itu tidak akan berhasil.

Meskipun pertemuan tersebut tidak berlangsung dengan baik namun setelah itu jodoh seringkali menemukan mereka secara tidak sengaja. Malah mereka menjadi pengapit ketika rakan mereka, Peter dan Allison berkahwin. Mereka juga menjadi bapa dan ibu angkat Sophie anak pasangan tersebut yang baru sahaja lahir.

Malangnya ketika sambutan ulangtahun pertama Sophie, dia kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan. Sophie dijaga di rumah kebajikan sementara mereka menjejak saudara mara terdekat yang boleh menjaganya. Tanpa sedar hubungan Holly dan Messer mula rapat disebabkan anak itu dan kerana tidak mahu hak penjagaan jatuh kepada orang lain, mereka sepakat menjadi bapa dan ibu angkat Sophie.

Setelah mereka berhasil membawa keluar Sophie dari rumah kebajikan, mereka berdualah yang membesarkan Sophie bersama-sama walau tanpa ikatan di antara keduanya. Mereka membuat jadual untuk pembagian waktu menjaga Sophie di rumah.

Life As We Know It

Dari sini lah mulai timbul konflik satu per satu yang menguji kekuatan mereka dalam membesarkan Sophie. Messer yang terkenal dengan sifat palyboynya tetap sering berganti-ganti wanita dalam kehidupannya. Sedangkan Holly lebih sibuk memikirkan perniagaan roti yang diusahakannya. Dalam diam Holly menaruh hati kepada pelanggan tetap di kedai rotinya iaitu Dr. Sam. Impian Holly menjadi kenyataan bila doktor tersebut menjadi penyelamat ketika Sophie ditimpa kecelakaan.

Sejak sama-sama membesarkan Sophie, hubungan cinta mula berputik antara mereka. Messer mula cemburu terhadap hubungan mesra Holly dengan Dr. Sam. Dia mengambil pendekatan berterus-terang perasaan cintanya kepada Holly. Nyata dia tidak bertepuk sebelah tangan bila Holly pun mengakui cintakannya.

Hubungan cinta mereka semakin berkembang. Namun dugaan datang menimpa bila Messer terpaksa memilih untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu atau pun menerima tawaran kerja yang diimpikannya selama ini dan berpindah ke Phoenix.

Setelah Holly mengetahui perkara itu, dia memberi sokongan penuh kepada Messer supaya menerima tawaran kerja tersebut demi masa depannya. Akhirnya Messer pun menerima pekerjaan itu dan dia berpisah dengan Sophie dan Holly. Setelah berpisah, Holly pun kembali menjalin hubungan dengan Dr. Sam.

Ketika merayakan hari ‘Thanksgiving’ , Holly mengundang Messer untuk datang ke pesta itu dan mereka terlibat dalam suatu pertengkaran yang hebat hingga pertengkaran mereka dapat didengari tetamu undangan Holly. Messer betul-betul marah dan memutuskan kembali ke Phoenix. Dr. Sam yang mendengar pertengkaran tersebut serba salah. Namun dia dapat merasakan cinta Holly kuat untuk Messer berbanding dirinya. Dia memujuk Holly menahan Messer dari pergi.

Holly mencari Messer di lapangan terbang namun semuanya terlambat kerana pesawat ke Phoenix telah berlepas. Namun sebaik tiba di rumah dia disambut oleh seseorang yang membuatkannya kembali senyum. Siapakah gerangan lelaki tersebut?

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen

Program AIR TANGAN IBU BERSAMA CHEF WAN Dekati Golongan Ibu Tunggal Berjaya

Bertemakan ketabahan dan kegigihan ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan dan memberi kebahagiaan kepada anak-anak mereka, program terbaharu dihoskan oleh cef dan selebriti terkenal iaitu Datuk Chef Wan akan menyelongkar kehidupan golongan wanita berstatus ibu tunggal dan balu.

Chef Wan bertandang ke rumah tetamu undangan dan menemu ramah mereka tentang perkara-perkara yang memberi kekuatan kepada mereka. Tetamu tersebut juga dikehendaki untuk memasak masakan yang diminati oleh anak-anak mereka dan Chef Wan juga akan menyediakan satu hidangan untuk tetamu dan anak-anak.

air tangan ibu bersama chef wan

Program “Air Tangan Ibu Bersama Chef Wan” Dekati Golongan Ibu Tunggal Berjaya Di TV2

Menerusi program bertajuk “Air Tangan Ibu Bersama Chef Wan”, sedang bersiaran setiap Rabu, pukul 3.00 petang di TV2. 13 episod siarannya bakal membawa penonton antaranya berkunjung ke rumah Puan Marriam Yusuf Abdullah, seorang ibu tunggal yang begitu berjaya menceburi bermacam-macam jenis perniagaan termasuklah pengurusan acara dan katering. Chef Wan menemu ramah Puan Marriam tentang kehidupan dan pengalaman beliau dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Puan Marriam yang merupakan pakar bagi masakan rendang telah menunjukkan cara-cara memasak Rendang Daging Sarawak, masakan kegemaran anak-anak beliau. Berikutnya Chef Wan pula yang menunjukkan cara-cara menyediakan masakan Pindang Daging. Selesai memasak mereka sama-sama menikmati masakan tersebut.

Menerusi episod seterusnya, Chef Wan telah ke Sabak Bernam, Selangor menemui Puan Sukinah Abdullah, seorang ibu tunggal yang telah berjaya membesarkan lapan orang anak-anaknya dengan cemerlangnya. Kesemua anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjawat berbagai-bagai jawatan seperti saintis dan jurutera. Puan Sukinah melakukan bermacam-macam pekerjaan untuk membesarkan anak-anak selepas kematian suaminya. Puan Sukinah menunjukkan cara-cara memasak Ikan Keli Bakar Masak Kencur, masakan kegemaran anak-anak beliau. Sementara itu Chef Wan pula menunjukkan cara menyediakan Burger Morocco.

Penonton turut dibawa oleh Chef Wan ke rumah Cikgu Norshamsiah Maarof di Masjid Tanah, Melaka. Bekas Guru Besar yang juga merupakan kawan sekelas kepada Chef Wan semasa di Tingkatan Satu hingga Lima di Masjid Tanah. Cikgu Shamsiah mempunyai lima orang anak dan berpisah dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu. Beliau baru kehilangan anak bongsunya yang berusia 21 tahun kerana menghidap penyakit leukemia. Cikgu Shamsiah menyediakan Kerutup Ikan Siakap. Chef Wan pula memasak ‘Buttered Chicken’, sejenis masakan yang berasal dari India Utara dan sangat terkenal pada zaman Empayar Mongul.

Menerusi episod ini Chef Wan telah ke Taman Ukay Bistari, Ampang, Selangor bertemu Puan Dzuriasikim Dzulkefli, ibu tunggal yang telah membesarkan lima orang anaknya sendiri. Puan Zu telah berpisah dengan suaminya lebih dari empat tahun lepas setelah mendirikan rumah tangga selama 20 tahun. Puan Zu yang berkerjaya tetap dan membuat perniagaan sampingan mengakui memang ada diskriminasi terhadap mereka yang bergelar ibu tunggal dalam kehidupan mereka. Dalam episod ini Puan Zu menunjukkan cara-cara memasak Daging Goreng Garam Kunyit manakala Chef Wan pula menyediakan Mi Rebus Udang.

Seterusnya Chef Wan ke ‘Elda Farmhouse’ di Semenyih, Selangor menemui Puan Noraidah Lembang yang menjalankan restoran dan rumah penginapan di sini merupakan seorang ibu tunggal kepada 7 orang anak. Beliau juga sudah memiliki 5 orang cucu. Beliau berpisah dengan suaminya sejak 17 tahun lalu selepas menjalani perkahwinan selama 25 tahun. Di program ini Kak Idah telah menyediakan sejenis masakan yang ringkas tetapi menjadi ‘signature dish’ di restoran beliau iaitu Ikan Siakap Goreng Bawang Putih. Chef Wan pula menyediakan masakan yang dinamakan Gulai Ikan Keli Thai.

Menerusi episod berikutnya Chef Wan ke Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor menemui Puan Nikella Niksen seorang ibu tunggal berketurunan Arab dan berasal dari Kelantan. Beliau mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan. Nikella telah berpisah secara rasmi dengan suaminya sejak 3 tahun lalu. Nikella merupakan seorang ahli perniagaan dan juga tukang masak yang hebat. Dalam episod ini beliau menunjukkan cara-cara memasak Nasi Arab Kabsa, resepi yang dikatakan berasal dari Yemen. Sementara itu Chef Wan pula menunjukkan cara menyediakan sejenis masakan tradisional orang Betawi iaitu Ayam Penchok.

Dalam episod berikutnya Chef Wan telah berkunjung ke rumah Puan Satifah Ismail di Kampung Meru, Klang, Selangor. Kak Pah adalah seorang ibu tunggal yang telah kematian suaminya sejak 22 tahun lalu. Walaupun ibu tunggal yang terpaksa melakukan berbagai-bagai pekerjaan untuk membesarkan anak-anaknya namun kesemua mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka semua adalah lepasan UiTM dalam pelbagai bidang dan dua daripadanya telah pun berkahwin. Kali ini Kak Pah memilih untuk memasak Ayam Ungep, sejenis masakan tradisional Jawa yang menjadi kegemaran anak-anak beliau. Berikutnya Chef Wan menyediakan Sup Ekor gaya Chef Wan yang begitu menyelerakan.

episod menarik Air Tangan Ibu Bersama Chef Wan

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

chef wan bersama tetamu jemputan

AIR TANGAN IBU BERSAMA CHEF WAN DI TV2

Komen via Facebook

Komen

Dongeng Puteri Busuk Dalam Filem ELIXIR OF LOVE

Mengisi slot Golden Dragon di TV2 pada 18 Januari ini, pukul 9.30 malam filem komedi dongeng klasik lakonan mencuit hati dan bersahaja gandingan dua aktor terkenal Richie Ren dan Miriam Yeung bertajuk “Elixir Of Love”.

Berlatarbelakangkan abad ke-11 berlaku di negara China, filem kantonis popular tahun 2004 bertemakan kisah cinta seorang puteri yang berpenyakit badan berbau busuk ini sejak dilahirkan ini turut menampilkan pelakon pembantu iaitu Ge Min Hui, Kenny Bee dan ramai lagi.

poster filem Elixir of Love

Dongeng Puteri Busuk Dalam Filem ELIXIR OF LOVE Lakonan Richie Ren dan Miriam Yeung Di TV2

Secara keseluruhannya usah ketinggalan menyaksikan filem arahan Kam-Hung Yip dengan tajuk “Elixir Of Love” ini mengisahkan tentang seorang puteri busuk seluruh badannya sejak dilahirkan. Dari kecil lagi tiada seorang pun yang mahu berkawan atau mendekati puteri ini.

Apabila puteri ini sudah dewasa, Maharaja ingin mencari jodoh bagi anak puterinya. Baginda mengumumkan bahawa sesiapa yang berjaya mengubati dan menghilangkan bau busuk puterinya akan menjadi suami puterinya.

Beberapa orang lelaki termasuk seorang tukang kebun bunga bernama Sum Mong Kai menjadi calon untuk misi itu tetapi semuanya gagal. Sum Mong Kai tidak putus asa dan cuba menggunakan cara aromaterapi untuk menguji keberkesanan berbagai-bagai jenis bunga untuk membuang bau busuk badan.

Sementara itu seorang gadis bernama Heong yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual ikan berbau busuk badan dan rela menjadi calon untuk ujian tersebut. Sebenarnya Heung adalah puteri yang berbau busuk itu dan dia menyamar untuk menguji Sum Mong Kai.

Selama 3 bulan, Sum Mong Kai bersama Heung menjalankan ujian untuk menghasilkan ubat yang diperlukan. Sum Mong Kai akhirnya jatuh cinta dengan Heung. Keakraban mereka kemana-mana bersama menjadi punca masing-masing saling jatuh cinta.

Apabila ubat untuk menghilangkan bau busuk telah dihasilkan, Sum Mong Kai sekali lagi dibenarkan masuk ke istana untuk mengubati puteri. Dia terperanjat mengetahui Heung dan puteri di istana adalah orang yang sama.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Komen via Facebook

Komen